31 October 2009

Peniaga air tebu didakwa

KLANG 30 Okt. – Empat hari selepas Mantik Hani meninggal dunia dipercayai angkara perbuatan keji majikannya, seorang penjual air tebu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia itu.

A. Murugan, 35, didakwa membunuh wanita berusia 36 tahun itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa di sini di antara 18 dan 20 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada majikan lelaki mangsa itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Afifah Mamat @ Yusof.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup manakala peniaga terbabit tidak diwakili peguam bela.

Manoj memohon supaya kes tersebut dipindahkan segera ke Mahkamah Tinggi atas alasan kes itu menarik perhatian umum.

Permohonan itu dibenarkan oleh Afifah yang menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membolehkan pengakuan tertuduh direkodkan.

Isteri dan ibu Murugan yang sebelum ini turut ditahan reman tidak didakwa di mahkamah selepas dibebaskan oleh pihak polis.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan kerana terlalu lemah.

Ketika diselamatkan dari rumah majikannya, pada 21 Oktober lalu, pembantu rumah terbabit berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Wanita itu diselamatkan pihak polis selepas seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek membuat laporan polis bersama peguam, Gerald Lazarus.

Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan tulang pada kakinya.

Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras. - Utusan

Kerjasama penuh kepada siasatan Lembaga Disiplin

SHAH ALAM, 31 Okt: Ketika Lembaga Disiplin PAS mula bermesyuarat hari ini, Pemuda PAS Selangor menyeru semua ahlinya agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada lembaga ini.

Dalam kenyataannya, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzuan turut menyeru semua peringkat khasnya para blogger menulis untuk mencari titik penyelesaian dalam konflik yang ada.

"Kami menyeru agar semua ahli dan blogger yang cintakan PAS sebagai sebuah jemaah Islam serta harakah Islamiyyah yang sedang berjuang untuk mendaulatkan islam menulis dengan pendekatan mencari titik pertemuan, merapatkan jurang perbezaan bukan menjarakkan lagi jurang penyelesaian dan ukhwah," kata Hasbullah dalam kenyataannya itu.

Hasbullah dipercayai mengulas keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini yang mengarah Lembaga Disiplin PAS menyiasat PAS Selangor.

Ini ekoran dari beberapa dakwaan yang melibatkan aktiviti, kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan PAS negeri itu yang dianggap merugikan PAS.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Ketua Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lembaga itu akan memulakan sidangnya jam 10.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebutkan di mana sidang itu akan berjalan dan menegaskan tidak akan ada sebarang kenyataan kepada media sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Hasbullah, Dewan Pemuda PAS Selangor menerima keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS pada 28 Oktober 2009 bagi menangani persoalan dan kemelut dalam PAS yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor, katanya, juga meraikan keputusan menyelesaikan permasalahan dalaman melalui siasatan oleh Lembaga Disiplin parti. Dengan ini, tidak berbangkit lagi soal EGM (mesyuarat agung luarbiasa) kecuali jika ada keperluan dan menepati syarat yang ditetapkan.

"Kami juga berbangga dengan kepimpinan PAS Selangor kerana telah akur dengan keputusan mesyuarat khas itu dan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat serta memberi jaminan kerjasama yang baik demi membersihkan parti dari segala salah faham dan fitnah yang berlaku," katanya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Selangor berharap dan menggesa ahli pemuda semua peringkat agar turut mematuhi keputusan mesyuarat khas tersebut dengan tidak membuat sebarang spekulasi, kenyataan peribadi atau menyalakan kembali api fitnah menerusi apa jua media terbuka yang tidak sepatutnya seperti blog dan lain-lain.

"Kami berharap, jika ada sebarang kes yang difikirkan perlu ditangani, hendaklah didahului dengan kaedah yang terbaik mengikut adab-adab berjemaah serta ukhwah islamiyyah yang telah digarap sekian lama. Sekiranya perlu, kumpul bukti untuk dikemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, agar jelas adakah ianya tuduhan yang berasas atau sekadar sangkaan yang keliru.

"Kami juga bersetuju dengan gesaan PAS Selangor agar Jawatankuasa Disiplin Parti membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang membarahi PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui ceramah, penulisan, saluran media dan blog mahupun ulasan dalam akhbar dan lain-lain.

"Jika ada sepuluh orang yang bermesyuarat, jangan ada orang kesebelas yang mengetahui isi kandungan mesyuarat yang bersifat rahsia tersebut," katanya.

Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru kepada semua ahli parti agar menumpukan gerakerja dakwah dan pengukuhan dalaman serta tidak membicarakan isu ini bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai. - Harakahdaily

Hilang kepercayaan kepada parti tidak sahkan tutup pusat khidmat

SHAH ALAM, 30 Okt: Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah tidak patut menutup pusat khidmat kepada rakyat di kawasannya sungguhpun benar dia hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, beliau memikul amanah pengundi kawasannya dan tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan khidmat dari beliau.

Demikian kata rakan Adunnya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagaimana dilaporkan laman web Selangorkini.

Badrol mengumumkan keluar dari PKR disebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang semalam. Pagi semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau telah mencadangkan kepada PKR agar Badrol meletakkan jawatan.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu keluar dari PKR. Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo pula sebagaimana dijangka berkata sedia menerima 'orang buangan' dari PKR ini.

Nik Nazmi berkata, PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekalipun hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, tindakan Badrul meninggalkan PKR dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Badrol tidak lagi layak mewakili PKR dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.

Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi Adun bebas dan menyokong Barisan Nasional.

"Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.

"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.

Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.

"Kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid. - Harakahdaily

* Siapa yang tidak bertanggungjawab kata Badrul ada masalah mental.

Keganasan Taliban ancam pilihan raya Afghan

KABUL - Serangan bertali arus dilancarkan Taliban ke atas petugas pilihan raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melemahkan keupayaan badan dunia itu membantu Afghanistan menjalankan pilihan raya yang berbaki sembilan hari lagi.

Walaupun PBB mendakwa pihaknya tidak terjejas dengan serangan tersebut, satu lagi serangan besar mampu mempengaruhi situasi pilihan raya dengan keupayaan terhad untuk menjamin proses pengundian telus di negara ini.

Petugas antarabangsa PBB di Afghanistan kelmarin diarahkan tidak keluar rumah, sehari selepas militan menggempur sebuah hotel pekerja PBB dan membunuh lima daripada mereka, termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS).

Namun, perintah berkurung tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya kepada 140 petugas PBB kerana mereka perlu membantu pegawai pilihan raya Afghanistan melakukan persiapan menjelang pilihan raya pada 7 November depan, kata jurucakap PBB, Dan McNorton.

Menurutnya, petugas PBB kesuntukan masa untuk menguruskan kertas undi selain terpaksa menghadapi ancaman keganasan Taliban pada awal bulan nanti.

McNorton berkata, penasihat teknikal akan dihantar ke setiap wilayah semasa pilihan raya nanti walaupun perjanjian keselamatan akan diteliti semula.

Di New York, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon merayu supaya jaminan keselamatan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB di Afghanistan ditingkatkan.

Taliban sekali lagi mengulangi amarannya menggesa rakyat Afghanistan memulaukan pilihan raya. - Sinar Harian

Dr Asri akan sertai parti politik?


PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat semalam, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

"Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu.

Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri.

Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian, katanya.

"Saya mahu tekankan di sini bahawa kami bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kami hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. Kami akan menggunakan undangundang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

"Kami juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri. Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas.

"Kami juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan.

"Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes.

Beliau menegaskan kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat.

"Saya tahu kami tidak boleh mencapai sifar penyelewengan tetapi kami boleh mengurangkan perbuatan seperti itu," katanya.

Perdana Menteri berkata dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang.

"Kami bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran," katanya. BERNAMA

* Aliran Dr.Asri tidak sesuai dengan PAS.

Pasukan khas akan siasat laporan Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat semalam, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

"Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu.

Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri.

Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian, katanya.

"Saya mahu tekankan di sini bahawa kami bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kami hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. Kami akan menggunakan undangundang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

"Kami juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri. Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas.

"Kami juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan.

"Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes.

Beliau menegaskan kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat.

"Saya tahu kami tidak boleh mencapai sifar penyelewengan tetapi kami boleh mengurangkan perbuatan seperti itu," katanya.

Perdana Menteri berkata dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang.

"Kami bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran," katanya. BERNAMA

Saya rela disiasat - Hassan Ali

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk disiasat serta menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh parti sekiranya didapati bersalah.

Bagaimanapun, menurut beliau, Jawatankuasa Disiplin tersebut mesti melakukan siasatan dengan adil serta telus dan bukannya bersandarkan emosi atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Beliau mengharapkan siasatan itu dilakukan segera secara menyeluruh demi keadilan.

''Percepatkan siasatan kalau saya yang menjadi punca 'kecacatan' parti. Siasat dan kajilah saya. Saya sangat mengalu-alukan siasatan itu dibuat.

''Tetapi, dengan syarat sila kemukakan bukti yang kukuh. Cara siasatan itu dibuat mesti dengan cara yang meyakinkan kita. Bukan dilakukan dengan emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Mesti dibuat dengan telus. Saya akan terima,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air, Batu 11 Cheras, di sini hari ini.

Hassan mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan namanya sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan prokerajaan perpaduan.

Ini adalah kenyataan pertama Hassan kepada media selepas mesyuarat khas parti pada 28 Oktober lalu yang membincangkan cadangan Nik Abdul Aziz mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mengulas lanjut, katanya, beliau langsung tidak terkejut atau jauh sekali mahu 'bersikap murung' dengan dakwaan Mursyidul Am Pas itu.

''Sebagai pejuang, 'hati mesti besar'. Bukan bermakna sombong. Perlu kuat ketahanan diri dan inilah waktunya untuk melihat kekuatan diri.

''Jika saya terbukti bersalah dan siasatan itu telus, saya sedia menerima hukuman. Apa saja bentuk hukuman itu saya terimalah. Saya terima kenyataan. Saya anggap teguran Tuan Guru sebagai abang kepada adik. Saya menghormati beliau. Mana-mana jika Tuan Guru ada (berada), saya akan menegurnya dulu. Saya tidak murung atau muram dengan tuduhan itu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hassan berkata, Pas Pusat perlu memperluaskan siasatan kepada Pas Selangor dan bukannya tertumpu pada beliau seorang sahaja.

''Saya serahkan pada mereka. Jangan hanya siasatan tertumpu pada 'Hassan Ali' sahaja. Mungkin 'Hassan Ali' dianggap player (pemain). Tapi mungkin ada beberapa lagi individu di Selangor akan disiasat atas pertuduhan 'mencacatkan' parti,'' katanya.

Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta, Hassan menyifatkan tindakan itu tidak menjejaskan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

''Kalau boleh kita tidak mahu kehilangan satu kerusi pun. Tetapi tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak menjejaskan PKR Selangor. Majoriti (kerusi ADUN) masih milik kita,'' katanya. - Utusan

PKR amal politik dendam – Badrul Hisham

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendedahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya mengamalkan politik berdendam terhadap pengundi yang tidak menyokong mereka.

Katanya, perkara itu menyebabkan beliau yang mengambil pendekatan terbuka dengan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira ‘bendera’ parti politik telah ditekan pucuk pimpinan.

Tekanan itu, katanya, datang dalam pelbagai bentuk seperti dianaktirikan dan dibiarkan ‘terkapai-kapai’ seorang diri tanpa sokongan parti.

Kemuncaknya, jelas beliau, apabila peruntukan pembangunan untuk DUN Pelabuhan Klang disalurkan melalui pihak ketiga pada April lalu.

‘‘Saya berjiwa demokrasi, di kalangan rakyat di Pelabuhan Klang ada yang ahli PKR, Pas, DAP, UMNO, MCA, MIC atau tidak berparti.

‘‘Mereka inilah yang mengundi saya, jadi saya perlu berterima kasih kepada semua kerana saya adalah wakil rakyat dan bukannya ketua parti,” katanya.

Beliau meluangkan masa bersama Utusan Malaysia kira-kira 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi percutian yang dirahsiakan lokasinya di sini hari ini.

* Kerja malas buat, bersenang-senang cuti pula dia.

Isu moral: Ezam cabar Wan Azizah

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor berkata, Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar.

Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.

‘‘Betul, Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti.

‘‘Dia patut bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya. - Utusan

* Semua dalam proses mahkamah dan tidak menyalahi undang-undang.

30 October 2009

Kes liwat Anwar: Sampel Mohd Saiful dtetapkan 6 Nov

Pihak pendakwaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 6 Nov bagi keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan
berhubung dokumen dan sampel spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, selepas mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, berkata mahkamah memerlukan masa untuk menimbangkan perkara itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi bagi pendakwaan membekalkan dokumen kepada Anwar, manakala Anwar membuat rayuan balas terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memaksa pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen kepada Anwar mengikut Seksyen 51 Kanun Atur Cara Jenayah (CPC) telah terkilaf dalam menafsir seksyen itu kerana ia diterjemahkan tanpa sebarang justifikasi perundangan atau autoriti.

"Lebih penting lagi, pentafsiran baru yang diletakkan pada Seksyen 51 Kod itu oleh Mahkamah Tinggi adalah bertentangan dengan semua prinsip yang telah dibuat dan peraturan pentafsiran sesebuah statut," katanya.

Mohamed Yusof berkata masa yang sesuai bagi Anwar membuat permohonan mendapatkan dokumen itu ialah pada peringkat pembelaan kerana beliau mahukan dokumen itu untuk pembelaannya.

Peguam R Sivarasa berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam keputusannya selepas membaca secara menyeluruh skop Seksyen 51 dan oleh itu mahkamah tidak mempunyai asas untuk campur tangan berhubung perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam rayuan balasnya, Sivarasa berkata bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan kimia berhubung sampel spesimen bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Katanya mahkamah perlu memberikan sampel itu walaupun ia telah dimeterai oleh ahli kimia kerana ia boleh dibuka di bawah pengawasan mahkamah.

Mohamed Yusof berkata sebaik sampel spesimen itu dibuka ia akan tercemar.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan kenyataan saksi yang dirakam dari pengadu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, tiga keterangan saksi lain dan dokumen-dokumen lain.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Pada 24 Julai 24, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi perintah itu kepada pihak pendakwaan, sehingga penyelesaian rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 3 Nov. BERNAMA

Penjual air tebu didakwa bunuh Muntik Bani

KLANG 30 Okt - Seorang penjual air tebu, A. Murugan, 35, dihadapkan ke Mahkahmah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia, Muntik Bani.

Tiada pengakuan direkodkan pada prosiding hari ini dan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam 3 November ini. - Utusan

MIC dan MCA tidak setuju sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 30 Okt. — MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran.

"Bagi sekolah Tamil, pelajar (India) akan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak daripada kaum lain apabila mereka memasuki sekolah menengah,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada lebih 50 kuil Hindu di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

"Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk,” kata Wee kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini.

Dr. Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, walaupun bahasa pengantar di sekolah pelbagai aliran bukannya bahasa kebangsaan namun ia tidak menggugat pelajar untuk menghayati konsep 1Malaysia.

- BERNAMA

Serah tubuh takut didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu syaitan sanggup menyamar penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum memperkosa seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di pantai Tok Jembal, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa yang berusia 20 tahun bersama teman lelakinya menaiki kereta dan berhenti di Pantai Teluk Ketapang di sini sebelum didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri pegawai penguat kuasa JHEAT.

Difahamkan, suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum dibawa ke tepi pantai untuk melakukan rundingan konon bagi mengelak tindakan diambil terhadapnya dan pasangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketika itu, suspek memberitahu mangsa jika tidak mahu berunding, tindakan tegas akan diambil terhadapnya termasuk didenda sehingga RM6,000 jika didakwa di mahkamah.

Menurutnya, suspek menawarkan untuk mengadakan hubungan seks dengan pelajar perempuan terbabit sebagai balasan untuk tidak dikenakan tindakan.

Disebabkan terlalu bimbang, mangsa yang ketakutan bersetuju dengan tawaran suspek.

Katanya, melihatkan pelajar itu ketakutan dan bersetuju dengan tawaran itu, suspek membawa mangsa menaiki motosikal menuju Pantai Tok Jembal di sini, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Mohd Fauzi berkata, sebaik tiba di pantai itu, suspek membawa mangsa ke dalam semak berhampiran lalu merogolnya sebelum melarikan diri.

“Berikutan kejadian itu, pelajar itu membuat aduan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi dan bertindak atas maklumat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit kejadian itu.

“Suspek berusia 41 tahun berasal dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir di sini yang juga peniaga buku ditahan di sekitar kawasan kejadian kira-kira jam 5.45 pagi,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu hasil ujian perubatan manakala suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Katanya, polis masih menjejaki dua lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit kejadian itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, kesal dengan perbuatan suspek yang dikenal pasti sebagai bekas seorang penguat kuasa agama sukarela yang dilantik kerajaan kerana sanggup merogol mangsa.

Menurutnya, sebagai bekas pegawai pencegah maksiat, suspek tidak sepatutnya melakukan perbuatan keji itu.

Beliau berkata, kad kuasa diberikan kepada suspek sudah lama ditarik balik JHEAT dan lelaki itu sudah tiada kuasa untuk menahan pasangan yang disyaki berkhalwat atau melakukan maksiat.

“Saya memberi amaran kepada pegawai sukarela atau pegawai tetap yang didapati membuat rundingan atau menerima sogokan wang daripada pasangan yang melakukan maksiat termasuk khalwat, tindakan tegas termasuk dibuang kerja akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah,” katanya. - Mymetro

Peguam mati dibunuh

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditemui mati di ruang tamu di rumahnya di Lorong Batai Barat, Bukit Damansara, di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika mangsa, M Thiruchelraegaran, 75 serta isterinya sedang tidur dan diserang tiga lelaki.

Difahamkan seorang daripada suspek bertindak mengikat isteri mangsa dan dikurung dalam salah satu bilik, manakala seorang lagi bertindak mencekik mangsa selepas enggan mengikut arahan.

Berdasarkan kesan pecah masuk, penjenayah terbabit menggunakan tiga penyodok untuk mengumpil pintu hadapan.

Suspek berjaya melarikan barang kemas milik isteri mangsa.

Siasatan awal polis mendapati mangsa sepatutnya menghadiri perbicaraan kes bankrupsi babitkan satu syarikat di mahkamah pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan peguam itu sama ada mempunyai kaitan dengan dengan kes perbicaraan terbabit atau samun. - Mymetro

Di sebalik tabir mesyuarat PAS

Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Tinta Merah sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut. - Malaysiakini

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

KLANG, 30 Okt: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan 'perwatakan' sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

"Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor," kenyataannya dipetik.

Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.

Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.

Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.

Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.

"Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.

Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.

Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.

Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.

Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang 'mesra BN'.

Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.

Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah 'dipengaruhi' oleh 'orang ezam'

Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.

Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar. - Harakahdaily

Jambatan dibina tergesa-gesa untuk kem 1Malaysia

Jambatan gantung maut yang mengorbankan tiga nyawa murid sekolah di Kampar dibina "secara tergesa-gesa" untuk program Kem Perkhemahan 1Malaysia, kata seorang pemimpin PAS setempat.

Ahli jawatankuasa PAS Kuala Dipang itu memberitahu Malaysiakini, perkara itu disedarinya apabila melihat kesan runtuhan jambatan tersebut sejurus selepas kejadian pada malam Isnin lalu.

Ahmad Damanhuri Talib, 49, berkata pemerhatiannya menunjukkan bongkah konkrit yang menjadi penyangga kepada jambatan gantung itu telah tercabut pada masa kejadian, menyebabkan jambatan tersebut runtuh.

"Nampak dibuat lebih kurang saja. Kalau rumah yang orang nak duduk pun kena ada penilaian, inikan pula jambatan untuk murid sekolah," katanya, yang mendakwa turut menyertai operasi menyelamat mangsa bersama seorang rakannya.

"Konkrit tapaknya nampak belum mantap dan tanah di bawahnya pun belum kemas lagi sebab itulah penyangganya terbungkas."

"Tapak untuk tiang itupun tidak ada cerucuk, cuma dimasukkan dalam tapak konkrit saja," katanya.

Ahmad Damanhuri juga yakin tindakan kumpulan murid sekolah yang menyeberangi jambatan itu beramai-ramai turut menyumbang kepada faktor tragedi.

"Mereka masa itu tengah rehat, cikgu-cikgu pula tengah ada taklimat di sekolah (SK Kuala Dipang).

"Jadi pelajar-pelajar ini bebas menyeberang jambatan tanpa kawalan," katanya lagi.

Tambahnya, kontraktor yang terlibat membina jambatan tersebut juga mungkin kesuntukan masa untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa singkat.

"Ini memang projek yang dibuat khas untuk kem itulah. Mereka kena siapa hari itu juga, sebab itulah hasilnya lebih kurang saja," katanya. - Malaysiakini

DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS

Masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor.

Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing.

"Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?

"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

"Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.

"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP.

"Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor."

Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata:

"Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya." - Malaysiakini

KDN siasat dakwaan Sivakumar

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dicekik anggota polis ketika hendak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berpuas hati dengan perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan lancar, walaupun terdapat insiden melibatkan Sivakumar, yang juga bekas Speaker DUN Perak, dengan anggota polis itu.

Menurutnya, Sivakumar tidak sepatutnya memakai jubah speaker kerana beliau bukan lagi memegang jawatan tersebut.

"Disebabkan beliau ingkar arahan, polis terpaksa berusaha menanggalkan jubah itu," katanya.

“Kita lihat pembentangan belanjawan berjalan lancar. Ini perkembangan baik. Saya yang memantau perkembangan bersama Polis DiRaja Malaysia rasa agak lega. Terima kasih kepada semua pihak kerana kita bimbang insiden yang sebelum ini berulang, tetapi jelas hari ini, walaupun terdapat sedikit insiden yang kita akan siasat, saya lihat ia tidaklah berat sangat untuk ditangani,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan memeriksa rakaman insiden tersebut dan akan meneliti dakwaan Sivakumar.

Menurutnya, sekiranya benar dicekik, mengapa Sivakumar boleh duduk dalam sidang DUN dan mampu berjalan semula.

"Kalau teruk sangat seperti yang didakwa, tentu tidak mungkin beliau mampu berjalan dengan sihat," katanya.

Beliau turut mengingatkan polis tidak melakukan perkara "yang melebihi undang-undang" dalam menjalankan tugas dan beliau tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.- Sinar Harian

* Ada bakat Hisham berlakon. Kalah UmnoBN nanti boleh buat filem sendiri.

Lelaki dikurung along di hotel bajet diselamatkan

PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai dikurung along di beberapa hotel bajet di negeri ini berjaya diselamatkan polis selepas adik perempuan lelaki berkenaan membuat laporan polis Selasa lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata adik mangsa membuat

laporan itu kira-kira jam 4 petang selepas abangnya yang berusia 38 tahun

tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.
"Berdasarkan laporan, sepasukan polis menyerbu sebuah hotel di Jalan Anson

di sini dan menemui mangsa bersama seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai along," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan lelaki berkenaan dikurung di beberapa

buah hotel di sekitar George Town di sini selepas gagal membayar hutang ah long sebanyak RM400,000.

"Mangsa juga mengaku meminjam wang sebanyak RM900,000 dengan sembilan ah long lain dan gagal membayarnya.

"Ketika di dalam bilik hotel mangsa tidak dicederakan dan juga tidak diugut, bagaimanapun pergerakkannya dikawal oleh lelaki yang bersamanya itu," katanya.

Ayub berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki berasal dari Perak yang

ditahan polis itu mempunyai rekod terbabit dalam kegiatan pinjaman wang haram dengan sindiket di Johor.-Bernama

* Dua-dua salah, yang meminjam dan beri pinjam.

Lemas depan masjid

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.

Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.


Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.
Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.

“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.

Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk. - Mymetro

* Selagi UmnoBN perintah Malaysia, jangan harap maksiat dapat dibendung.

Peringatan kepada bakal haji - Dilarang ambil gambar wanita, duduk bersebelahan berlainan jantina

MEKAH - Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan beberapa nasihat kepada jemaah haji semasa berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji yang antara lain termasuk larangan merakam gambar.

Dalam rencana iklan yang dikeluarkan akhbar Arab News yang berpangkalan di Arab Saudi, pihak berkuasa menasihati jemaah haji supaya mengelak daripada mengambil gambar wanita dan tidak membawa kamera ke dalam masjid suci, Masjidil Haram.

Jemaah haji juga dinasihatkan supaya tidak bertanya dengan mereka yang berlainan jantina mengenai arah kawasan atau bantuan kerana ia boleh disalahtafsir selain tidak duduk bersebelahan dengan mereka yang berlainan jantina.

"Merokok juga tidak dibenarkan di dalam atau di luar masjid kerana ia dianggap satu penghinaan," kata rencana iklan itu.

Pihak berkuasa juga menasihatkan jemaah haji supaya tidak membawa wang tunai terlalu banyak bersama mereka di kawasan awam dan tidak menggunakan kenderaan persendirian untuk bersiar-siar di kawasan sekitar sebaliknya menggunakan teksi berlesen dan pengangkutan awam. - Kosmo

Kematian berganda untuk mangsa kem 1 Malaysia

KAMPAR, 29 Okt: Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

N Dina Deve mati apabila jatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung yang dinaikinya runtuh ke dalam sungai Kampar dekat dengan Kuala Dipang. Turut jatuh adalah 22 kanak-kanak lain yang menyertai kem 1 Malaysia itu.

Mayat Deve ditemui malam kejadian itu juga kira-kira 3 km dari tempat kejadian itu. Seorang lagi mayat mangsa ditemui malam tadi, M Davadharshin, 11 tahun.

Mayat mangsa ketiga, V Diryasree Vasudevan, 12 dari SJK Tamil Gopeng ditemui 10.45 pagi tadi dekat lombong di Tronoh Mine, kira-kira 25 km dari tempat kejadian.

Menurut keluarga Dina Deve, selepas mendengar kematian anaknya, Nathan tidak boleh makan atau minum.

Dia terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dan terpaksa berehat sepenuhnya di rumahnya.

Dengan kematian kedua-dua mereka dalam keluarga ini, ibu Dina Deve, S Mogana juga terlalu tertekan. Beliau tidak mahu bertemu dengan wartawan bagi menceritakan kesah keluarganya yang malang itu.

Selain, Dina Deve, keluarga ini mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.

Bagi mereka, semua yang berlaku kerana jambatan yang dibina itu tidak dibuat dengan sempurna.

Jambatan gantung itu baru sahaja dibina kira-kira seminggu sebelum program yang menghimpunkan 300 kanak-kanak itu. Menurut laporan, ia disumbangkan secara 'percuma' oleh satu syarikat.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin berkata, kem bina semangat semacam ini akan diteruskan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa kerajaan menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab membina jambatan berkenaan di luar pengetahuan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab mengumumkan kos sebenar pembinaan jambatan yang baru dua minggu dibina itu.

"Saya menggesa agar pihak kerajaan mengenalpasti pihak bertanggungjawab menjalankan projek membina jambatan gantung ini," katanya ketika ditemui sewaktu melawat keluarga salah seorang mangsa lemas.

"Siapakah kontraktor projek ini, mengapa projek ini dijalankan tanpa pengetahuan JKR, dan berapa anggaran sebenar jumlah wang yang dihabiskan untuk membina jambatan ini?," soalnya.

Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab penuh terhadap tragedi malang ini.

Ini kerana Pengarah JKR Perak Datuk Dr.Safry Kamal Ahmad mengesahkan bahawa jambatan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak JKR.

Menurutnya juga segala persoalan itu perlu dijawab segera kerana rakyat mahukan penjelasan yang sebenar.

Ianya juga penting sebagai tauladan kepada semua pihak dan bagi mengelak kejadian seperti itu terus berulang.

Beliau menggesa demikian sewaktu melawat keluarga magsa kejadian itu kelmarin. - Harakahdaily

* 1Malaysia tercemar

Ipoh bagai zon perang, selar dakwaan Adun PR tidak dihalang-Nizar

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.

Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.

"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

Menceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang Dun Perak semalam, beliau memberitahu kesemua Adun pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.

"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.

"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.

(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)

Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.

Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. - Harakahdaily

* Bohong untuk jaga tuan (UmnoBN) dia.

Tentera Pakistan temui paspot militan serangan 11 September

ISLAMABAD 30 Okt. – Tentera Pakistan menemui pasport militan yang mempunyai hubungan dengan dua rampasan pesawat dalam serangan 11 September ketika menyerang kubu kuat Taliban berhampiran sempadan Afghanistan, lapor stesen televisyen semalam.

Pasport milik Said Bahaji, rakyat Jerman keturunan Magribi itu adalah antara dokumen, senjata dan risalah jihad yang dirampas oleh tentera kerajaan ketika operasi di selatan Waziristan.

“Pasport tersebut menunjukkan, suspek tiba di Karachi hanya beberapa hari selepas serangan 11 September,” lapor DawnNews.

Nama Said tertera dalam Laporan Suruhanjaya 9/11 yang menyatakan dia telah tinggal bersama dengan Mohamed Atta dan Ramzi Binalshibh iaitu antara perampas pesawat, selama lapan bulan dari November 1998 hingga Julai 1999.

Menurut laporan itu, Mohamed dan Ramzi menggunakan komputer milik Said untuk mencari maklumat di Internet berdasarkan disket dan dokumen yang dirampas oleh pihak berkuasa Jerman selepas serangan 9/11. – Reuters

29 October 2009

Khalid tidak peduli jika Badrul melompat mana-mana parti

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak peduli jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.

"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditenui para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini hari ini.

Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.

"Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke manamana tidak kira," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya. BERNAMA

Kes liwat antara punca Badrul keluar

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata "saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini".

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.

Dakwa dianak tiri

Beliau membuat keputusan itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Hisham juga mendakwa beliau telah dianaktirikan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR yang didakwanya telah menahan peruntukan kepadanya sejak bulan Mac.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah menganaktirikan dirinya berbanding dengan ADUN yang lain.

Badrul juga menyifatkan tindakan itu sebagai satu percubaan untuk meminggirkannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Bila ditanya teorinya mengapa beliau 'dianaktirikan', Badrul menjawab: "Tanyalah menteri besar".

Awal tahun ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil alih tugas Badrul yang didakwanya gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Nik Nazmi juga merupakan ADUN Seri Setia.

Dakwa peruntukan ditahan

Ditanya mengenai dakwaan beliau tidak menunjukkan prestasi yang baik, Badrul berkata, ia kerana peruntukan tidak disalurkan kepadanya tetapi diambil alih oleh setiausaha menteri besar, di samping wujudnya dua pusat perkhidmatan di kawasan.

Oleh itu, katanya, bagaimanakah beliau hendak memberi perkhidmatan kepada rakyat, sementelah pula beliau juga bukan exco kerajaan negeri.

"Saya masih keluar jumpa rakyat. Saya orang yang tak suka diraikan, berkompang kompang, bunga mangga. Saya tak suka. Saya keluar dengan pemandu saya untuk tengok keadaan di kawasan saya," katanya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan Februari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Badrul akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Khabar angin itu bertambah kencang apabila beliau tidak menghadiri sidang DUN dan jarang dilihat di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Badrul ketika itu mengeluarkan kenyataan menegaskan komitmennya bersama PKR.

Kesetiaan pada parti

Bagaimanapun, khabar angin itu timbul semula awal bulan ini, ekoran kehadiran Badrul di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif dan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti.

Dalam sidang akhbar tersebut, Badrul duduk di sebelah bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli, yang dilihat berbisik kepada Badrul sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu menjawab hampir setiap soalan dari wartawan.

Nizam dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, yang meninggal parti itu dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Nizam berkata Badrul meminta bantuannya untuk menyelaraskan sidang akhbar tersebut. Beberapa orang penyokong Ezam juga kelihatan di sidang akhbar tersebut. - Malaysiakini

Skandal video Lingam disiasat SPRM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata kes video VK Lingam masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan tidak lagi disiasat polis.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis satu perenggan kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang ingin tahu perkembangan terkini penyiasatan polis dan SPRM berhubung skandal tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada sesi Parlimen minggu lepas berkata bahawa Jabatan Peguam Negara tidak akan mengambil tindakan terhadap hasil penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video VK Lingam kerana tiada tindakan lanjut diperlukan (NFA) untuk dua kertas siasatan.

Mohamed Nazri berkata NFA membabitkan kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 mendapati tiada keterangan yang menunjukkan terdapat kesalahan jenayah dilakukan berhubung isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Katanya, NFA juga diputuskan bagi kertas siasatan mengikut subperenggan 8(1)(e)(iv) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mendapati tiada suspek yang boleh dikenal pasti melakukan kesalahan mengikut subperenggan itu berhubung pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi.

Mohamed Nazri berkata berkaitan kertas siasatan mengikut perenggan 4(a) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (sebelum dimansuhkan), saksi penting bagi melengkapkan penyiasatan ke atas kes mengikut perenggan itu, yang membabitkan isu percutian bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin ke New Zealand, belum dapat dikesan.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Peguam Negara mengarahkan supaya seorang saksi penting dikesan bagi melengkapkan penyiasatan kes itu tetapi sehingga kini saksi itu tidak dapat dikesan. BERNAMA

ADUN keempat keluar PKR

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.


Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Sidang akhbar Badrul

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Badrul Hisham berkata keputusan beliau keluar PKR berkuatkuasa serta merta dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang 'mesra' BN.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan meletak jawatan, kerana menurutnya, PKR tidak boleh memaksanya berbuat demikian.

Sebaliknya, Badrul Hisham berkata beliau adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Badrul juga menafikan beliau terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan psikitrik sehingga tidak mampu menjaga kawasan pilihan rayanya.

Badrul menuding jari kepada Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwanya turut mencabar kapasiti mentalnya.

Beliau yang membaca kenyataan yang telah disediakan berkata tindakan Khalid itu, sebagai seorang ketua PKR, adalah tidak bermoral.

Badrul juga menafikan bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab dari Khalid.

Sebaliknya, beliau mendakwa telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 2 September.

Badrul berkata, beliau ada pengesahan penerimaan surat jawapan itu dari pejabat Khalid serta setiausaha agung PKR.

Oleh itu, katanya, menteri besar Selangor itu tidak ada hak untuk membuat tuduhan seumpama itu.

Dalam sidang akhbar itu, Badrul ditemani oleh isterinya yang berkaca mata hitam dan bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli yang rapat dengan bekas ketua Pemuda PKR yang kini menyerta Umno, Mohd Ezam Noor.

Badrul mengadakan sidang akhr itu beberapa jam selepas Khalid mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul melepaskan jawatan ADUN kerana didakwa prestasinya tidak baik. - Malaysiakini

* Yang terlibat rasuah dan tidak menjalankan tugas dengan baik. Itulah yang masuk dan menyokong UmnoBN.

ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta merta dan menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Bernama

Berita Terdahulu
Khalid akan bincang dengan Adun Perlabuhan Klang
Adun Pelabuhan Klang akhirnya bersuara
Umno didakwa cuba beli wakil rakyat Selangor

Juruteknik maut selepas bergelut dengan lima perompak

SUNGAI PETANI 29 Okt. — Seorang juruteknik penyelenggaraan sebuah kilang mati akibat dipukul semasa bergelut dengan lima lelaki yang memecah masuk ke banglonya di Jalan Bakar Sampah, di sini, malam tadi.

A. Appanaidu, 47, yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan tangan dipercayai akibat dipukul dengan senjata tajam meninggal dunia di rumahnya.

Isteri mangsa, M. Manimalar, 42, berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.30 malam apabila lima lelaki India bersenjatakan parang panjang memecah masuk rumah mereka ketika beliau bersama suaminya serta tiga anak mereka sedang berehat di ruang tamu.

"Mereka terus meluru ke arah kami sambil mengugut dengan parang panjang, dan mengarahkan suami saya supaya membuka peti keselamatan di bilik tidur utama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - Bernama

Indonesia hargai tindakan tegas Malaysia dalam kes Mantik

JAKARTA 29 Okt. — Pemerintah Indonesia pada Khamis menyatakan penghargaan terhadap tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani kes pembantu rumah Indonesia yang mati dipercayai didera majikannya, Mantik Hani.

Jurucakap Presiden, Dino Patti Djalal berkata, Indonesia juga menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bahawa hak-hak warganegara Indonesia di Malaysia adalah sama dengan hak-hak rakyat Malaysia.

"Harus dilindungi keselamatannya (warganegara Indonesia), tidak kira sama ada status orang yang terlibat ”legal” atau ”illegal” (pendatang dengan izin yang sah atau tidak),” katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

Jambatan runtuh: Operasi cari mangsa dihentikan

KAMPAR 29 Okt. – Operasi mencari dan menyelamat berikutan kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini Isnin lalu, ditamatkan hari ini ekoran penemuan mayat mangsa kedua dan ketiga pada malam tadi dan pagi ini.

Mayat mangsa kedua. M. Devatharsini, 11, ditemui oleh anggota Rela di Kampung Tanjung Tualang pada pukul 11.30 malam tadi.

Manakala mayat mangsa ketiga, V. Diryasree, 12, dijumpai di persimpangan Sungai Chenderiang, Tronoh Mines dekat Batu Gajah pada pukul 9.45 pagi ini.

Kelmarin, mayat mangsa pertama, N. Dina Deve, 11, dijumpai di jalan lama Kuala Dipang pada pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika ditemui hari ini mengesahkan pihaknya menghentikan operasi berikutan penemuan kesemua mereka yang hilang. - Utusan

Sedih menunggu anak hilang di SK Kuala Dipang

Suasana sedih menyelubungi tempat kejadian jambatan gantung runtuh di SK Kuala Dipang apabila ibu bapa dua pelajar perempuan yang masih hilang hari ini menabur bunga dan turut melakukan upacara keagamaan berhampiran jambatan itu.

Sebuah bantal kepunyaan N Divyahshree, 12, salah sorang mangsa yang masih belum dijumpai, juga dihanyutkan ke dalam Sungai Kampar.

Ibu dan bapa kepada Divyahshree dari SJKT Gopeng, dan M Darapharshini, 11, dari SJKT Mambang Di Awan tetap menunggu di
tempat itu walaupun hujan.

Operasi mencari masih berterusan walaupun hujan lebat sejak 3.30 petang menyukarkan keadaan dengan air Sungai Kampar mengalir deras dan semakin dinaiki air apabila hujan lebat juga turun sekejap-sekejap sejak petang semalam.

Namun operasi itu dilanjutkan sejauh 30km ke Sungai Galah dekat Batu Gajah.

Sejak tragedi yang berlaku pada 10.30 malam hari Isnin, pasukan mencari dan menyelamat telah menemui mayat N Dina Deve, 11, dari SJKT Mambang di Awan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata operasi itu mesti diteruskan bagi memastikan kedua-dua mangsa tidak hanyut lagi jauh.

"Kekuatan anggota SAR masih 500 orang seperti semalam...Walaupun hujan ia tidak menghalang operasi ini diteruskan," katanya di Kampar.

Turut kelihatan enam pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja siasatan terhadap struktur jambatan gantung itu. BERNAMA

Jambatan maut tiada kelulusan JKR

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya." - Malaysiakini

Jambatan runtuh: Guru besar disiasat


Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh kelmarin, memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung projek pembinaan struktur itu.

Alwi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat itu.

Alwi berkata beliau kemudian mengadakan mesyuarat dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak selama tiga jam sehingga 5 petang.

Butiran yang dibangkitkan dalam pertemuan itu bagaimanapun tidak dijelaskan.

Jambatan baru (foto, warna biru) sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu dilaporkan siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Seorang murid sekolah disahkan mati lemas, sementara dua lagi masih hilang.

Diminta mengulas syarikat yang membina struktur maut itu dan kosnya, Alwi berkata "itu bukan urusan saya, kena tanya JPN."

Ditanya sama ada beliau terbabit memberikan sebarang kelulusan berhubung pembinaan jambatan gantung itu, beliau berkata "tidak."

"Saya cuma datang meninjau-ninjaunya (projek itu)," jelasnya apabila ditanya sejauh mana pembabitan beliau dengan projek berkenaan. - Malaysiakini

Pegawai Kastam KLIA, 2 awam ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap seorang pegawai Kastam dan dua orang awam kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata pegawai kastam itu bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, pegawai itu dan dua orang awam tersebut ditahan semalam.

Kenyataan itu berkata, mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok yang dianggarkan bernilai RM840,000.

"SPRM juga turut merampas sebuah lori yang berisi dengan kotak-kotak rokok dalam operasi tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, mereka kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ibi.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," kata kenyataan itu lagi. - Malaysiakini

Polis Perak nafi bersikap kasar

IPOH 28 Okt. — Polis menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan anggota keselamatan melakukan kekasaran dan menghalang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis juga menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan pasukan keselamatan bertindak kasar terhadap bekas speaker yang juga ADUN Tronoh, V.Sivakumar sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

"Anggota polis tidak menghalang mana-mana Yang Berhormat, cuma mereka perlu mengambil masa untuk memasuki dewan kerana kami sudah menerima arahan untuk memastikan tiada sebarang alat perakam dan pralatan media seperti kamera, video kamera dan komputer riba di bawa masuk ke dalam dewan,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini. - Bernama

28 October 2009

Dr Jeffrey letak jawatan Naib Presiden PKR tetapi kekal anggota parti

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik, yang memberi satu tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti itu, menurut bekas pembantunya Kanul Gindol.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri. BERNAMA

Tercemarnya demokrasi, MB Nizar


Apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.

Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.

Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.

Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.

Saya memberitahu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.

Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.

Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.

Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.

Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin. - Cina Islam

Sidang media di perpustakaan.

YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah. - Cina Islam

Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya.


Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar. - Cina Islam

Sidang terus berjalan


YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker. - Cina Islam

Saya dilarang masuk dengan kamera.


Polis membantah tindakan saya untuk membawa masuk kamera ke dalam dewan. Pihak polis tidak dapat menunjukkan dokumen yang dikatakan ada larangan itu. - Cina Islam

Polis halang kami masuk.


Semua Adun masih bertahan dan tidak dibenarkan masuk ke dewan. Berlaku kekecohan. - Cina Islam

Polis dikecam


Kami mengecam tindakan polis yang melakukan tindakan sebentar tadi.

Kami keluar ke kawasan lapang, YB Siva dihalang.


Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan.

Kami keluar dari pagar SUK


Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.

Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.

Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.

Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak

Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar. - Malaysiakini

4 Adun Pakatan dilarang melintasi SUK

Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Berlaku tikaman lidah antara mereka dan akhirnya mereka di dibenarkan melewati jalan tersebut.

Sebetulnya tidak ada alasan Adun dihalang melewati jalan tersebut, kalaupun ada kaitan dengan warta 50 meter ianya hanya melibatkan orang awam sahaja. - Cina Islam

Murid tahun tiga dakwa trauma ditampar guru disiplin

SUBANG JAYA: Seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.

Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam.

Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas.

Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

"Tindakan guru itu memukul anak saya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi anak saya seorang perempuan. Saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini daripada anak saya ketika menjemputnya pulang dari sekolah selepas tengah hari semalam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong di sini.

Kavitah kesal guru besar mahupun guru disiplin enggan meminta maaf apabila beliau ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu.

"Justeru saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenangwenangnya memukul pelajar. Saya tidak mahu pelajaran anak saya terjejas," katanya. - BERNAMA

* Tampar muka murid tindakan tidak bertamadun.

Dr Asri ulas krisis dalaman PAS

BEKAS Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berpendapat krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Bisikan ini, katanya, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja.

Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius.

"Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS," katanya.

Jelas Dr Asri, meskipun beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun beliau akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik.

Ini, katanya, bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

"Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

"PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung," jelasnya dalam kiriman emel sebentar tadi.

Walaupun demikian, Dr Asri berharap antara hikmah kejadian yang berlaku ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.

"Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

"Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata," kata tokoh agama yang disegani ini.

Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul.

"Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS. Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari.

"Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis: “Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.

"Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang.

"Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah...”

"Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari," kata Dr Asri.

Dr Asri berkata, ini tidak bermakna beliau setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi cuma beliau hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan ke atas Dr Aziz pada hal tokoh akademik itu boleh dikategorikan sebagai rakan mereka.

"Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat," katanya.

Soalnya lagi, "Bagaimanakah nanti jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan? Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar."

Akhirnya, kata Dr Asri, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Dr Asri turut menggariskan beberapa perkara berikut yang patut difikirkan oleh PAS:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO? - Mstar