01 September 2014

Saya akan terus bersuara pertahan imej Islam, kata Khalid Samad

Pertama, ahli Parlimen Shah Alam itu menimbulkan kemarahan Sultan Selangor selepas mencadangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dibendung dan didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya itu.

“Sudah tentu saya ketakutan. Sudah tentu saya bimbang bagaimana reaksi orang ramai dan apa yang mereka fikirkan tentang saya,” kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. Walaupun beliau berkemungkinan besar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, Khalid berikrar tidak akan mengalah dan mengorbankan prinsipnya.


“Saya rasa tanggungjawab utama saya untuk memastikan kita mempunyai ajaran Islam yang sepatutnya dan wakil yang lebih bertanggungjawab. Sebab itu saya katakan begitu tentang Mais.” Khalid menjelaskan beliau tidak menentang Sultan, apalagi untuk mencari pasal dengan baginda. “Saya mahu Mais menunjukkan nilai-nilai yang mencerminkan Islam, kerana apa yang mereka lakukan sekarang merosakkan imej agama,” katanya merujuk kepada rampasan Bible Bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Januari.

Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa agama mahu bertindak terhadap dakwaan terdapat usaha memurtadkan orang Islam, ia perlu dilakukan selari dengan prinsip Islam. “Ini termasuk menghormati Kitab Suci dan rumah ibadat mereka seperti dijamin dalam ajaran Islam. “Namun Mais lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan tidak menunjukkan sikap menghormati agama lain, dan ini bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.

Ini menyebabkan ahli politik berumur 57 tahun itu merasakan beliau perlu lakukan sesuatu, kerana Mais tidak mengambil kira kesan negatif yang mereka bawa terhadap imej Islam. “Jika tidak, kita akan dengar orang kata Islam tidak adil, tidak hormati agama lain, dan itu tidak benar.” Khalid juga menolak dakwaan beliau bercakap menentang Mais untuk mendapatkan lebih sokongan dan tunduk kepada tekanan bukan Islam.

 “Persoalan untuk menjadi jaguh hak bukan Islam bukan keutamaan saya,” kata ahli politik PAS yang lantang itu. “Keutamaan saya adalah memastikan nilai dan prinsip Islam sebenar ditunjukkan dalam layanan kepada bukan Islam. “Kedua, sudah tentu kerana Islam mengajar saya mempertahankan hak bukan Islam.” Beliau mengakui, bercakap menentang Mais bukanlah yang terbaik untuk dilakukan ahli politik PAS, tetapi kepercayaannya lebih utama.

“Sesetengah rakan-rakan saya mengatakan bagi PAS, sebuah parti Islam yang mendapat sokongan Melayu, kita tidak boleh dilihat berkonflik dengan pihak berkuasa agama. “Saya mengakui perkara itu, tetapi ajaran Islam yang sebenar lebih utama,” katanya. Khalid yang didakwa mengikut Akta Hasutan Selasa lepas merupakan salah seorang ahli politik Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa sepanjang dua minggu lepas.

Khamis lepas, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang juga naib presiden PKR didakwa kerana menghina ahli Umno dalam artikel The Edge Malaysia. Ahli Parlimen Bagan Serai dari PKR, N Surendran didakwa dua kali mengikut Akta Hasutan dalam tempoh dua minggu kerana mengatakan kes rayuan Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik melibatkan Putrajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer dari DAP turut didakwa mengikut akta sama kerana kenyataan “Umno celaka”. Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga dari PAS didakwa minggu lepas kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya dua tahun lalu.

“Ini petanda (Barisan Nasional) sudah terdesak. Jika ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) masih ada, mereka akan menggunakannya. Sekarang mereka menggunakan Akta Hasutan,” kata Khalid yang pernah ditahan selama 9 bulan mengikut ISA pada 1987. “Perdana menteri bertindak bercanggah dengan kenyataannya untuk memansuhkan undang-undang itu, dan ini tidak mengejutkan.”

Beliau merujuk kepada janji Najib pada 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan yang drakonian, tetapi dakwaan beberapa ahli politik pembangkang baru-baru ini menyebabkan janji Najib dipersoalkan. “Beliau (Najib) tidak begitu baik dalam memegang janjinya,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu. – TMI

1 comment:

  1. Antara taktik2 diguna pukir:

    1) reward n punishment
    2 adun pas yg baghal dpt reward...erkkk...alhamdulillah...yg lain xsetuju...cuba ditelanjangkan supaya yg lain2 takut nk melawan

    2) expertise
    Tang ni kononnya aziz bari, mazlee, usup qordawi...org yg ada otoroti dan disegani..bg pendapat yg meyebelahi mereka je

    3) gifts
    Tang ni mat sabu..dpt jawatan dan habuan...wahan...lajnah2 pkr dpt apa tk tau...terhutang budimor bodi

    4) debts
    Ini yg blogger balaci2 dok ungkit...suruh dok igt jasa pkr x masuk campur kt kedah perak trg walaupun semua tu bohong belaka

    Dan lain2.....

    ReplyDelete