29 March 2008

BPR Tahan Pemimpin Kanan MIC Johor

Pemimpin kanan MIC Johor ditahan BPR

JOHOR BAHRU 28 Mac — Seorang pemimpin kanan MIC Johor ditahan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri hari ini kerana dipercayai menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Difahamkan, ahli politik itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika berada di sebuah kedai di bandaraya ini dan masih ditahan di ibu pejabat BPR negeri.

Pengarah BPR Johor, Simi Abdul Ghani mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment