23 July 2014

Israel bedil lima masjid

GENTING GAZA - PALESTIN. Israel terus bertindak biadab dengan menjadikan lima masjid sebagai sasaran bedilan terbaharu di wilayah Gaza, awal pagi semalam.


Jurucakap polis, Ayman Batniji memaklumkan serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis ke atas 70 lokasi itu turut menyasarkan kompleks sukan dan kediaman bekas ketua Hamas.

"Serangan darat di kawasan terbabit juga telah memusnahkan beberapa rumah di sepanjang sempadan timur wilayah tersebut. Sekurang-kurangnya 19 bot nelayan hangus terbakar selepas dibedil tentera laut Israel dari Mediterranean," katanya dipetik AFP.

Amnesty International melaporkan lebih 2,000 rumah di Genting Gaza musnah akibat bedilan rejim Zionis hingga menyebabkan lebih 100,000 kehilangan tempat tinggal ketika ini.

Sehingga kini, lebih 600 penduduk Palestin terkorban manakala lebih 3,500 lagi cedera dalam serangan Israel yang dilancarkan sejak 15 hari lalu. - SH

No comments:

Post a Comment