31 October 2010

Anwar Minta Rakyat Batu Sapi Cipta Sejarah Cetus Perubahan Di Sabah

SANDAKAN 30 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej jelas kepada rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi supaya segara membuat perubahan yang kritikal dalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bercakap kepada pengundi di Dewan Serbaguna Tadika Tai Tong malam tadi, Anwar menegaskan seperti rakyat Sibu, Sarawak yang menolak Barisan Nasional pada pilihan raya kecil padsa Mei lalu, pengundi Batu Sapi juga mampu menghantar mesej yang terang kepada BN bahawa rakyat di kawasan parlimen ini juga menolak mereka.

"Pemimpin Umno dan BN sombong dan bongkak dan mereka tidak membela rakyat yang miskin. Balak mereka ambil , hasil minyal mereka sapu, tanah rakyat mereka rampas. Apa yanb rakyat dapat, mereka terus miskin, hidup melarat dan menjadi kuli dan hamba kepada tauke-tauke kaya.

"Berapa lama dia mahu tipu rakyat? Akhirnya apa yang kita lihat di Sibu, kubu kuat mereka berjaya kita rampas dan Sibu menjadi petanda gelombong perubahan di Sabah. Rakyat Batu sapi juga mampu cipta sejarah sebagaimana rakyat Sibu.

"BN perintah Sabah hampir 50 tahun, air hujan banyak tapi bekalan air rakyat tidak ada. saya pernah pergi ke Mali, sebuah negara Afrika, juga di sana tidak ada air sebab hujan turun hanya dua kali setahun. Di sini air banyak tapi air untuk minum tidak ada," tegas Anwar yang terus menemui pengundi daripada kalangan masyarakat Cina di kawasan Karamunting.

Mesej yang sama di bawa kepada penduduk miskin di Kampung Gas Besar yang merupakan penempatan masyarakat Melayu yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata rakyat Batu Sapi tidak ada pilihan melainkan memenangkan wakil Pakatan Rakyat sekiranya mahu suara mereka diangkat dan diutarakan dalam Parlimen.

"Saya mahu rakyat Batu Sapi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan mengundi calon kita, Haji Ansari Abdullah. Saya berjanji sebagai pengerusi Pakatan Rakyat jika tuan-tuan dan puan-puan pilih dia, kami akan pantau prestasi dia, kalau tidak buat kerja kita humban dalam laut kata Anwar secara berseloroh. - SK

Balik mengundi sekalipun merangkak

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.

Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.

Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.

Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama.

Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama.

"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC bukan Umno. Tapi nasib kita nak buat macam mana," katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.

Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti. - Harakahdaily

Laungan ‘Allahu Akbar’ bergema sewaktu kemalangan

SELAYANG – Laungan ‘Allahu Akbar’ bergema sejurus bas yang membawa 44 penumpang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan, sebelum terbalik di Kilometer 38, Genting Sempah, malam kelmarin.

Mohd Shukri Alias, 22, berkata, keadaan di dalam bas bertukar riuh dan panik ketika bas hilang kawalan, dipercayai berpunca daripada brek yang gagal berfungsi.

“Kebanyakan penumpang menjerit Allahu Akbar kerana berasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi.

“Semua itu berlaku dalam sekelip mata dan bas terus terbalik di laluan bertentangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, di sini, semalam.

Dia yang hanya cedera ringan berjaya merangkak keluar dari bas.

“Saya keluar melalui lubang dan selepas itu, saya turut membantu rakan-rakan yang cedera,” katanya.

Mohd Shukri mendakwa, sebelum perjalanan ke Genting Highlands, bas tersebut dilihat berada dalam keadaan tidak baik.

“Bunyi gear kedengaran sewaktu bergerak dan air pendingin hawa menitis di beberapa kerusi bas,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaid Azimi, 15, berkata, dia bersyukur kerana hanya cedera ringan. - Sinar Harian

Cerita makhluk halus tidak akan berakhir

- ROHMAN SHAARY

Saya sebenarnya tidak bertujuan membicarakan makhluk halus secara terperinci. Telah saya tulis sebuah buku (pada akhir dekad lalu), judulnya Suluh Peraba, dan pemikir-pemikir seperti Jaafar Rahim, Ainon Mohd, Othman Puteh, A F Yassin dan Muhammad Haji Salleh telah menyebut makna kandungan buku tersebut. Ketika itu saya bermaksud mahu mengatakan bahawa zaman orang bunian atau yang sejenis dengannya telah berakhir.

Masih saya ingat, Jaafar Rahim mengatakan, tahyul sedia ada ketika itu akan berganti dengan tahyul baru. Jadi, beliau tidak bersetuju pandangan atau agakan saya bahawa tahyul akan berakhir.

Saya berkerut-kerut dahi mencari makna atau maksud kata-kata Jaafar Rahim. Lama kelamaan saya faham. Perkembangan terbaru kini kian menyebabkan saya lebih faham.

Baru-baru ini, Malaysia dihebohkan berita Siti Balqis Mohd Noor yang berulang kali hilang. Saya mengikuti berita kehilangannya disertai atau diselit kisah misteri, antaranya ialah jatuhnya batu yang berharga (Berita Harian, 26 Oktober menyebutkan ‘bola batu hijau’) di dalam rumah keluarga Balqis. Ibu Balqis, Norizan Said berpendapat ‘bola batu hijau’ itu mungkin umpan oleh jin untuk melalaikan sesiapa saja.

Puncak bagi kisah Balqis (jika hendak dipindah ke bentuk karya kreatif) bukanlah benar-benar puncak, tetapi anti-klimaks. Siti Balqis yang dikatakan berada di puncak gunung di Kedah, sebenarnya berada di rumah kawannya (yang bernama Norwaniza Ramli) di Ulu Kelawang, Jelebu. Polis berjaya menemuinya.

Pencarian Balqis dengan bantuan polis adalah tepat, sesuai dengan abad ini. Inilah yang mahu saya tegaskan apabila (lebih 10 tahun dulu) saya menghasilkan buku Suluh Peraba. Sekali lagi saya sebutkan, bahawa Jaafar Rahim benar-benar memahami buku itu. Beliau yakin tahyul abad baru akan terus ada, namun berubah wajah. Perhatikan perubahan pada tahyul dalam kisah Balqis ini.

Pertama, jika pada abad lepas, seseorang yang dipercayai hilang secara betul-betul ghaib, baru dianggap kerja makhluk asing. Jiran memberitahu Balqis dilarikan dengan kereta, dan itu pun masih dianggap kerja makhluk halus.

Apa yang lebih menarik, dia masih melakukan kerja moden, iaitu menghantar SMS. Ibunya ada mengatakan, Balqis tetap menghantar SMS ketika dighaibkan jin (Berita Harian, 26 Oktober 2010). Sekarang sudah jelas makna 'tahyul bentuk baru' yang dikatakan Jaafar Rahim.

Berita Harian, 29 Oktober melaporkan penemuan Balqis, antara lain menyatakan bahawa di dalam beg pakaian gadis itu, ada 10 ketul batu delima. Penemuan batu-batu itu secara tidak langsung sudah menjawab dari manakah datangnya batu yang dikatakan jatuh dari bumbung rumahnya. Balqis mempunyai idea yang bernas dalam melaksanakan misinya.

Apabila tiba pada tahap ini, barulah kita sedar perlunya berfikir sebagai novelis, atau sebagai penulis skrip drama, bukan seperti ahli masyarakat biasa. Balqis berfikir secara dramatis.

Buku Suluh Peraba telah dijadikan skrip drama oleh Zakaria Ariffin. Saya fikir, jika Zakaria masih berminat, kisah Balqis pasti mengilhamkan.

Karangan tentang pengalaman seumpama Balqis memerlukan persediaan berbeza. Semoga akan tertulis karya sedemikian, yang akan memberikan sumbangan fikiran dan imaginasi bermakna dalam masyarakat kita yang dahagakan persembahan hebat. - Sinar Harian

Lima maut, kereta dan van berlanggar

SETIU 31 Okt. - Lima maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan van di Kilometer 67.5 Jalan Permaisuri-Penarik dekat Kampung Nyatuh di sini hari ini.

Mangsa termasuklah tiga beradik lelaki yang menaiki kereta dan bayi kepada salah seorang daripada mereka di samping penumpang van, seorang warga emas.

Noorazydyelwy Sidek, 32, Noorazryelmy Sidek, 29, adiknya, Noorafzan Efizalman Sidek, 16, mati di tempat kejadian manakala bayi perempuan Noorazryelmy, Nor Amysha Maisarah,1, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Setiu.

Turut maut dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 petang itu Mek Wook Yaakob,76, yang merupakan penumpang van. - Utusan

* Beribu rakyat mati di jalan raya. Kerajaan tidak bersungguh - sungguh menanganinya seolah-olah yang mati itu bukan orang. Cuba anggap kita dalam peperangan kerana yang terkorban jauh lebih tinggi daripada peperangan. Istiharkan darurat di jalan raya dan kerah polis tentera turun ke jalan raya. Cuba tengok hasilnya...

Rahsia Subur dan Gebu Maizawati


Amalan berpantang

KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.

Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan.

“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik.

“Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.


“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.


>PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

* Wanita itu cantik bila budi pekertinya cantik...

17 ditahan berpesta di bawah pengaruh dadah

PORT DICKSON - Polis menahan sembilan wanita dan lapan lelaki yang sedang leka berpesta di sebuah bilik hotel di sini awal pagi ini selepas ujian mendapati semua mereka positif menggunakan dadah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh berkata, semua mereka yang berumur dari belasan tahun hingga sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas polis menerima aduan daripada penghuni hotel yang lain mengenai bunyi bising di bilik itu.

"Siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki dan wanita itu masuk ke hotel berkenaan semalam dan kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama

Dua beradik melecur diseterika


PASIR MAS - Dua beradik antara 11 pelajar yang melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan mereka supaya menunaikan solat Subuh baru-baru ini.

Kejadian berlaku di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bunut Susu dekat sini pada 12 Oktober lalu ketika Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, nyenyak tidur.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, kedua-dua mereka melecur masing-masing pada tapak kaki dan lengan kiri selepas guru tersebut yang juga warden asrama menggunakan seterika untuk mengejutkan mereka.

Turut mengalami nasib yang sama ialah sembilan lagi pelajar lain.

Menurut Muhammad Al-Hakim, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

Bagaimanapun, pada hari tersebut, sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur.

"Ketika nyenyak tidur, saya terkejut apabila terasa panas pada kaki.

"Apabila tersedar, saya nampak cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas yang digunakan untuk mengejutkan kami.

"Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat daripada dikenakan tindakan oleh cikgu tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Anak Keranji, Slow Machang dekat sini semalam. - Kosmo

* Nasib baik guru itu tidak memiliki alat renjatan elektrik...

Jangan Guna ISA Terhadap Penyeludupan Manusia - Suhakam

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak sepatutnya digunakan terhadap suspek pemerdagangan manusia kerana ia tidak berkesan dalam menangani punca masalah itu, kata seorang anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pesuruhajaya Mohammed Shaani Abdullah berkata penggunaan ISA hanya memberikan gambaran yang salah tentang insiden pemerdagangan manusia yang sebenar di negara ini. Penyeludup berkenaan masih boleh terus melakukan aktiviti mereka sebaik sahaja tempoh tahanan tamat kerana mereka tidak pernah disabitkan mahkamah undang-undang memandangkan ISA membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, katanya.

Mohammed Shaani berkata demikian sebagai mengulas penahanan pegawai Imigresen mengikut ISA selepas disyaki terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia, baru-baru ini.

Sebaliknya, kata beliau jika penyeludup terbabit didakwa di mahkamah, identiti serta modus operandi mereka akan dapat diketahui, dan ini membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti punca masalah dan mencari kaedah bagi menangani serta mencegah masalah berkenaan.

Mohammed berkata banyak kekeliruan timbul di kalangan agensi penguatkuasa berhubung antara penyeludupan manusia ke dalam negara dan pemerdagangan manusia.

Beliau menjelaskan bahawa penyeludupan adalah satu kesalahan jenayah terhadap negara terbabit dan dilakukan dengan kerelaan pendatang serta melibatkan lintasan memasuki sempadan secara haram dengan bantuan pegawai penguatkuasa yang korup atau sindiket, dan beroperasi semata-mata kerana wang.

Faktor lain membabitkan hubungan antara penyeludup dan orang yang menyeludup masuk dengan proses penyeludupan berakhir selepas melintasi sempadan dan bayaran yang dipersetujui dilunaskan.

Bagi pemerdagangan manusia, ia merupakan satu jenayah terhadap individu kerana tujuannya adalah untuk mengeksploitasi mangsa bagi mendapatkan keuntungan dan hubungan dengan penyeludup berterusan meskipun selepas menyeberangi sempadanbagi tujuan eksploitasi maksimum demi kepentingan ekonomi dan keuntungan lain.-BERNAMA

* ISA ini akta yang zalim. Mereka tidak dapat membela diri jika tidak bersalah. Ia boleh berlaku pada diri dan ahli keluarga kita.

Tindakan PAS bayar pengundi luar RM250 salah, kata SPR

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.

Halim berkata, pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah, sebaliknya insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain Halim, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.

Pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka,” katanya Wan Rahim.

Tambah Wan Ahmad, SPR bagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menjelaskan ia terserah kepada parti lawan.

“SPR tidak akan mengambil sebarang tindakan ia terpulang kepada kepada parti lawan.

“Kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang, PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya atas perbuatan itu.

“Kalau ada bukti parti lawan boleh buat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa-apa pun terserah kepada parti dan calon yang bertanding,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, banyak cara boleh dilakukan untuk membawa pulang pengundi luar kawasan seperti penyediaan pengangkutan kepada mereka bukan memberikan wang.

“Kalau nak bawa pengundi luar balik parti bertanding boleh gunakan pengangkutan dengan ambil dan hantar mereka, bukan dengan wang.

“Ini namanya perkhimatan, PAS, Barisan Nasional (BN) pun boleh buat tapi bukan dengan bagi wang,” katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.

DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. - TheMalaysianInsider

* Tindakan Halim kurang cerdik...

Batu Sapi serlahkan kepentingan ICT

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi menampilkan perkembangan terkini dalam kegiatan kempen pilihan raya iaitu penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Kesemua tiga calon yang bertanding -- Datin Linda Tsen Thau Lin dari BN, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah -- serta barisan kepimpinan
dan penyokong parti berkenaan kelihatan meningkatkan penggunaan ICT dalam usaha meraih sokongan daripada 25,582 pengundi di kawasan itu pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Mereka menggunakan Facebook, laman blog, Twitter dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berhubung dengan pengundi di kawasan Batu Sapi.

Penggunaan ICT untuk meraih sokongan dan berkomunikasi dengan rakyat kini menjadi tumpuan ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang berikutan kemunculan apa yang dikenali sebagai media sosial dalam talian atau media baru pada pilihan raya umum 2008.

Di Batu Sapi, kawasan di pinggir bandar Sandakan, yang pernah menjadi ibu negeri Sabah, beribu-ribu pengundi begitu gembira apabila menerima SMS atau membaca komen dalam Facebook yang ditulis oleh ahli politik yang berkampung di sini untuk menyumbang khidmat masing-masing dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Sebagai contoh, seorang ahli politik BN menulis begini dalam laman Facebooknya: "Kepada rakan kami iaitu pengundi di Batu Sapi ... (Saya) harap anda mengundi Tsen Thau Lin BN, Calon No. 3 pada Kertas Undi. Berilah peluang kepada Puan kita ini untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Malaysia".

Tsen adalah balu kepada Anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktpber, yang menyebabkan pilihan raya kecil ini diadakan. Chong memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2008 dengan mendapat 9,479 undi dalam perlawanan satu lawan satu dengan calon Bebas Dr Chung Kong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

Kawasan Parlimen Batu Sapi, yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong, mempunyai 25,582 pengundi, 15,099 atau 59.02 peratus daripada mereka adalah bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus Cina dan 57 atau 0.22 peratus kaum lain.

Ahli politik daripada SAPP dan PKR juga menggunakan media baru itu untuk menyampaikan mesej mereka kepada pengundi. Kedua-dua pihak menyediakan laman sesawang masing-masing untuk membolehkan penyokong kuat mereka di Batu Sapi dan pembaca lain mengikuti perkara yang ingin disampaikan oleh pemimpin parti.

"Ini menunjukkan Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara atau kebebasan akhbar, sejajar dengan prinsip demokrasi. Setiap orang berpeluang menyampaikan perkara yang terdapat dalam mindanya untuk rakyat Sabah, terutama untuk pengundi di Batu Sapi," kata seorang pemerhati politik.

Pemerhati itu berkata bercanggah dengan anggapan sesetengah ahli politik bahawa kebebasan akhbar tidak wujud di negara ini, pihak yang bertanding - BN, SAPP dan PKR -- mempunyai peluang sama rata untuk menggunakan media, khususnya media alternatif, untuk menguar-uarkan agenda politik masing-masing.

"Pada pilihan raya kecil ini, saya dapati parti politik menyebarkan maklumat kepada penyokong masing-masing melalui telefon bimbit, e-mel dan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk memikat hati pengundi, terutama golongan muda yang menggunakan perkhidmatan itu.

"Malah, laman rangkaian sosial seperti Facebook, menjadi kegilaan golongan belia yang berpendidikan serta orang dewasa berusia antara 21 dan 49 tahun di kawasan bandar seperti Karamunting.

"Saya rasa, jumlah mereka mungkin melebihi 35 peratus daripada keseluruhan pengundi di Batu Sapi. Anda dapat melihat betapa pentingnya media baru ini. Paling ketara ialah setiap orang berpeluang mendapat capaian kepada perkhidmatan ini, tanpa mengira kecenderungan politik," kata pemerhati berkenaan.

Ahli politik, terutama dari semenanjung, juga memuji dan mengagumi kebebasan akhbar yang begitu tinggi tahap amalannya dalam kalangan media cetak di Sabah.

Seorang daripada mereka berkata beliau mendapati akhbar di Sabah, seperti Daily Express, New Sabah Times, Borneo Post, Utusan Borneo dan akhbar Cina tempatan, memberi liputan secara adil kepada ketiga-tiga calon yang bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan serta para pemimpin parti politik terbabit, termasuk menyiarkan gambar dan kenyataan mereka saban hari dan kadang-kadang turut menyiarkannya di muka depan masing-masing.

"Kebebasan akhbar begitu subur di Sabah. Malah, Pembangkang pun tidak bersungut. Tidak hairanlah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyifatkan Sabah sebagai model peranan bagi 1Malaysia. Sebenarnya, terserahlah kepada kebijaksanaan orang ramai untuk memilih MP yang mereka mahu," kata ahli politik berkenaan sambil menambah bahawa portal berita popular seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider juga menyediakan ruang untuk ahli politik berkempen.

Selepas enam hari kegiatan berkempen berlangsung di Batu Sapi, BN kelihatan memiliki kelebihan untuk mengekalkan kerusi itu, walaupun menghadapi tentangan hebat daripada SAPP untuk mendapatkan undi kaum Cina dan daripada PKR untuk meraih undi daripada bumiputera Islam.

--Bernama

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen. - Malaysiakini

'Pengundi pandai tuntut duit dari 2 pihak'

PAS tetap mempertahankan tindakannya menawarkan bayaran sehingga RM250 kos perjalanan kepada pengundi DUN Galas yang berada di luar kawasan itu.

Penasihat PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tindakan itu merupakan amalan biasa yang turut dilakukan Umno dan MCA.

"(Malah) kalau pengundi itu pandai, dia boleh ambil daripada kedua-dua pihak.

"Ini bukan satu perkara pelik, kita tidak ada halangan atau sekat mereka (daripada terima daripada pihak lawan)," katanya.

Bercakap dalam sidang media di markas PAS pagi ini beliau juga berkata perkara itu bukanlah satu bentuk sogokan tetapi untuk memudahkan perjalanan para pengundi yang berada di luar. - Malaysiakini

* Tak bagus buat lagu tu...

Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.

Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.

Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

“Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang... ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan ‘Majority Leader’... Senat, ‘Minority Leader’... itu biasa.

“Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam ‘Standing Order’ kita,” kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.

Nazri (gambar) berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.

Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.

Nazri diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore yang menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya itu.

DeVore dalam portalnya mendakwa Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu tidak perlu menemui Anwar yang mendakwa dirinya

sering menerima tekanan daripada kerajaan.

Menurut DeVore yang mewakili Parti Republikan, Malaysia tidak seburuk Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib sama seperti Aung San Suu Kyi.

Ia merupakan lawatan sulung Clinton ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan niaga Malaysia ketiga paling utama, dengan jumlah eksport negara melebihi AS$25 bilion (RM77.5 bilion) setahun. - TheMalaysianInsider

* Sebenarnya takut....

4 siswa ditahan di Galas


Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar. - Malaysiakini

* Arahan orang atasan...

Kelantan juara baru


KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.

Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.

Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.

Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.

Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman). - Utusan

30 October 2010

Petang 6 November lihat anak bulan Zulhijjah

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.


Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.


Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. - Bernama

* Lihat sahaja kalender kuda...

KPT sasar 75% pensyarah PhD

TEMERLOH - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan 75 peratus pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di setiap 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sasaran itu meliputi kepakaran dalam semua bidang pengajian di IPTA.

"Kita harap dengan memiliki ramai pensyarah berkelulusan PhD ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar berkeupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Temerloh di Kampung Pangsenam dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya difahamkan hanya 34 peratus pensyarah di IPTA mempunyai kelulusan berkenaan dan ia masih tidak mencukupi bagi menghasilkan mahasiswa yang baik dan kompetitif.

"Kita mahu pensyarah yang lebih pandai daripada pelajar dan mempunyai personaliti yang baik bagi menghasilkan IPTA bertaraf dunia," katanya. - Bernama

* 2 tahun lepas, kementerian datuk kata semua lulusan PHD akan bermula dengan DS51. Tengok sikit UM tu datuk. Pensyarah muda lulusan negara maju, balik penuh semangat tapi berubah bila bertugas di sana. Tahniah UPM...

Timbalan Ketua Dan Naib Ketua PKR Bahagian Batu Sapi Keluar Parti

SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini, Sabtu.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - BERNAMA

* Orang kata, nak 'wang' masuk UmnoBN, nak 'berjuang' masuk Pakatan Rakyat...

Keluarga mangsa dakwa bas buruk, bukan seperti dijanjikan

Keluarga tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat Kuala Lumpur malam tadi mendakwa bas yang dinaiki mangsa adalah bas buruk dan bukannya bas yang dijanjikan syarikat terbabit sebelum ini.

Kebanyakan anggota keluarga yang ditemui di Kampung Baru, Mukim Siong di sini reda dengan kejadian itu tetapi kesal kerana pihak syarikat bas berkenaan tidak menunaikan janji seperti yang dibuat.

Mustaffa Ibrahim, 60, berkata keluarganya menerima kejadian yang menimpa anaknya Mohd Fahmi, 17, itu sebagai takdir tetapi kesal apabila mendapat tahu bas yang sepatutnya membawa rombongan itu digantikan dengan bas buruk.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi kesal kerana bas yang mereka naiki untuk rombongan itu bukan bas yang dijanjikan oleh pihak syarikat bas itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Dalam kejadian 7.50 malam tadi, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands.

Mereka yang maut adalah ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang, Selangor semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Mustaffa, 17, dan Mohd Ridzuan Husin, 17, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mustaffa berkata semua mangsa yang maut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.

Beliau yang juga seorang Imam di sebuah masjid di sini berharap kejadian itu tidak berulang lagi dan mahu pihak berkuasa memantau setiap rombongan bagi mengelak kejadian serupa tidak berulang.

Seorang lagi bapa mangsa, Husin Hamid, 54, berkata beliau kesal apabila mengetahui bas yang dinaiki anaknya Mohd Ridzuan menghadapi masalah sehingga meragut nyawa anaknya itu.

Beliau menyerahkan sebarang tindakan terhadap syarikat bas berkenaan kepada pihak yang terlibat untuk mereka mencari keadilan dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Siong (SMKS) Azizah Hussain, 32, yang ditemui di rumah keluarga seorang mangsa terbabit berkata beliau terkejut apabila mendapati semua pelajar yang terbunuh, pernah menjadi anak muridnya sebelum ini.

“Saya amat terkejut dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyangka sama sekali mangsa yang maut adalah pelajar-pelajar yang pernah saya ajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Siong,” katanya.

Persiapan untuk mengkebumikan tujuh mayat mangsa kejadian itu sudah pun disiapkan di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Siong dengan menggunakan jentolak untuk mengkebumikan tujuh mayat terbabit dalam satu liang lahat.

Setiausaha Umno Bahagian Baling Abdullah Sani Mahmud berkata semua urusan persiapan bagi membawa pulang jenazah ke Baling diuruskan oleh Jabatan Belia dan Sukan. — Bernama

* Hendak tukar jalan raya di Malaysia menjadi jalan raya yang selamat? Tukar kerajaan.

JPJ sahkan pemandu bas tiada lesen

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya di sini hari ini.

Che Husin berkata, pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedu -duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut. - Bernama

* Kalau di negara maju, syarikat bas itu juga kena tindakan kerana menggaji pemandu tiada lesen memandu. Di Malaysia ini, banyak sangat kemusykilan...

RM5 juta bina masjid baru di Batu Sapi

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata, masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang. - Bernama

* Era zaman pemerintahan UmnoBN, tunggu wakil rakyat mati baru boleh dapat banyak kemudahan...punyalah teruk...

Perjanjian PKR-DAP: Orang Melayu diminta buka mata

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Orang Melayu diminta membuka mata terhadap pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Nordin mengenai perjanjian rahsia di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, persamaan ideologi yang terbentuk antara kedua-dua parti tersebut merupakan asas kukuh untuk mereka bertindak membelakangi Perlembagaan negara.

Beliau berkata, jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara kelak, tidak mustahil orang Melayu akan ditindas dan kuasa memerintah negeri akan diserahkan kepada bangsa lain.

"PKR dan DAP masing-masing mempunyai ideologi berasaskan sosialis yang sanggup membuat apa saja asalkan ideologi mereka dapat ditegakkan.

"Apabila mereka berkuasa kelak, tidak mustahil kuasa raja-raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Zulkifli dalam Dewan Rakyat semalam yang membongkar kewujudan perjanjian rahsia di antara PKR dan DAP tanpa diketahui oleh Pas.

Menurut Zulkifli, melalui perjanjian tersebut, DAP akan diberikan kuasa autonomi di Pulau Pinang dan wakilnya akan dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri yang dimenangi sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Tambah Ahmad Atory, perjanjian sulit yang berlaku antara kedua-dua parti tersebut bukan rahsia baru tetapi masih terdapat kalangan orang Melayu yang tidak menyedari risikonya.

"Bangsa Melayu masih seperti dulu ketika zaman dijajah oleh kuasa asing, mereka lali, bermimpi dan tidak sedar bahaya yang bakal dihadapi," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, sudah tiba masanya Zulkifli mendedahkan dalang dan membuktikan semua dakwaan yang dibuat tersebut supaya orang ramai sedar terhadap tindakan licik pakatan pembangkang.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut demi kepentingan bangsa Melayu sendiri," tegasnya.

Menurut Osman, jika perkara tersebut terbukti berlaku, kerajaan diminta siasat dan mengambil tindakan segera kerana secara jelas pihak berkenaan cuba mengubah Perlembagaan negara.

"Kerajaan harus ambil tindakan seperti mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap dalangnya kerana isu tersebut sangat sensitif dan bahaya," katanya.
- Utusan

* Dia cipta isu yang belum dibuktikan kemudian ulas seperti sudah terbukti. Itu sebab UmnoBN ini dianggap pengkhianat bangsa kerana mendidik bangsa menjadi bodoh...




Sketsa 1Disko

Perjanjian PKR-DAP bukan main-main

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP bukan suatu perkara yang boleh dianggap 'main-main' kerana ia didalangi oleh kepimpinan tertinggi parti terbabit.

Menyifatkan perjanjian itu sebagai 'konspirasi syaitan', Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bagaimanapun enggan mendedahkan dalang yang terlibat kerana masih menunggu masa dan keadaan yang sesuai.

"Pendedahan ini dibuat kerana saya mahu ahli bawahan Pas dan PKR serta rakyat Malaysia tahu bahawa wujudnya 'perjanjian syaitan' melibatkan PKR dan DAP.

"Jangan nanti apabila perkara sudah berlaku baru hendak menyesal. Baru hendak kata tidak jangka semua itu akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam, beliau mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga dakwanya, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zulkifli menambah, bagi menjayakan rancangan itu, DAP dijangka meletakkan calon-calon Melayu terutamanya di Negeri Sembilan dan Perak untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"DAP meletakkan calon Melayu bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar. Formulanya, mungkin dengan mencari calon Melayu daripada dalam PKR atau meletakkan calon pilihan parti itu sendiri.

"Memang kita lihat Lim Kit Siang seolah-olah tidak mendapat apa-apa. Tetapi sedarlah, autonomi yang diberikan kepada Pulau Pinang sebenarnya adalah ganjaran besar untuk Kit Siang dan keluarganya," ujarnya.

Ditanya bila sebenarnya perjanjian itu bermula, Zulkifli memberitahu, ilham mengenainya bermula apabila berlaku krisis bagi melantik menteri besar sewaktu pakatan pembangkang mula-mula menguasai Perak pada pilihan raya umum lalu.

"Setelah itu, timbul pula isu Kabinet bayangan yang mengatakan Kit Siang akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di situlah, mulanya mereka memikirkan semua ini," katanya.

Mengulas gelaran 'badut' yang diberikan oleh Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terhadapnya dalam laman web propembangkang, The Malaysian Insider ekoran pendedahan itu, Zulkifli tidak langsung mengendahkannya.

"Mahu kata apa pun, ikut suka dialah. Anwar dulu terang-terang berbohong tentang 16 September, boleh pula dia terima," katanya.

Katanya, semua itu tidak mustahil berlaku kerana DAP memang diketahui tidak boleh menerima Pas.

"Pas tidak sedar mereka dijadikan kuda tunggangan,'' ujarnya. - Utusan

* Dekat pilihanraya dia muncul. Cari makan...

Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama?

KUALA LUMPUR 28 Okt - Kalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.

Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.

Malah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Apa yang mengecewakan kata Zuraida kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah sasau apabila tidak tahu menentukan perkara yang mana perlu didahulukan.

"Ahli Parlimen Lubuk Antu tadi ada menyebut di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.

"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".

Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliau berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.

"Ramai rakyat sedang menunggu kenyataan maaf daripada penganjur tetapi masih memekakkan telinga. Dulu Islam Hadhari sekarang Islam First Lady," ujar Zuraida ketika membahas Bajet 2011, petang semalam.

Perdana Menteri ujar beliau dalam menjawab soalan berhubung siapakah 'First Lady' Malaysia telah menjelaskan kononnya jolokan Wanita Pertama tidak boleh mengatasi Pemaisuri Agong.

"Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). - SK

* Belanjalah sesuka hati duit rakyat. Cuma ambillah pengajaran bekas pemimpin negara luar yang telah dihumban ke penjara selepas mereka kalah dan didapati bersalah oleh mahkamah yang lebih adil selepas itu...

29 October 2010

"Tinggal Serumah, Tak Buat Apa-Apa" - Aida Khalida


PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.

"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.

"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.

"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.

"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.

"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.

"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.

Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.

"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.

"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung. - Mstar

* Kahwin cerai...

Pembinaan Menara 100 Tingkat Harus Ambil Kira Pendapat Ramai

PUTRAJAYA: Pembinaan menara 100 tingkat di bawah projek pembangunan Warisan Merdeka harus mengambilkira pendapat ramai, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Perlu diambil kira pendapat ramai," katanya ketika ditanya sama ada projek itu wajar diteruskan.

Namun apabila diminta mengulas laporan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mewarisi kesilapan beliau seperti membina Menara Berkembar KLCC, Dr Mahathir menjawab: "(Membina) KLCC salah kah? Kalau KLCC salah yang ini (menara) pun salah lah."

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan di sesi "Biz Talk" di Persidangan dan Perdagangan Usahawan Muda Asia Pasifik di sini.

Najib baru-baru ini mempertahankan cadangan pembinaan menara bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

Katanya banyak kerja-kerja kontrak yang boleh diagihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan memberi keuntungan.

Najib juga berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu malah ia sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan PNB.

Semasa membentangkan Bajet 2011 pada 15 Okt lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda yang dijadual siap pada 2020.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta pula jambatan yang kedua.

Di dalam syarahannya, Dr Mahathir menasihati agar setiap ketua yang memberi arahan kepada orang bawahannya untuk melakukan sesuatu kerja perlu mengambil tahu dan tahu dengan jelas perkembangan kerja yang diberikan.

Beliau berkata ketika zaman pentadbirannya, beliau telah meminta agar Pelabuhan Klang dibangunkan tetapi didapati kurang kapal berlabuh menggunakan perkhidmatan di situ.

"Kita tidak boleh membina dan menunggu untuk kapal datang ke situ. Kita perlu turun dan mendekati pemilik kapal-kapal ini dan tawarkan apa yang kita ada berbanding saingan terdekat kita.

"Kita munkin mempunyai idea yang baik tetapi jika diberi kepada orang bawahan, mereka mungkin akan menterjemahkan idea itu ke dalam perkara yang berbeza. Dua otak akan mempunyai dua pemikiran yang berbeza," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan harus yakin idea hasil dari inovasi dan kreativiti anak tempatan kerana pernah terjadi idea mereka yang ditolak akhirnya digunakan oleh pihak luar yang menerima baik idea mereka. - BERNAMA

* Nak bina, bina sahajalah...

Pemuda dihukum mati bunuh peruncit dalam kejadian rompakan

SEREMBAN: Perayaan Deepavali yang bakal disambut minggu depan tidak membawa apa-apa makna bagi seorang pemuda apabila dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini selepas didapati bersalah menikam seorang peruncit di hadapan anaknya dalam kejadian rompakan dua tahun lalu.

R Thamorharan, bekas mekanik, 20, mengalirkan air mata dan menggeleng-gelengkan kepala ketika hukuman itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nafsy Yasin.

Bagaimanapun rakannya, tertuduh kedua, G Chandramogan, 23, dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan membunuh Mohamad Jabrullah Abd Wahab, 62.

Mereka didakwa dengan niat bersama membunuh warga emas itu di Pasaraya Jayamas di Nilai dengan niat mahu merompak Mohamad Jabrullah pada 10.45 malam, 31 Julai 2008.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Ahmad Nafsy berkata, tindakan Thamorharan jelas menunjukkan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh mangsa.

"Pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh dan mahkamah tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman mati," katanya.

Bagaimanapun katanya, mahkamah membebaskan tertuduh kedua selepas meragui sama ada dia mempunyai pengetahuan bahawa tertuduh pertama ada membawa pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk menikam simati kerana perancangan awal mereka hanya untuk merompak sahaja. Tambahan pula katanya, ketika tertuduh pertama menikam simati, tertuduh kedua tidak mengetahuinya dan tidak melihat kejadian itu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan anak lelakinya berusia 21 tahun hendak menutup kedai apabila mereka disamun oleh kedua-dua tertuduh.

Mangsa ditikam oleh tertuduh pertama menggunakan sebilah pisau ala "rambo", manakala tertuduh kedua pula, memukul anak mangsa dengan topi keledar sebelum mereka melarikan diri bersama wang kutipan jualan pasar raya itu.

Thamorharan diwakili peguam S Puspa Nathan, manakala Chandramogan diwakili peguam Ramzani Idris dan pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin.- Bernama

* Ada tajuk berita sebelum ini, "Tiada sesalan diwajah pembunuh"...

Satu panggilan hutang berganda


KUALA LUMPUR: Dengan hanya satu panggilan telefon, mereka yang meminjam wang dari ceti haram atau along menanggung hutang 15 kali ganda daripada jumlah asal.

Itulah taktik terbaru digunakan satu rangkaian dipercayai along untuk memaksa peminjam membayar kembali hutang dan pada masa sama menyebabkan kadar pinjaman meningkat kepada jumlah yang tidak munasabah.

Taktik itu tambahan daripada prosedur sebelum ini yang memaksa peminjam membayar kadar bunga tertentu setiap kali lewat membuat bayaran.

Lebih mengejutkan apabila ada peminjam tidak menyedari mereka berurusan dengan 31 along serentak yang terdiri daripada satu rangkaian sama.

Mangsa dikenali Hanim berusia 40-an berkata, pada awalnya dia meminjam RM6,000 daripada along selepas mengalami masalah kewangan pertengahan tahun lalu.

Katanya, along berkenaan menetapkan syarat dia perlu membayar 10 peratus sebagai bunga sekiranya gagal melunaskan bayaran pada masa ditetapkan.

“Disebabkan masalah kewangan, saya lewat membayar pinjaman selama beberapa bulan. Tidak lama selepas itu, saya dihubungi seorang lelaki menawarkan pinjaman mudah.

“Tanpa memikirkan risiko, saya menerima tawaran pinjaman itu dengan niat mahu melangsaikan hutang terdahulu. Sekali lagi saya gagal membayar hutang dan kali ini seorang lagi lelaki menghubungi saya menawarkan pinjaman serupa,” katanya.

Katanya, selepas beberapa bulan, dia membayar RM13,000 menerusi dua transaksi, namun apa yang mengejutkannya, dia dimaklumkan jumlah perlu dibayar kepada along berkenaan mencecah RM85,000.

Tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Hasil pertemuan yang diaturkan bersama PPIM minggu lalu, mangsa dimaklumkan bahawa perlu membayar RM77,000, namun berubah menjadi RM85,000 beberapa hari kemudian.

Tidak cukup dengan itu, dia menerima ugutan gambarnya ditampal di seluruh kawasan rumahnya dengan niat memalukannya.

“Mereka juga datang ke rumah sambil membuat bising menuntut saya membayar baki wang yang masih tertunggak sedangkan saya sudah melangsaikan semua hutang saya,” katanya.

Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Pegawai Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah wanita itu.

Katanya, PPIM juga berusaha membantu setiap mangsa along mendapatkan nilai ansuran yang minimum dan mampu dibayar kepada along berkenaan.

* Bukan dulu along ini diperangi? 1Malaysia sudah kena tipu lagi...

Bas pelancong terbabas: Enam maut, 21 cedera


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira

7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang yang maut: Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17. — Bernama

* Alahai, nyawa rakyat murah sungguh...

Gadis ditemui mati dalam beg disahkan mengalami pendarahan dalam perut

KUALA LUMPUR: Mayat seorang gadis yang ditemui dalam beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana di Hulu Kelang semalam, disahkan mati akibat pendarahan teruk dalam perut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata laporan bedah siasat yang diperolehi hari ini, mendapati gadis berumur awal 20-an itu mati akibat ditendang atau dipukul dengan objek yang keras di perut.

"Selain pendarahan di perut, terdapat juga kesan lebam di muka mangsa, namun tiada kecederaan luar dikesan pada tubuh mangsa yang telah mati dalam tempoh 24 jam itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, tiga keluarga telah hadir ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi membuat pengecaman ke atas mayat itu.

"Setakat ini, tiga keluarga yang terdiri daripada keluarga Melayu dan Indonesia telah membuat pengecaman ke atas mangsa berikutan kehilangan ahli keluarga masing-masing. Tetapi selepas pengecaman dibuat, mayat itu bukan ahli keluarga mereka," katanya.

Katanya, polis juga tidak menerima sebarang laporan terbaru berhubung kehilangan ahli keluarga daripada mana-mana pihak susulan kejadian itu.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat dan tiada penemuan terbaru ditemui oleh polis di lokasi kejadian," kata Abdul Jalil.
Dalam kejadian itu, mayat gadis tersebut ditemui oleh seorang pekerja bengkel kereta berkenaan kira-kira jam 3.30 petang dalam keadaan berlipat dan berpakaian lengkap.

Polis percaya gadis itu bukan rakyat tempatan memandangkan tiada parut suntikan vaksin BCG ditemui pada bahunya.

Sehelai kertas yang bertulis nama dan nombor telefon negara asing turut ditemui di dalam beg berkenaan. - BERNAMA

* Bila dia kata gadis itu bukan rakyat tempatan, sudah boleh agak kesudahan kes ini...

Celcom sasar jual 10,000 Blackberry Torch akhir tahun


KUALA LUMPUR 29 0kt. – Celcom Axiata Bhd menyasarkan menjual 10,000 unit BlackBerry Torch 9800 baharu menjelang akhir tahun.

Syarikat itu menjangkakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran BlackBerry dengan menjadi penyedia pertama menawarkan BlackBerry Torch 9800 dalam pasaran Malaysia.

"Sebagai peneraju pasaran BlackBerry di Malaysia, Celcom sentiasa memperkenal produk baharu dan menarik bagi memastikan para pelanggan kami dapat menikmati mobiliti dan manfaat perhubungan telefon pintar BlackBerry,” kata Ketua Pegawai Pemasaran, Chee Pok Jin, kepada pemberita semasa pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

"Pada masa ini, para pengguna BlackBerry Celcom sudah mencecah lebih 100,000 di seluruh negara dan angka itu bersamaan dengan 51 peratus bahagian pasaran dalam segmen Blackberry. Kami yakin angka itu akan meningkat menjelang akhir tahun,” katanya.

Sempena pelancaran itu, Celcom menawarkan 10 pelanggan pertamanya keistimewaan membeli BlackBerry Torch 9800 pada harga RM8, 100 pelanggan seterusnya pada harga RM488 dan 100 pelanggan berikutnya pada harga RM888.

Pada harga runcit RM2,500, telefon pintar itu boleh dibeli di seluruh negara mulai 3 November di Blue Cube terpilih. – Bernama

* Kata harga hp akan murah?

AC Mizal Lega, Tidak Bermalam Di Penjara

KAJANG: Pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega selepas tidak perlu bermalam di penjara selama 25 hari bermula Khamis, selepas berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin,35, yang tertunggak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, menjelaskan denda tersebut beberapa minit selepas keputusan dibuat.

“Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.

“Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak,” katanya di sini, Khamis sambil menambah telah memaafkan individu tersebut.

Abdul Halim membuat keputusan itu pada prosiding komital yang dimulakan oleh Shafnie bagi mendapatkan perintah untuk menghantar AC Mizal ke penjara atas dakwaan menghina mahkamah kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak yang secara keseluruhan berjumlah RM50,000.


Shafnie

Berdasarkan perintah yang direkodkan hasil persetujuan bersama dalam perbincangan secara sulh, tunggakan itu perlu dilangsaikan secara ansuran RM200 setiap bulan sebelum anak kedua pasangan itu, Muhammad Shabil Iman berusia 18 tahun.

Selain Muhammad Shabil Iman, 11, mereka mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, hasil perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Bagaimanapun, Abdul Halim pada penghakimannya berpendapat, tindakan AC Mizal mendepositkan RM9,800 yang merupakan tunggakan untuk 49 bulan daripada Januari 2005 hingga 19 Disember 2009 ke dalam akaun bersama dia dan Muhammad Shabil Iman bukan bersifat penghinaan kepada mahkamah.

Sebaliknya, tindakan itu adalah merupakan pelanggaran atau terpesong daripada perintah memandangkan cara pembayaran yang sepatutnya ialah secara ansuran dengan dimasukkan bersama RM300 sebagai nafkah semasa di akaun bersama Shafnie dan Muhammad Shafiq Iman di bank RHB.Beliau juga menolak dakwaan Shafnie bahawa AC Mizal telah melanggar perintah untuk menyediakan perbelanjaan bagi awal persekolahan memandangkan perintah itu sendiri kabur dan tidak diperincikan.

Abdul Halim juga hanya menyifatkan tindakan AC Mizal yang tidak membantu dalam persekolahan anak walaupun berkemampuan sebagai malang, namun perkara itu masih tidak menghina ekoran perintah jelas menyatakan bantuan adalah untuk anak dihantar ke sekolah bantuan kerajaan.

Shafnie menghantar anak sulung mereka ke sekolah swasta aliran agama di Bangi, dekat sini.

Bagaimanapun, AC Mizal disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah bagi kegagalannya menyerahkan laporan kewangan tahunan syarikatnya, Best Line Entertainment (M) Sdn Bhd kepada Shafnie dalam tempoh 60 hari bermula 31 Disember setiap tahun.

“Pada mahkamah, responden gagal meyakinkan bahawa kegagalan itu disebabkan syarikat tidak berfungsi adalah mustahil kerana syarikat tersebut adalah berdaftar dan diselia oleh badan suruhanjaya.

“Persoalannya, mengapa responden tidak menunjukkan perjalanan syarikat untuk dinilai oleh mahkamah?” tambah Abdul Halim.

Justeru itu, beliau berkata, hukuman atau ‘ubat’ perlu diberikan kepada AC Mizal untuk membangkitkan kesedaran kepadanya dalam melaksanakan perintah yang telah dipersetujuinya pada 22 Disember 2004.

Abdul Halim juga menyelitkan nasihat kepada AC Mizal dan Shafnie supaya memastikan anak tidak menjadi mangsa dalam perceraian mereka.


“Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah.

“Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka,” katanya yang mengambil masa selama 45 minit untuk membacakan penghakiman setebal 36 halaman.

Semasa ini, Shafnie yang hadir di mahkamah bersama kakak dan diwakili peguam syarie Mohd Ridhawan Husin dilihat mengesat air mata manakala AC Mizal tekun mendengar di sisi peguamnya, Siti Aishah Din.

AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa. - Mstar

Pemilihan Bersejarah Pimpinan Pusat PKR Bermula Hari Ini

PETALING JAYA: Mulai hari ini sehingga 21 November, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memilih pucuk pimpinan nasional mereka - yang bakal menyaksikan buat pertama kalinya pemilihan pucuk pimpinan sebuah parti politik di negara ini dilakukan secara terus oleh akar umbi. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, seramai 400,000 ahli layak mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

"Saya ingin menyeru semua 400,000 ahli PKR yang layak mengundi dalam Pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti.

"Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional,"katanya.

Pemilihan yang akan berlangsung selama sepuluh hari itu melibatkan semua cabang PKR di seluruh negara bermula dengan Kelantan dan Kedah.

"Setiap ahli diberi peluang untuk mengundi bagi jawatan timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding,” katanya lagi.

Bagi ahli Pemuda dan Wanita pula, Saifuddin berkata, mereka akan memilih ketua, timbalan, naib dan exco masing-masing dan proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung pada hujung minggu.

Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan saingan tiga penjuru antara dua Naib Presiden iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Anggota MPP, Datuk Zaid Ibrahim yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Walaupun persaingan untuk jawatan itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, secara umum mengetahui ia sebenarnya adalah pertandingan antara Zaid dan Azmin.

"Penyertaan Mustafa hanya sekadar kacau daun atau ibarat nasi tambah sahaja... tidak ada harapan untuk menang apatah lagi hendak mendapat tempat kedua," ujar seorang pemimpin MPP yang enggan dikenali ketika dihubungi oleh mStar Online hari ini.

Beliau berkata, ahli-ahli akan berhadapan dengan dilema siapakah di antara Zaid dan Azmin yang menjadi pilihan mereka. Ini kerana kedua-duanya ada kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

"Azmin adalah generasi pengasas PKR dan telah berkhidmat dengan penuh taat setia selama 12 tahun sebagai naib presiden. Kematangannya sebagai ahli politik telah teruji menerusi jatuh bangun PKR.

"Manakala Zaid pula dilihat mewakili generasi baru PKR, mewakili wajah urban PKR dan pemikiran baru PKR... jadi kedua-duanya ada merit dan keistimewaan masing-masing.

"Jika ditanya saya, saya juga akan mengambil masa untuk memilih siapakah yang layak diletakkan sebagai orang nombor dua PKR," ujarnya.

Sementara itu, jawatan naib Presiden pula akan menyaksikan 17 calon layak bertanding antaranya ialah, Nurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Tian Chua, Dr Xavier Jeyakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong dan N. Gobalakrishnan manakala 132 calon pula akan bersaing bagi merebut 20 kerusi MPP.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), penyandang iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin akan dicabar oleh Badrul Hisham Shaharin.

Jawatan Ketua Wanita pula menyaksikan Zuraida Kamaruddin berdepan dengan dua calon iaitu Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Esok sebanyak sepuluh cabang PKR akan mula mengundi, antaranya ialah, Langkawi, Kubang Pasu, Alor Star, Kuala Kedah, Pokok Sena, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa.

Cabang-cabang lain akan mengundi pada hari Sabtu hingga 21 November ini adalah seperti berikut:

(Sabtu, 30 oktober 2010)

Pahang: Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan dan Pekan.

Negeri Sembilan : Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Sabah : Kudat, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Ranau, Keningau, Libaran, Sandakan dan Silam.

Kelantan : Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Kedah : Kulim - Bandar Baharu dan Padang Serai.

Perak: Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Perlis: Padang Besar, Kangar dan Arau.

(Ahad, 31 Oktober 2010)

Pahang :Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Tampin.

Negeri Sembilan: Rembau dan Rompin.

Perak : Tambun, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar.

Pulau Pinang: Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.

Melaka : Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Bukit Katil.

Sabah : Tawau, Pensiagan, Kota Marudu, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom.

(Jumaat, 12 November 2010)

Kedah : Jerai, Merbok, Sungai Petani, Baling, Sik, Jerlun, Padang Terap dan Pendang.

Kelantan : Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

(Sabtu, 13 November 2010)

Pulau Pinang : Nibong Tebal, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bayan Baru dan Balik Pulau.

Wilayah Persekutuan : Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa dan Titiwangsa.

Johor : Segambut, Ledang, Bakri dan Muar.

Terengganu : Setiu, Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.

Sabah : Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan dan Labuan.

Selangor : Sepang.

Perak : Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh, Telok Intan dan Tanjong Malim.

Sarawak : Mas Gading, Petra Jaya dan Stampin.

Melaka : Kota Melaka dan Jasin.

(Ahad, 14 November 2010)

Wilayah Persekutuan : Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Wilayah Persekutuan Putrajaya : Putrajaya.

Sarawak : Sri Aman, Betong, Julau, Lanang, Bintulu dan Miri.

Selangor : Kuala Langat, Kota Raja, Klang, Kapar, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pulau Pinang : Tanjong dan Jelutong.

(Sabtu, 20 November 2010)

Johor : Tenggara, Johor Bharu dan Pulai.

Selangor : Kelana Jaya, Puchong, Serdang, Sabak Berman, Sungai Besar dan Hulu Selangor.

Sarawak : Lawas, Hulu Rajang, Mambong, Santubong, Bandar Kuching dan Batang Lupar.

(Ahad, 21 November 2010)

Johor : Gelang Patah, Kulai, Pontian, Tebrau, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Sekijang, Labis, Pagoh, Pengerang, Tanjong Piai, Ayer Hitam dan Mersing.

Selangor : Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Pandan dan Hulu Langat.

Sabah : Kimanis.

Sarawak : Kanowit, Sibu, Sarikei, Sibuti, Lubok Antu, Kota Samarahan, Batang Sadong, Serian, Tanjong Manis, Mukah, Baram, Saratok, Kapit, Limbang dan Igan. - Mstar

* Tidak ada pun tanda-tanda PKR akan runtuh sepertimana kata Zulkifli Noordin...

DAP, PKR dakwa Zulkifli Noordin berbohong, bawa cerita dongeng

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pemimpin PKR dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar PKR awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli (picture) yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Naib Presiden PKR Azmin Ali kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Gombak ini memberitahu, KR akan terus bersama rakan-rakannya dalam PR yang dibentuk dua tahun lalu.

“Kami bukan macam BN,” kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai “anjing yang menyalak.”

Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi BN terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, PKR dan PAS.

“Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus,” kata Azmin lagi.

Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

“Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

“Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat “pendedahan” itu.

“Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan),” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

“Apa yang dia katakan itu cetita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara “normal” memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang.

“Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN).

“Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini,” kata Fuziah lagi.

“Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu,” kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya PKR di Batu Sapi sekarang.

Malah Fuziah menegaskan, PKR sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS.

“Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, PKR, kami bersatu,” kata beliau sambil menambah, “mengapa kami perlu buat macam ini?”

“Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan. - TheMalaysianInsider

Dakwaan pakatan sulit: PAS sifatkan Zulkifli Noordin ‘joker’

GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Zulkifli Noordin sebagai “joker” ekoran dakwaannya bahawa PKR dan DAP mengadakan “kontrak rahsia” bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu itu, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.

“Saya tak berminat nak beri respons terhadap dakwaan beliau (Zulkifli).

“Beliau ini ‘joker’, sebab itu saya malas nak respons apa jua yang beliau cakap,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen PAS kerusi Kota Baru pada sidang media harian di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini.

Pemimpin dari Kelantan ini juga menegaskan, dakwaan yang dibuat Zulkifli tidak akan menjejaskan kempen pilihan raya parti Islam itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

“Tidak terjejas apa-apa pun,” katanya.

Pengundian diadakan 4 November ini.

“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen cauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.

Namun pemimpin PKR dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan itu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika PR menguasai Putrajaya.

Kepimpinan PKR dan DAP membidas Zulkifli yang keluar PKR awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk ‘berkhidmat’ kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas akibat barah.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. - TheMalaysianInsider

* Sampai tahap menjijikan dengan Zulkifli Noordin...

Awan panas luar biasa


SEBAGAI pengarang kanan yang mengetuai pasukan laporan khas portal berita Vivanews.com, jiwa wartawan Yuniawan Wajyu Nughroho untuk memperoleh rencana-rencana eksklusif sentiasa membara. Ketika Yogyakarta berdepan dengan ancaman letusan Gunung Merapi, Yuniawan enggan ketinggalan mendapatkan bahan-bahan menarik.

Empat tahun lalu Yuniawan pernah mewawancara warga emas yang dianggap sebagai penjaga Gunung Merapi Mbah Maridjan, 83. Kali ini dia mahu bertemu semula dengan lelaki tersebut yang dianggap oleh ramai penduduk sebagai seorang yang boleh meramal letusan Merapi.

Namun, Yuniawan mungkin tidak menyangka bahawa petang Selasa lalu adalah perbualan terakhirnya dengan pengarangnya, Nezar Patria yang sempat menghubungi beliau. Nezar mengingatkan Yuniawan supaya berhati-hati dan meninggalkan kawasan terbabit sekiranya mendengar siren kecemasan.

Sekitar pukul 7 malam, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto memaklumkan kemungkinan Yuniawan dalam kebahaya.

Menurut Rini, perbualannya dengan Yuniawan sekitar pukul 6 petang terputus. Rupa-rupanya itu adalah panggilan telefon terakhir Yuniawan.

Kira-kira pukul 10.42 malam, Vivanews menerima panggilan daripada seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi. Mereka menemui kad pengenalan Yuniawan. Beliau disahkan sebagai salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.

Debu-debu volkanik

Selain orang ramai, wartawan Yuniawan merupakan salah seorang yang menjadi mangsa korban Merapi. Sejak beberapa hari lalu, awan panas dan debu-debu vulkanik dimuntahkan gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, yang memaksa ribuan penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung itu berpindah mencari tempat perlindungan.

Perkampungan di sekitar lereng gunung berapi yang dahulunya menghijau dengan tanaman pertanian yang subur telah berubah wajah menjadi kelabu apabila diselimuti debu-debu vulkanik.

Bahkan, letusan Gunung Merapi tersebut mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk setempat yang ingin mendapat perlindungan daripada debu-debu vulkanik dan awan panas yang melanda kawasan penempatan mereka.

Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter meletus selepas para saintis memberi amaran tekanan di bahagian bawah kubah lahar gunung tersebut akan menghasilkan letusan paling kuat dalam tempoh beberapa tahun.

Ketua daerah Sleman di Pulau Jawa, Sri Purnomo berkata, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada kira-kira 11,400 penduduk yang tinggal di selatan lereng gunung itu supaya bersedia untuk pemindahan segera.

Terdapat kira-kira 40,000 penduduk yang menetap berhampiran gunung paling aktif di Indonesia itu bahkan penduduk itu sebelum ini enggan meninggalkan rumah dan tanaman mereka.

Kebanyakan penduduk tempatan juga dipercayai masih menjalankan aktiviti harian mereka seperti mengusahakan ladang dan memberi makan haiwan ternakan sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.

Sri Purnomo berkata, khemah-khemah untuk penduduk yang dipindahkan telah didirikan di bangunan-bangunan kerajaan dan beberapa padang sukan lebih 10 kilometer (km) dari kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua ahli vulkanologi, Subandriyo berkata, letusan itu berlaku sebelum waktu senja.

Sebelum letusan berlaku, gunung itu terlebih dahulu telah mengeluarkan bunyi menderam dan asap tebal selama beberapa jam.

“Kita dapat mendengar bunyi deraman yang sangat kuat bagaikan badai selama beberapa ketika. Kemungkinan bunyi berkenaan berlaku selama 15 minit.

“Selepas itu kelihatan kepulan debu panas besar mula dikeluarkan ke udara dari Gunung Merapi,” kata seorang petani yang masih belum meninggalkan rumahnya di kawasan cerun gunung berapi itu ketika ia meletus.

Muntahan awan panas

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa mereka ada terbau belerang yang sangat kuat sebelum letusan gunung berapi itu berlaku.

“Tenaganya meningkat... kami berharap ia akan reda perlahan-lahan.

“Jika tidak kita akan melihat satu letusan yang besar, lebih besar daripada apa yang kita lihat semasa ia meletus beberapa tahun lalu,” kata ahli vulkanologi kerajaan, Surono.

Dalam pada itu, pegawai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Vulkanik Yogjakarta (BPPTK), Agung Nandaka berkata, sukar bagi penduduk yang berada lima kilometer dari puncak gunung berkenaan untuk berpindah sebelum berlaku muntahan awan panas.

“Ini kerana ia panas dan mempunyai kelajuan yang luar biasa,” katanya.

Sementara itu, seorang bayi berusia dua bulan telah terkorban dalam letusan berkenaan, manakala 20 lagi cedera apabila gunung itu mula meletus.

Bayi tersebut yang tidak diketahui jantinanya mati semasa didukung ibunya ketika orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.

Stesen televisyen swasta, Metro TV melaporkan, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital berdekatan.

Seorang wartawan agensi berita berkata, kebanyakan yang cedera akibat terkena debu panas yang dihamburkan oleh Gunung Merapi melecur teruk.

Selain itu, pasukan penyelamat telah menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah Mbah Maridjan di Cangkringan daerah Sleman. Mbah Maridjan merupakan Jurukunci Merapi sejak awal tahun 1980-an.

Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia disebabkan melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat enggan mengesahkan mayat Jurukunci Merapi berkenaan adalah antara 15 mayat yang ditemui sehingga hasil ujian asid deoksiribonukleik ( DNA ) diperoleh.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati.

Merapi yang membawa erti Gunung Api biasanya mengalami letusan-letusan kecil pada setiap dua atau tiga tahun dan akan mengeluarkan laharnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Kali terakhir gunung berapi berkenaan meletus adalah pada tahun 2006 apabila ia mengeluarkan gas dan serpihan batu menyebabkan dua orang terkorban.

Pada tahun 1994, letusan Gunung Merapi lebih dahsyat berbanding tahun 2006 apabila ia mengakibatkan 60 orang maut.

Pada tahun 1930, ia telah mengorbankan 1,300 orang manakala lebih satu dozen perkampungan musnah.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, lokasi terletaknya pertemuan lapisan-lapisan benua yang menyebabkan kekerapan berlaku aktiviti seismik dan gunung berapi. Negara itu dikatakan mempunyai lebih 120 buah gunung berapi yang aktif. - Kosmo