Wednesday, June 19, 2013

Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM

PUTRAJAYA 18 Jun - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuesday, June 18, 2013

Pengendali Laman Web Jiwang.Org Ditahan Di Kelantan

PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.

Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.

"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada pemberita di sini. - Mstar

SPAD: Tambang bas balik raya naik 10% mulai Julai

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.

"SPAD memberi amaran kepada semua pengendali supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual tiket, kerana tindakan sedemikian salah di sisi Akta Persaingan 2010.

Selamat jalan kereta nasional, Proton

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

Monday, June 17, 2013

(Video) SPR Menjadi Kuda Tunggangan UMNO

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran

KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu


Saturday, June 15, 2013

Guru besar saman cikgu, media

TELUK INTAN - Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di sini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan terhadap beberapa individu dan organisasi media kerana memfitnah beliau dalam satu laporan akhbar pada 29 September tahun lalu.

Friday, June 14, 2013

Penjenayah tak sempat nikmati 'habuan'

SHAH ALAM - Tiga daripada enam penjenayah tidak sempat menikmati ‘habuan’ apabila diberkas sejam selepas menyamun 20 pelanggan sebuah restoran makanan steamboat di Kampung Melayu Subang, Selasa lalu.

Kerajaan jangan lagi berlembut kepada pembangkang, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

“Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah,” katanya (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

“Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi,” katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Thursday, June 13, 2013

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

 
GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.


Akibat dari kejadian itu, hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu. - SH

Mungkin akan masuk dalam mata pelajaran Sejarah di bawah tajuk tanda-tanda keruntuhan Umno-BN pada masa depan.

Dtk Bandar: Terimalah realiti Pdg Merbok dah ditempah


NONE"Mereka perlu terima realiti bahawa padang itu telah ditempah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menolak dakwaan PKR bahawa Majlis

Menurutnya, beliau menerima surat MOM pada Disember lalu yang memohon untuk menggunakan Padang Merbok pada 23 Jun ini, dan MOM memerlukan padang itu bermula dari 22 Jun persiapan acara mereka. "Saya ada surat permohonan pada Disember tahun lepas dari Majlis Olimpik Malaysia untuk menggunakan padang bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Saya pun dah keluarkan surat (kelulusan). Saya tak tahu macam mana dikatakan acara hendak diadakan di Dataran Merdeka sedangkan surat jelas kata Padang Merbok," katanya pada sidang media petang ini.

Tambahnya lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah meluluskan permohonan penggunaan Padang Merbok kepada MOM.

Dua lelaki diburu

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung beberapa siri curi kereta mewah di sekitar Lembah Klang.

Zuraida dedah isu pelantikan Saifuddin


SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor  masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik  (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.

“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.

Pelantikan Saifuddin  mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.

Wednesday, June 12, 2013

UAI antara alasan BN fail petisyen


KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Tuesday, June 11, 2013

Blogger rugi RM350,000 kereta BMW dilarikan


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.