LagiBerita   Sinar Harian | Malaysiakini | The Malaysian Insider | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Keadilan | Bernama | Malaysian Digest | Berita Semasa | Tengok Tv Online | Cuepacs | GuaTv | CariGold |
Sinar Harian (Video) | Malaysiakini (Video) | Astro Awani (Video) | News 1 (Video) |
Google | E-mail | Facebook | Video | Nuffnang | Bidvertiser | Blogger
 
 
eXTReMe Tracker

19 September 2009

Bekas pembantu Anwar sambut Aidilfitri bersendirian buat tahun ke-2

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat majikannya itu akan menyambut 1 Syawal tanpa bersama keluarganya buat kali kedua berturut-turut.

Sehubungan itu, Saiful berkata, dia terpaksa sentiasa berwaspada mengenai keselamatan dirinya kerana bimbang ada pihak akan melakukan apa sahaja bagi mengelakkannya daripada memberi keterangan di mahkamah kelak.

"Kemungkinan, tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak dapat lagi menyambut Syawal bersama keluarga. Tidak mengapa, yang penting, saya masih berada di dunia ini.

"Justeru saya perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan diri kerana lumrah orang yang sedang terdesak, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelakkan saya dari memberi keterangan di mahkamah kelak. Tragedi yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar," kata Saiful dalam tulisan terbaru di blognya.

Tulisan terbarunya diiringi rakaman video yang membawa mesej yang sama.

Kata Saiful lagi, "buat nenek serta keluarga di kampung, usahlah bersedih dengan ketiadaan saya di pagi raya nanti."

Sementara terus menanti hari perbicaraan kes liwat, Saiful menambah, dia sihat seperti biasa dan akan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan walau apa jua rintangan yang terpaksa ditempuhi.

"Diharap ini adalah Syawal terakhir saya menyambutnya bersendirian...," katanya lagi.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan kes liwat itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah), Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 3 November ini.

Kes itu telah tertangguh beberapa kali sepanjang setahun lalu.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi (Bahagian KuasaKuasa Khas dan Rayuan) menolak permohonan Anwar untuk semakan kehakiman bagi melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan perbicaraan kes liwatnya. - Mstar

* Ada yang salur duit, tak mengapalah...

Isu Kartika: SIS fail permohonan tangguh laksana hukuman

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Dr. Hamidah menambah, SIS mahu pihak berkuasa menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika sehingga kesemua ruang perundangan dan ruang-ruang lain yang berkaitan dilalui.

"Memandangkan kes Kartika telah mencetuskan keprihatinan awam, di peringkat tempatan dan antarabangsa, desakan agar hukuman dijalankan ketika ruang perundangan untuk dikaji semula dan diberikan penjelasan belum lagi digunakan sepenuhnya, menunjukkan sikap tidak mengendahkan yang mendalam terhadap kepentingan awam dan antarabangsa," kata beliau lagi.

SIS mengambil tindakan itu dua hari selepas Kartika memberi notis undang-undang agar beliau tidak diganggu berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan.

"SIS difahamkan daripada laporan beberapa akhbar bahawa Ketua Hakim Syarie Pahang juga telah memfailkan permohonan dikaji semula hukuman ke atas Kartika.

"Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan rasmi.

"Jika benar proses ini, kami terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang hari ini (semalam) tentang pendiriannya mahu melaksanakan hukuman ke atas Kartika dan akan berbuat demikian tanpa notis lebih awal," kata beliau lagi.

Dalam kenyataannya Rabu lalu, Kartika yang reda dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin berkata, terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya dan keluarga sejak kebelakangan ini.

Malah kata Kartika, perkembangan itu telah mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.

Kartika juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini.

Beliau juga telah melantik peguam sivil dan syarie dari firma guaman Tetuan Adham & Associate di Ipoh bagi menjaga kepentingan beliau dan keluarganya.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus pada 24 Ogos lalu bagi bagi menghormati bulan Ramadan. - Mstar

* SIS memang layak diharamkan.

Noordin akan dikebumi di Malaysia

Indonesia akan menghantar pulang mayat suspek pengganas Noordin Mohammed Top untuk dikebumikan di Malaysia, kata polis republik itu, ketika gerakan diteruskan untuk memburu saki baki anggota rangkaian militannya.

"Kerajaan Malaysia dan keluarga Noordin Mohammed Top meminta agar mayatnya dikebumikan di Malaysia. Kita akan menyerahkannya kepada mereka," kata jurucakap polis Indonesia, Nanan Soekarna kepada AFP.

"Kita akan menyiapkan ujian DNA ke atasnya hari ini dan menyerahkan mayatnya kepada kementerian luar yang akan menguruskan penghantaran mayatnya ke Malaysia," tambahnya.


Noordin, seorang rakyat Malaysia yang mengetuai kumpulan serpihan rangkaian Jemaah Islamiyah, terbunuh bersama tiga lagi anggota militan itu, selepas polis mengepung mereka selama sembilan jam di sebuah perkampungan di Jawa Tengah semalam.

"Kami memang mahu menangkap Nordin hidup-hidup tetapi berlaku tembak menembak. Kita mengarahkan mereka menyerah diri tetapi mereka enggan. Malah, mereka yang memulakan tembakan," kata Soekarna.

Katanya, bahagian belakang kepala Noordin hancur akibat letupan ketika polis memecahkan dinding sebuah rumah sewa tempat mereka bersembunyi.

Noordin juga terkena tembakan di bahagian tepi badannya dan kaki, kata Soekarna.

Ekoran kematian Noordin itu, Soekarna berkata, polis kini memburu saki baki pengikutnya termasuk Syaifudin Jaelani dan Mohamed Syahrir, bekas juruteknik syarikat penerbangan Indonesia Garuda.

"Polis masih meneruskan gerakan memburu anggotanya yang lain. Masih ramai dalam senarai kami, seperti Mohamad Syahrir dan Syaifudin. Kita akan terus memburu mereka," katanya.

Seorang lagi jurucakap polis, Ketut Untung Yoga Ana, berkata pegawai perisikan bersiap menghadapi sebarang tindak balas ketika republik itu akan menyambut hari raya Aidilfitri pada hujung bulan Ramadhan ini.

"Kita tidak dapat membaca fikiran mereka... mungkin ada tindak balas. Kita bersiap sedia walaupun ia mungkin tidak berlaku," kata Ana.

Sementara itu, keluarga Noordin di Johor - di mana beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang berusia lapan, sembilan dan 10 tahun - berkata mereka sudah lama menjangka dia akan mati terbunuh.

"Kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya, terutama selepas kejadian sebelum ini di mana dia disyaki terbunuh," kata bapa mertuanya, Rudi Hamid, 67 kepada akhbar the Star.

"Walaupun selepas lapan tahun, anak perempuan saya masih inginkan dia dikebumikan di sini, selepas dia disahkan terbunuh," tambahnya. - Malaysiakini

Polis Indonesia sahkan DNA padan dengan Nordin

JAKARTA 19 Sept. — Polis Indonesia hari ini mengumumkan ujian DNA yang dijalankan mengesahkan bahawa pengganas paling dikehendaki yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah dua hari lepas adalah Noordin Mohd. Top.

Ketua Bahagian Penerangan Polis Indonesia, Nanan Soekarna berkata, semua ujian lain yang telah dilakukan terhadap jenazah Noordin di Hospital Polis Kramat Jati di sini juga positif menunjukkan jenazah itu adalah Noordin.

“Semuanya 100 peratus sepadan. Dari ujian cap jari dan hasil ujian DNA semuanya membenarkan jenazah itu Noordin,” katanya seperti dipetik detikcom pada Sabtu.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri sebelum ini telah memberikan pengesahan kepada media massa bahawa lelaki yang mati ditembak bersama tiga pengganas lain itu ialah Noordin, namun beliau tetap meminta unit forensik polis menjalankan ujian pengesahan DNA.

Laporan itu menyebut bahawa keluarga Noordin di Johor, Malaysia juga sudah diberitahu mengenai hasil ujian DNA itu. - Bernama

18 September 2009

Orang minyak: Penduduk takut tambah mangga, selak rumah

SUNGAI PETANI - Ekoran ancaman orang minyak yang gemar mencabul gadis di Taman Keladi dan Taman Angsana di sini baru-baru ini menyebabkan ramai di kalangan mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang jeriji, menambah selak dan mangga kunci di rumah masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang 'memagar' sekeliling rumah mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Pergerakan anak gadis juga dipantau dan ada di kalangan penduduk di situ menjemput ahli keluarga jauh untuk bermalam di rumah mereka buat beberapa hari.

Seorang penduduk di Taman Keladi, Desa Saidin, 34, berkata, kejadian menimpa dua jirannya Isnin lalu amat menakutkan semua penduduk di sini.

"Kami tidak mahu menjadi mangsa seterusnya kepada orang minyak dan menjelang malam salah seorang daripada kami akan berjaga," ceritanya.

Kosmo! semalam melaporkan lebih 300 keluarga di Taman Keladi dan Taman Angsana hidup dalam ketakutan ekoran ancaman orang minyak yang didakwa menceroboh rumah dan mencabul gadis.

Pada malam Isnin lalu, empat kejadian cabul membabitkan dua keluarga berlaku di Taman Keladi malah terdapat juga mangsa yang dicabul di Taman Angsana.

Siti Salmah Abu, 41, dari taman sama berkata, dia yang ada dua anak gadis lebih berhati-hati sejak kejadian itu dengan memastikan pintu dan tingkap berkunci menjelang senja.

"Kami juga 'memagar' rumah dengan ayat-ayat suci termasuk membaca ayat kursi," dedah Salmah.

Sementara itu, Salleh Ghani, 56, dari Taman Angsana berkata, dia telah berbincang dengan beberapa orang rakannya untuk mewujudkan satu kawalan keselamatan di taman itu secepat mungkin.

"Kami akan bergilir-gilir melakukan rondaan pada malam hari dalam usaha mengelak anak-anak gadis di taman ini menjadi mangsa orang minyak," katanya.

Selain itu, kata Salleh, penduduk di sini juga sedang mencari bantuan bomoh atau dukun bagi menghalang 'niat jahat' orang minyak itu.

Bagaimanapun, katanya, sejak Isnin lalu tiada kes baru membabitkan orang minyak. - Kosmo

* Nak hidup pun tak aman.

Noordin letupkan diri

SOLO, Indonesia 17 Sept. – Pengganas No. 1 Asia, Noordin Mat Top, 41, terbunuh dalam satu serbuan polis ke atas tempat persembunyian kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di Solo, Jawa Tengah, pagi ini.

Noordin dilaporkan terbunuh bersama empat lagi pengganas apabila pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Noordin dan konco-konconya, setelah membuat intipan dan mengepung kawasan itu sejak malam tadi.

Noordin yang berasal dari Malaysia, dipercayai terbunuh setelah meletupkan dirinya menyebabkan mayat hancur dan kepalanya terputus.

Sebelum itu, letupan kuat dan tembakan senjata api kedengaran apabila polis menyerbu rumah tersebut pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan selepas sembilan jam mengepung rumah itu di pinggir bandar ini, yang selama ini dijadikan kubu oleh kumpulan militan JI itu.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di Asia itu terbunuh dalam serbuan polis tersebut.

Ketika ditanya sama ada benar Noordin telah terbunuh dalam serbuan itu, Bambang Danuri berkata: “Ya, Ya, Ya, semua maklumat (tentang kematian Noordin) berada di ibu pejabat polis, ”

Terdahulu, Bambang Danuri telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bagi memaklumkan mengenai serbuan tersebut.

Bulan lalu, media tempatan yang memetik sumber polis turut melaporkan kematian Noordin selepas polis melancarkan serbuan ke atas sebuah rumah, juga di Jawa Tengah, namun selepas ujian forensik dijalankan beberapa hari kemudian ia terbukti salah. - Utusan

Mengapa Pakatan pertikai undi pos sekarang, soal SPR

PETALING JAYA: Usah mempertikaikan kaedah penggunaan undi pos! Ini nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kenyataan Pakatan Rakyat khususnya PAS semalam yang mempertikaikan amalan undi pos menjelang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bulan depan.

Justeru, SPR juga menolak andaian bahawa penggunaan undi pos hanya memihak kepada Barisan Nasional (BN) semata-mata selama ini.

Mengulas desakan Pakatan Rakyat semalam dan PAS awal minggu ini yang mahu agar undi pos dihapuskan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:

"Saya nasihatkan PAS, tak usahlah risau. Proses undi pos berjalan lancar... bukan perkara baru."

Wan Ahmad juga mempersoalkan alasan yang diketengahkan Pakatan termasuk PAS apabila mempertikaikan penggunaan undi pos menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Jelas beliau, mekanisme pengundian pos telah ditambahbaiki ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

"Semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu, buat pertama kali SPR telah membenarkan calon dan ejen masing-masing berada di tempat pengagihan kertas undi dan pusat pengundian menerusi pos.

"Proses pengundian pos ketika itu juga disambut dan dipuji oleh calon PAS sendiri. Mengapa sekarang mempertikaikan kaedah undi pos?" kata Wan Ahmad.

Dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Telok Kemang pada 2000, Wan Ahmad juga menolak tanggapan bahawa pengundian pos hanya menguntungkan calon BN.

Pada pilihan raya kecil itu, BN yang diwakili oleh S. Sothinathan memperoleh kira-kira 2,500 undi berbanding calon Keadilan, Roslan Kassim yang menerima kira-kira 2,000 undi.

Sothinathan memenangi pilihan raya kecil itu.

Bagan Pinang merupakan salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Telok Kemang.

"Itu satu bukti bahawa undi pos dijalankan dengan telus dan tidak memihak kepada satu-satu parti sahaja... ia hasil ketelusan ketika itu dan kini lebih telus dengan adanya calon dan ejen calon (dibenarkan) di tempat mengundi.

"Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya di tempat-tempat lain, undi pos tidak semestinya seratus peratus pergi kepada calon BN kerana terdapat juga undi pos yang diterima calon lawan," katanya.

"Saya rasa orang membantah ini tidak faham (kaedah pengundian pos). Bila tidak faham, maka mereka percaya pada perkara-perkara yang mengarut.

"Justeru, kami bersedia untuk memberikan taklimat kalau mereka inginkan penjelasan, kami di SPR bersedia untuk memberikan penjelasan... tiada benda yang perlu ditakutkan, tidak semua undi pos pergi kepada BN," katanya lagi.

Semalam Pergerakan Pemuda Pakatan - PAS, DAP dan Angkatan Muda Keadilan - menuntut supaya SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Tiga tindakan disyorkan ialah memansuhkan pengunaan Borang 2 Pengundi Pos, penetapan tempat mengundi bagi pengundi pos dan akses dan kempen kepada pengundi pos.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Oleh itu, kata Pergerakan Pemuda Pakatan, berdasarkan jumlah itu, adalah jelas bilangan pengundi pos yang cukup besar sudah tentu akan menjadi undi penentu semasa pilihan raya kecil kali ini.

Dalam pada awal minggu ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 September ini bagi membincangkan prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Salahuddin berkata, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan 3 Oktober manakala tarikh pengundian, jika ada pertandingan, adalah 11 Oktober.

Mengenai Borang 2 Undi Pos, Wan Ahmad berkata, ia tidak boleh dimansuhkan penggunaannya selagi undang-undang berkaitan tidak dipinda.

Katanya, Borang 2 digunakan sebagai dokumen penyaksian kertas undi telah diserahkan kepada pengundi pos oleh pegawai pengurusan, yang dilantik oleh SPR daripada kalangan anggota tentera.

Borang itu perlu dikepilkan bersama kertas undi yang dipulangkan.

* Sudah boleh agak jawapan SPR UmnoBN ini.

Parti politik dilarang berkempen dalam kem tentera

SEREMBAN 18 Sept. — Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik.

Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata, anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara. - Bernama

* UmnoBN tidak pernah berubah. Berat sebelah dulu kini dan selamanya...

Jangan calonkan Isa Samad - Dr. Mahathir

PUTRAJAYA 18 Sept.— Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

“Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau UMNO letak dia juga bermakna bahawa UMNO tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

“Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap UMNO,” katanya ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.-Bernama

* Mantan guru dan mantan perasuah.

PM tahu pelan persaraan saya -Samy Vellu

KUALA LUMPUR 18 Sept.— Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata, beliau telah membincangkan pelan persaraannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas dan akan tetap berpegang kepada pelan itu.

“Saya telah berbincang secara terus terang dengan perdana menteri ketika saya menemuinya di Sarawak di mana saya memberitahunya mengenai pelan (persaraan) saya.

“Saya akan berpegang kepada apa yang saya katakan kepada perdana menteri dan saya tidak akan mengubahnya (pelan saya),” katanya.

Beliau berkata, Najib tahu mengenai rancangan persaraannya tetapi beliau enggan mengulas lanjut sambil menyatakan ia adalah antara beliau dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata, Dr. Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya.

“Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang,” katanya.-Bernama

* Pelan dia adalah bersara selepas BN kalah.

Polis tahan empat pelajar IPT selepas menyamun

KUALA LUMPUR 18 Sept. — Polis menahan empat pelajar lelaki dari sebuah institut pengajian tinggi dalam satu serbuan di sebuah hotel murah di bandar raya, kurang 24 jam selepas seorang wanita warga Sri Lanka membuat laporan polis yang beliau disamun empat lelaki yang menyamar sebagai polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, hasil maklumat orang awam, kesemua suspek yang berumur antara 19 dan 23 tahun itu berjaya ditahan di sebuah bilik hotel kira-kira 6.30 petang semalam.

“Kami berjaya merampas semula sejumlah wang kira-kira RM5,000 dan telefon bimbit mangsa. Suspek sedang ditahan reman sebelum didakwa tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki kawasan kondominium kediaman wanita yang berumur 38 tahun itu di Jalan Klang Lama kira-kira pukul 4 pagi semalam dengan memperkenal diri sebagai polis kepada pengawal keselamatan. - Bernama

* Dari miskin ke kaya, dari bodoh ke pandai, semua menyamun.

Samy satu liabiliti pada BN - Tun Dr. Mahathir

PUTRAJAYA 18 Sept. — Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy masih lagi memimpin MIC.

Dr. Mahathir berkata, Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

“Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

“You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,” katanya. - Bernama

Gambar MB disimbah cat

SITIAWAN 16 Sept. – Perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah ke atas gambar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sebuah papan iklan di Seri Manjung, dekat sini dianggap tidak bertamadun serta kurang siuman.

Setiausaha UMNO Bahagian Lumut, Azri Jaafar berkata, perbuatan berkenaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mencabar maruah Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut dan juga semua ahli parti.

Menurutnya, selain menyimbah cat merah, pihak yang tidak bertanggungjawab itu turut merosakkan kain rentang ucapan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya oleh Dr. Zambry di Bangunan UMNO di sini.

‘‘Sebagai ahli UMNO, kami begitu kesal dengan tindakan pengecut berkenaan yang cuba melakukan sabotaj terhadap kain rentang serta papan iklan yang tertera gambar Menteri Besar.

‘‘Bagi UMNO Bahagian Lumut, kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertamadun dan mengamalkan undang-undang rimba itu,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Sitiawan di sini.

Seramai 20 ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Lumut turut mengiringi Azri ketika laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Azri berkata, UMNO Lumut meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, poster berukuran enam meter lebar dan lapan meter panjang yang disimbah cat itu mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Besar.

Cat berwarna merah yang diisi dalam sebuah beg plastik itu kemudian dipercayai dibaling ke arah gambar Menteri Besar yang diletakkan di persimpangan hadapan stadium mini Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Menurut Azri, beliau telah dimaklumkan oleh orang ramai berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

‘‘Kejadian sabotaj berkenaan bukannya pertama kali berlaku di sini, malah telah beberapa kali di sekitar daerah ini. Bagaimanapun, kami hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak mengambil sebarang tindakan.

‘‘Namun, kejadian yang terbaru ini benar-benar mencabar kesabaran dan maruah ahli dan merayu kepada pihak polis supaya mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,’’ katanya. - Utusan

* Dialah yang undang-undang rimba. Perintah Perak tanpa ada rasa malu. Rakyat Perak pilih Pakatan Rakyat.

17 September 2009

Perang Besar Dua Keluarga Diraja

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

* Ini bukan kisah Iraq di zaman Saddam Husien. Tiada siapa yang sepatutnya kebal di sisi undang-undang.

Noordin Mat Top disahkan terbunuh - Polis Indonesia

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi ini.

Katanya, polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

"Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Khamis, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi ini dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak.

Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. BERNAMA

Polis anti-pengganas Indonesia serbu rumah di Jawa Tengah

SOLO (Indonesia) 17 Sept. - Polis dan saksi berkata beberapa tembakan kedengaran semasa satu serbuan dilakukan oleh pasukan anti pengganas di Jawa Tengah, Indonesia.

Polis yang berada di tempat kejadian memberitahu operasi tersebut dijalankan oleh sebuah unit khas anti-pengganas.

Saksi-saksi berkata bunyi tembakan kedengaran untuk beberapa jam apabila pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di pingir bandar Solo, yang merupakan salah satu kubu kuat kumpulan Islam. - AP

BN hadapi cabaran tepis dakwaan manipulasi undi pos

KUALA LUMPUR 17 Sept. — Isu mengenai pengundi pos yang kononnya akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt. ini dijangka digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Ini kerana terdapat 4,604 pengundi pos, yang merupakan 33.7 peratus daripada 13,644 pemilih berdaftar, di kawasan berkenaan yang mempunyai beberapa kem dan pusat latihan tentera.

“Perkara ini harus ditangani kerajaan, khususnya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ketelusan agensi itu dapat dilihat,” kata penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama di sini. - Bernama

* Hapuskan borang 2 dan benarkan kempen di markas polis dan tentera.

Contohi Kumpulan MTD bagi tol percuma - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 17 Sept. — Syarikat konsesi lebuh raya perlu mengikuti langkah Kumpulan MTD untuk memberi tol percuma kepada pengguna lebuh raya kerana ini akan membantu mengurangkan beban pengguna dan melancarkan perjalanan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Terserah kepada syarikat konsesi, mereka boleh ikut langkah MTD...belum terlewat lagi. Saya tidak tahu mungkin mereka sedang bincang agaknya.

“Kalau lain-lain syarikat konsesi yang ada di negara kita mengambil langkah yang sama, tentu bukan sahaja dapat kurangkan belanja tetapi kita semua akan dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak terperangkap dalam kesesakan yang biasanya mengambil masa yang lama,” katanya. - Bernama

* Langsung tak malu. Kerajaan UmnoBN patut jadikan negara bebas tol.

Mesir pertahankan hak wanita memakai seluar panjang

KAHERAH 17 Sept. - Pihak berkuasa Islam Mesir mempertahankan hak wanita memakai seluar panjang di khalayak awam berikutan isu kes wanita Sudan berseluar panjang di hadapkan ke mahkamah, lapor akhbar tempatan semalam.

Mufti besar Mesir, Ali Gomaa ketika di minta mengulas isu tersebut dalam ceramah umumnya berkata, seluar panjang adalah pakaian yang menutup aurat wanita, asalkan ia nya longgar dan tidak memperlihatkan bentuk badan asli.

Menurutnya, namun pemakaian seluar panjang yang `ketat’ adalah tidak boleh di terima. - AP

* Kalau sudah biasa pakai seluar panjang, ke ketatlah jadinya. Biarlah Sudan begitu.

Bekas eksekutif kewangan dipenjara 31 tahun, denda RM939,255

SHAH ALAM 18 Sept. – Bekas Eksekutif Kewangan Maybank Berhad, Mohd. Faizal Hussin bukan sahaja terpaksa menjalani hukuman penjara 31 tahun tiga bulan malah didenda RM939,255.21.

Mohd. Faizal turut akan disebat sebanyak dua kali bagi kesalahan melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram RM1.34 juta apabila rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad memerintahkan hukuman sebat itu selepas membenarkan permohonan silang pihak pendakwa agar tertuduh turut dikenakan sebatan mengikut seksyen 409 kanun keseksaan.

Mohd. Faizal sebelum ini disabitkan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 202 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram dari akaun milik seorang profesor di sebuah universiti di New York. – Utusan

* Perangai sama, cuma satu mengusahakan duit orang tanpa lesen, yang satu lagi mengusahakan dengan lesen. Lainlah dia tipu, curi, atau kebas duit orang. Harap kerajaan Pakatan Rakyat jika perintah Malaysia nanti, semak balik undang-undang yang menghukum kelihatan tidak sepadan dengan kesalahan ini.

Dua dihukum sebat kerana cuba lakukan persetubuhan haram

SHAH ALAM 17 Sept. – Selepas kes Kartika Sari Dewi Shukarnor hampir reda, seorang lagi wanita dan pasangannya dikenakan hukuman sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan haram pada Mei lalu.

Mereka yang merupakan kerani akaun dan kerani di syarikat swasta adalah individu pertama yang disebat mengikut peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shai hari ini bagaimanapun membenarkan hukuman sebat itu ditangguhkan sehingga rayuan terhadap hukuman tersebut selesai. - Utusan.

* Bila nak sebatnya ni.

Tujuh menyamar polis untuk menyamun ditahan

JOHOR BAHARU 17 Sept. — Tujuh lelaki yang melakukan 21 kes samun jalanan di sekitar bandar raya ini dengan menyamar sebagai pegawai polis berjaya ditahan selepas polis menyerbu dua buah rumah di Kampung Melayu Pandan dan Taman Bukit Mutiara di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua mereka yang melakukan jenayah itu dalam tempoh empat hari sejak Ahad lepas, ditahan tengah hari semalam selepas polis menubuhkan satu pasukan khas.

“Dalam serbuan pertama di Kampung Melayu Pandan itu, polis menahan empat lelaki berumur 18 hingga 28 tahun manakala dalam serbuan kedua di sebuah rumah flet di Taman Bukit Mutiara, polis menahan tiga lagi lelaki berumur 23 hingga 26 tahun,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, pemeriksaan di kedua-dua rumah menemui sepasang pakaian seragam lengkap pegawai kanan polis, vest, jaket hitam berlambang Polis Tentera Diraja, kad kuasa polis dan peralatan menyamun termasuk kapak, pisau, parang serta beberapa senjata berbahaya.

Beliau berkata, polis turut menemui beberapa keping kad pengenalan orang awam, kad kredit, kad bank, lesen memandu orang awam, 18 telefon bimbit, tiga jam tangan, empat buah kereta dan sebuah motosikal yang dipercayai hasil samun kumpulan itu.

- BERNAMA

* Tahniah buat pasukan khas ini.

16 September 2009

Kisah Mariam dijadikan iktibar – Nooh Gadut

JOHOR BAHRU 7 Sept. – Kisah hidup wanita kelahiran Johor yang terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan, Mariam Johari, 88, dan meninggal dunia di sana wajar dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam khususnya generasi muda sepatutnya meletakkan akidah dan agama melebihi segala-gala daripada cinta dan kasih sesama manusia.

Beliau berkata, ini kerana sayang kepada agama kekal di dunia dan akhirat manakala cinta kepada manusia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

”Anak-anak muda jangan mengikut perasaan untuk melarikan diri dari rumah dan berhijrah ke luar negara walaupun tindakan itu mempunyai sebab.

”Sebelum membuat apa keputusan, ibarat pepatah Melayu, tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada tanya selera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kematian Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang meninggal dunia ketika tidur pada Sabtu lalu selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Anaknya, Jelani Sonni, 72, mendakwa ibunya itu telah membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan agar dikebumi secara Kristian.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921 berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila dia meluahkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor pada 23 Jun 2007.

Hasratnya bertemu semula tiga anaknya itu, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Mengulas lanjut, Nooh berkata, golongan wanita dan gadis remaja tidak harus cepat termakan pujuk individu lain terutamanya yang bukan seagama kerana kebiasaannya terdapat ‘udang di sebalik batu’.

Beliau berkata, sekiranya terdapat hasrat untuk berhijrah ke negara lain, golongan itu sepatutnya memastikan negara tersebut memiliki persamaan daripada segi agama, budaya dan makanan dengan Malaysia.

”Bagi keluarga yang ditakdirkan kehilangan anak, isteri atau suami, saya menasihatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan ahli keluarga walau di mana mereka berada.

”Jangan sesekali mereka berputus asa dan jika terdapat kesilapan daripada pihak keluarga, perkara itu patut diperbetulkan dengan segera dan jangan lupa merujuk kepada Allah SWT dan melakukan solat hajat setiap malam,” katanya.

Nooh turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu saluran khas bagi rujukan kes yang dihadapi oleh keluarga yang kehilangan anak gadis terutamanya ke luar negara. - www.membelaislam.wordpress.com

Jenazah Mariam dibawa pulang

KERANDA Mariam Johari, 88, diangkat pekerja terminal kargo Lapangan Terbang Incheon, Seoul untuk diangkat ke pesawat Thai Airways malam tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12.10 tengah hari ini.

Jenazah Mariam akan dituntut anak lelakinya, Jelani Sonni, 72, dibawa terus ke Kota Tinggi untuk pengebumian dengan bantuan Majlis Agama Islam Johor serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mariam meninggal dunia pada 6 September lalu di rumah orang tua di Seoul, selepas 64 tahun terkandas di Korea Selatan.

Tutup laman web waktu solat

Akhbar online Arab Saudi henti operasi 20 minit selama lima kali sehari

JEDDAH: Sebuah akhbar online tempatan di wilayah Hail mengambil langkah menutup laman webnya selama 20 minit setiap kali tiba waktu solat lima waktu.

Sekiranya pelawat memasuki laman Aen Hail ketika waktu solat, mereka akan menemui mesej 'Tutup bagi solat' dalam bahasa Arab selain kiraan waktu tamatnya masa rehat untuk solat di bahagian bawah laman.

Penutupan sementara itu yang bermula bulan ini adalah dilakukan secara automatik dan dikaitkan dengan waktu solat tempatan, kata pengarang online laman itu, Majid Al-Mismar.

"Laman ini dibina dengan integrasi pada satu perisian yang menggantikan laman indeks dengan lain," katanya.

"Kami percaya solat perlu diutamakan. Akhbar elektronik akan tutup ketika waktu solat dan ia kembali semula selepas solat berakhir."

Kebanyakan komen online memuji langkah diambil laman web itu menandakan sokongan mereka kepada sistem yang sama di seluruh negara di mana kebanyakan aktiviti komersial dihentikan sementara waktu ketika solat.

Profesor di Institut Kehakiman Tinggi Universiti Islam Muhammad ibn Saud dan juga ahli Akademi Fikah Islam Antarabangsa, Mohammed Al-Nojaimi, menyifatkan keputusan akhbar itu sebagai amat mulia.

"Ia menggalakkan tabiat individu untuk bersolat pada waktunya," katanya.

Pendapat lain menyifatkan langkah itu sebagai hanya dari segi lahiriah.

"Anda hanya memfokuskan kepada penampilan dan persembahan berbanding prinsip sebenar agama," kata satu komen yang dihantar kepada laman itu.

"Bagaimana jika orang yang mahu melayari laman ini seorang bukan Islam?" tanya penulis kolum akhbar Al-AWatan, Amal Zahid dalam satu ruangan lidah pengarah yang disiarkan Jumaat lalu yang menyifatkan penutupan sementara ketika waktu solat tidak akan menggalakkan orang ramai untuk bersolat.

"Bersolat adalah satu perbuatan agama yang mengaitkan manusia dengan Tuhan sepanjang hari. Menggalakkan orang bersolat pada masanya tidak akan dicapai hanya dengan menutup laman web. - Agensi

* Tetapi itu boleh juga membantu sedikit sebanyak orang solat pada waktunya.

Kakitangan kerajaan Kedah, Selangor dapat bonus RM500

ALOR SETAR: Kira-kira 5,300 kakitangan sokongan kerajaan negeri bertaraf tetap dan kontrak akan menerima bonus RM500 esok bagi membolehkan mereka membuat persiapan Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pembayaran bonus itu akan dibuat sekali gus dan akan dimasukkan ke dalam akaun mereka esok.

Katanya, pemberian bonus RM500 untuk kakitangan sokongan itu adalah selaras dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Pusat seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM2.6 juta bagi pembayaran bonus itu yang dibayar sekali gus.

"Mereka yang akan menikmati pembayaran itu membabitkan 4,950 kakitangan bertaraf tetap, manakala 350 lagi kontrak.

"Ia diharap dapat meringankan bebanan kakitangan berkenaan dalam membuat persiapan hari raya kali ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Perdana Menteri pada 9 September lalu mengumumkan akan membayar bonus RM500 kepada kakitangan sokongan yang mana pembayaran dibuat dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan separuh lagi menjelang bermulanya sesi persekolahan.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengumumkan pembayaran yang sama kepada 9,000 penjawat awam negeri itu yang akan dibuat sebelum Hari Raya. - Bharian

Kes liwat: Anwar gagal lucutkan kelayakan pendakwaan

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan perkara tersebut kerana Anwar gagal untuk mematuhi syarat-syarat permohonan semakan semula kehakiman.

Hakim berkata, permohonan bagi semakan kehakiman di bawah Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bagi mencabar satu keputusan, perbuatan atau peninggalan pihak berkuasa.

"Saya memutuskan berdasarkan kes undang-undang, ia mesti ada perbuatan tertentu atau kesalahan tertentu ataupun penyalahgunaan kuasa tertentu.

"Ini adalah perkara dasar bagi sesuatu permohonan semakan kehakiman," katanya.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Hakim Azilatul juga berkata, Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.

Semasa menghuraikan hujahan kehakimannya, Azilatul berkata dalam permohonannya, Anwar mahu menghalang pihak pendakwaan mengendalikan kes berkenaan dengan alasan wujudnya amalan berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan. - Mstar

'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya. - Mstar

* Paling layak dihukum mati.

Penyamun klinik dikenal pasti

Polis telah mengenal pasti salah seorang daripada enam lelaki yang menyamun bersenjatakan parang sebuah klinik swasta di Jalan Beserah di Kuantan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata suspek dikenali sebagai Zulhuzaidi Zulkafli, 20, dari Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.

"Dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan juga merupakan seorang penagih dadah," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, seorang daripada suspek pada mulanya memasuki klinik berkenaan dan berpura-pura mahu membeli ubat.

Ini kemudiannya diikuti tindakan tiga rakannya yang lain yang salah seorang daripada mereka bersenjatakan parang memasuki klinik berkenaan dan menyamun lima pesakit yang sedang menunggu untuk mendapat rawatan, sehingga mereka kerugian wang ringgit dan barang kemas bernilai kira-kira RM4,000.

Dua lagi anggota kumpulan itu berkawal di pintu masuk klinik.

Mohd Jasmani berkata lima lagi lelaki terbabit sedang dikenal pasti dan diburu. BERNAMA

* Terdesak, duit tiada hendak membeli dadah.

'Rasul Melayu' bakal beraya di penjara

Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.

Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

"Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

"Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuatkuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005. BERNAMA

* Kuat kelentung orang tua ni

Muntadar dibebaskan

BAGHDAD 15 Sept. - Muntadar al-Zeidi, wartawan Iraq yang dipenjarakan setelah didapati bersalah membaling kasut ke arah bekas Presiden George W. Bush - dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

Muntadar, 30, didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Baghdad pada 12 Mac lalu kerana menyerang Bush ketika bekas Presiden itu melakukan lawatan perpisahan ke ibu kota Iraq ini pada Disember tahun lalu.

"Dia telah bebas dan sedang menunggu untuk mendapatkan barangan miliknya," kata Uday, abang wartawan itu kepada AFP.

Muntadar sepatutnya dibebaskan semalam tetapi telah ditangguhkan ke hari ini.

Sebelum ini, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun sebelum Mahkamah Rayuan mengurangkannya kepada hukuman penjara satu tahun kerana tidak mempunyai rekod jenayah.

Bagaimanapun, disebabkan berkelakuan baik, hukuman penjara ke atasnya dikurangkan lagi selama tiga bulan.

Muntadar melawat stesen televisyen al-Baghdadia iaitu tempatnya berkerja dahulu ketika menyerang Bush.

Lawatannya itu disiarkan oleh stesen televisyen tersebut. Muntadar yang memakai kacamata hitam dan berselubung dengan bendera Iraq tiba di stesen televisyen itu dengan dikelilingi pengawal keselamatan.

Kakitangan stesen itu juga telah menyembelih tiga ekor biri-biri bagi menyambutnya.

Sementara itu, ahli keluarganya turut meraikan kebebasan Muntadar sebaik-baik dia tiba di kediamannya di tengah Baghdad dengan tarian tradisional Iraq dan beberapa wanita juga kelihatan menangis kerana terharu. - AFP

Patrick Swayze meninggal

LOS ANGELES 15 Sept. - Pelakon Hollywood, Patrick Swayze, yang terkenal melalui lakonannya dalam filem Dirty Dancing dan Ghost meninggal dunia hari ini selepas menderita kanser pankreas beberapa lama.

Jurucakap medianya, Annett Wolf mengesahkan Swayze, 57, meninggal dunia setelah mengalami komplikasi akibat penyakit itu.

"Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di samping keluarga, selepas lebih 20 bulan menderita," kata Wolf dalam satu kenyataan.

Datuk Bandar California yang juga bekas pelakon Hollywood, Arnold Schwarzenegger merupakan orang pertama memberikan penghormatan kepada Swayze.

Schwarzenegger menyifatkan Swayze sebagai seniman 'berbakat dan penuh semangat'.

Pelakon itu akan sentiasa di kenang oleh peminatnya di seluruh dunia," katanya.

Pada Januari 2008, Swayze dilaporkan telah menghidap kanser pankreas pada peringkat keempat dan hanya mempunyai satu peratus peluang untuk hidup lebih daripada lima tahun, menurut pakar perubatan.

Beliau, bagaimanapun, tabah menghadapinya dan berjuang melawan penyakit tersebut, walaupun rawatan kanser menyebabkannya keletihan dan kehilangan berat badan. - AFP

Aktivis hak asasi kecam undang-undang rejam

JAKARTA 15 Sept. - Aktivis hak asasi di Indonesia hari ini mengutuk pelaksanaan undang-undang Islam yang mengenakan hukuman rejam hingga mati ke atas pesalah zina di wilayah Acheh, dengan menyifatkannya sebagai 'kejam dan merendahkan martabat'.

Undang-undang tersebut yang disokong puak konservatif di Aceh, juga turut mengenakan hukuman sebat sehingga 400 kali ke atas kesalahan rogol, minum arak, homoseks dan judi.

Undang-undang itu diluluskan oleh penggubal undang-undang wilayah utara pulau Sumatera itu, semalam, bagi menggantikan elemen kanun jenayah Indonesia dengan Syariah atau undang-undang Islam bagi umat Islam.

Ia mengenakan penalti hukuman mati ke atas mereka yang berkahwin dan 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin jika didapati bersalah berzina.

"Undang-undang yang diluluskan di Aceh itu sungguh kejam dan menjatuhkan martabat kemanusiaan," dakwa Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM), Idfhal Kasim kepada AFP.

Kasim berkata, golongan sekular dan kumpulan hak asasi akan mengemukakan rayuan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar pelaksanaan undang-undang tersebut dikaji semula.

"Semua ini akan membawa Aceh kembali kepada kehidupan silam. Membaling batu (ke atas pesalah zina) seolah -olah Aceh masih berada pada tahun 1940-an dan 50an," kata Kasim, yang menyifatkan ia akan mendorong golongan konservatif untuk memperluaskan undang-undang Syariah ke peringkat kebangsaan pula.

Undang-undang kontroversi itu diluluskan di Acheh beberapa minggu sebelum perhimpunan baru wilayah-wilayah lebih sederhana yang dikuasai oleh Parti Aceh yang didominasi bekas pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM) mengambil alih kuasa.

Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sendiri yang merupakan bekas pejuang GAM menentang pelaksanaan undang-undang Syariah.

Irwandi telah menggesa kelulusan rang undang-undang itu ditangguhkan.

Ma'ruf Amin, ketua Majlis Ulama Indonesia, badan utama Islam di negara ini, bagaimanapun menyambut baik undang-undang baru itu.

"Majlis menyokong penuh pelaksanaan undang-undang Syariah di wilayah yang sedia menerimanya seperti di Aceh, yang mempunyai kuasa autonomi. Ini bukan soal ia bagus atau tidak.

"Bagi orang Islam, undang-udang Syariah adalah yang terbaik dan ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Selagi semua pihak bersetuju, ia tidak ada masalah," kata Ma'ruf.

Aceh telah melaksanakan undang-undang Syariah yang sederhana sejak 2001 sebagai sebahagian pakej autonomi yang diberikan oleh Jakarta untuk mematahkan sentimen menyokong kemerdekaan di kalangan penduduk tempatan.

Puak pemisah Aceh mula melancarkan penentang terhadap kerajaan Indonesia pada 1976 dan tamat pada 2005 melalui satu perjanjian damai. - AFP

* Jangan berzina kalau begitu.

Selepas Kartika, warga Indonesia disebat minum arak

KUANTAN - Jika Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, bakal dijatuhi hukuman enam sebatan tanpa penjara selepas hari raya ini kerana minum arak, seorang warga Indonesia yang melakukan kesalahan sama terpaksa menjalani hukuman itu di Penjara Penor di sini, bermula semalam.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pelaksanaan hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Nazaruddin Kamaruddin (gambar), 46, kelmarin.

Menurutnya, hukuman sebat tersebut akan dilaksanakan sepanjang Nazaruddin menjalani hukuman penjara.

"Lelaki terbabit dihantar ke Penjara Penor hari ini (semalam). Hukuman sebatan ke atasnya akan dilakukan oleh pihak penjara di sini dan tarikhnya tidak diketahui lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Nazaruddin yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas tuduhan minum arak di Jalan Pasar di sini pada pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus. - Kosmo

* Pesalah lelaki hendak disebat orang tak peduli sangat.

GMI sambut pembebasan penuh persoalan

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Ekoran pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Biarpun bersyukur dan menyambut baik keputusan kerajaan, namun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap isu sebenar akta tersebut masih belum terjawab.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI melihat pembebasan tersebut penuh dengan keraguan.

Persoalan- persoalan teras terhadap kezaliman akta itu belum dijawab kerajaan biarpun berlaku pembebasan.

Antara yang perlu dijelas kerajaan katanya adalah berhubung asas penahanan, kesalahan dilakukan sehingga ditahan lapan tahun sebelum dibebaskan serta kenapa berlaku pembebasan terpilih.

"Kita menyambut baik, gembira dan bersyukur bagi pihak tahanan dan keluarga dengan pembebasan ini. Namun kita tetap persoal beberapa benda pertama kenapa ditahan awal dulu, kenapa baru sekarang dibebaskan, dan kenapa lima orang sahaja dibebaskan? " soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurtnya, mangsa tahanan yang telah dibebaskan perlu diberitahu kesalahan mereka. Sekiranya tiada bukti jelas kesalahan tersebut dilakukan, mangsa perlu diberi pampasan setimpal dengan kesengsaraan yang ditanggung selama tempoh tahanan dalam penjara.

Katanya lagi, sehingga berita ini ditulis, GMI masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh kementerian berhubung pembebasan tersebut. GMI setakat ini hanya mengetahui perkembangan terbaru itu melalui media dan isteri salah sorang tahanan yang dibebaskan melalui panggilan telefon.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim memberitahu beliau yakin tindakan kerajaan itu adalah hasil kejayaan rakyat yang tidak pernah berhenti memberi tekanan kepada pihak kerajaan dalam usaha menuntut pemansuhan akta yang di dakwanya zalim itu.

GMI yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah menggerakkan rakyat secara berterusan membantah kewujudan ISA. Kali terakhir himpunan terbesar dianjurkan mereka 1 Ogos lalu di ibu negara turut disertai kesemua parti politik pembangkang dan lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan NGO.

"Ini hasil usaha gigih dan berterusan GMI bersama rakyat dan saya percaya kemuncak himpunan 1 Ogos lalu telah memberi kesan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein semalam mengumumkan pembebasan lima tahan ISA yang ditahan antaranya hampir lapan tahun.

Kesemua mereka adalah Mat Sah Mohamad Satry, Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Pembebasan tersebut kata menteri berkenaan dibuat setelah mendapati kesemua mereka telah insaf dan bersempena Hari Raya Puasa, tidak lama lagi.

Biarpun dinafikan, banyak pihak yakin ia ada kaitan menjelang Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang bulan depan.

Mengulas kenyataan itu, Syed Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataanya bahawa sebab pembebasan yang diberikan Hishamudin tidak konkrit dan meragukan.

Persoalan kenapa ditahan, terbuktikah kesalahan dan kenapa perlu sampai lapan tahun, masih belum terjawab.

Dengan persoalan yang belum terjawab itu katanya, GMI yakin hasrat kerajaan meminda akta tersebut sukar untuk diharapkan.

" Kenyataan Hishamuddin memberi gambaran iklim ISA ini penuh ketidak tentuan."

"Janji pindaan akta juga nampaknya kabur selagi rakyat boleh ditahan tanpa bicara dengan kuasa menteri dan polis," katanya.

Perjuangan GMI katanya akan diteruskan selagi ISA wujud. Mengikut rekod mereka, baki tahanan selepas lima dibebaskan semalam adalah seramai 12 orang.

Berbeza dengan laporan kementerian bahawa hanya sembilan masih ditahan.

" Mengikut maklumat GMI, masih ada 12 orang ditahan, berbeza dengan sembilan dalam rekod kementerian. Mungkin ada pembebasan dibuat sebelum ini tetapi kita tidak dimaklumkan," katanya. - Harkahdaily

* Beri masa berehat dan beraya. Selepas itu saman kerajaan 20 juta ok juga.

Mat Sah syukur Syawal bersama anak

Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray - yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam - bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun.

"Rasanya banyak yang berubah. Tengoklah, saya pun dah berjambang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah bapanya di Ampang, Selangor.

Difahamkan, isteri (foto, kiri) dan anaknya kini berada di Sabah.

Menurut Mat Sah, beliau dimaklumkan tentang pembebasannya Sabtu lepas.

Mat Sah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada April 2002. BERNAMA

Pengamal ajaran sesat ditangkap

SHAH ALAM 16 Sept. - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Kahar Yahaya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Kajang, pukul 8 pagi ini.

Suspek kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini hari ini juga. -Utusan

* Siapalah yang dapat duit ganjaran RM10,000 itu.

Tambah 40 peratus petrol untuk musim raya

KUALA LUMPUR 16 Sept. — Bekalan minyak petrol ditambah sebanyak 40 peratus berbanding biasa sempena musim perayaan di semua stesen minyak sejak Ahad lalu sehingga 27 September terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat antara Persatuan Saudagar-Saudagar Minyak Malaysia dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dua minggu lepas.

“Keputusan ini dibuat untuk mengatasi masalah kekeringan minyak dan juga menampung permintaan yang tinggi di musim perayaan,” katanya.

Tambahnya, semua stesen minyak juga diarahkan beroperasi sepanjang tempoh musim perayaan.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya mengisi minyak secukupnya terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung.

Sebelum ini pernah berlaku kekeringan minyak di beberapa buah stesen minyak di kawasan luar bandar ekoran permintaan yang berganda dan penghantaran bekalan yang lambat.

Sebanyak lapan juta kenderaan dijangka akan membuat perjalanan sepanjang musim raya kali ini. - Bernama

* Bukan fikir nak kurangkan beban rakyat dengan kurangkan harga minyak.

15 September 2009

Kes liwat Anwar: Keputusan lucutkan kelayakan pendakwaan ditangguh esok

KUALA LUMPUR: Keputusan bagi permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan sehingga petang esok.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan keputuan tersebut di dalam kamar semasa prosiding hari ini.

Peguam yang mewakili Anwar, R. Sivarasa berkata hakim menangguhkan keputusan tersebut bagi membolehkan beliau meneliti hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.

"Beliau memerlukan lebih sedikit masa untuk menimbang hujahan-hujahan yang telah dibuat oleh semua pihak dan sebab itu beliau tangguhkan keputusan sehingga esok... itu apa yang kami diberitahu.

"Malah hakim juga berkata isu yang dibangkitkan bukan isu biasa... ini adalah isu yang unik sedikit, beliau mahu lebih masa untuk memikirkan apa yang telah dihujahkan di hadapan beliau sebelum ini," katanya kepada media di sini hari ini.

Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya pada 11 Ogos lalu, dengan menyebut alasannya sebagai "sama seperti mempersenda keadilan".

Beliau menamakan Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas. - Mstar

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.

Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

"Ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, beliau mengumumkan pembebasan 19 tahanan ISA.

Manakala pada Mei lepas, seramai 13 tahanan termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf, telah dibebaskan.

Menurut agensi berita itu lagi, terdahulu Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Persatuan Peguam Syarie mengenai pindaan akta itu.

Beliau dipetik berkata perbincangan menyentuh mengenai ketelusan ISA, tempoh tahanan serta layanan terhadap tahanan.

"Tetapi dalam pertimbangan mengenai keselamatan negara, semua bersetuju bahawa ISA masih lagi diperlukan selagi belum ada akta baru diperkenalkan untuk memansuhkan ISA," kata Hishammuddin lagi.

Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.

"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.

Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu.

Norlaila menambah, beliau berharap akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara tersebut setelah kembali ke Kuala Lumpur malam esok. - Malaysiakini

* ISA zalim. Mereka ini mesti diberi gantirugi.

Sultan Selangor Tidak Adakan Hari Terbuka Aidilfitri Kerana A(H1N1)

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan mengadakan majlis Hari Terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengelak penyebaran wabak Influenza A(H1N1).

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini berkata Sultan Selangor menitahkan kepada beliau untuk memaklumkan perkara itu, memandangkan wabak berkenaan ketika ini disenaraikan sebagai penyakit berjangkit yang perlu dikawal.

"Langkah ini juga selaras dengan saranan kerajaan supaya berwaspada dan membendung H1N1 daripada merebak," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat negeri Selangor dan berharap supaya rakyat sentiasa menjaga kesihatan, di samping bersatu-padu agar dapat terus hidup dalam suasana aman dan sejahtera.

-- BERNAMA

Dua pekerja kilang warga Bangladesh mati dibunuh

SEREMBAN 15 Sept. — Dua pekerja kilang warga Bangladesh ditemui mati dibunuh manakala seorang lagi rakan mereka cedera dipercayai akibat diserang dengan senjata tajam di sebuah asrama pekerja di rumah kedai Taman Kemuning, Senawang, dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata polis diberitahu mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan pada 4.10 pagi.

“Seorang dijumpai di tempat tidur dan seorang lagi di bahagian dapur.

Kedua-duanya dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditikam di rusuk manakala lehernya dikelar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Abdul Kader Fazer Ali, 22, dan Shahin Md Amir Hossain, 24.

Seorang lagi mangsa hanya mengalami luka-luka di badan dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

- BERNAMA

Senarai lima tahanan ISA yang dibebaskan hari ini

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Berikut senarai lima anggota Jemaah Islamiah (JI) yang dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang ini.

1. Abdullah Daud

2. Mat Sah Mohd. Satray

3. Ahmad Kamil Md. Hanapiah

4. Mohd. Nasir Ismail

5. Muhammad Amir Md. Hanafiah.

Antara lima yang dibebaskan itu, Abdullah Daud merupakan tahanan yang paling lama ditahan iaitu selama tujuh tahun enam bulan. – Utusan.

* Kenapalah tahan lama sangat pensyarah UTM ni.

Pemuda BN kecam hina Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam kenyataan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan agar kalungan selipar diletakkan ke atas gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak adil.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun itu bukan pendirian rasmi MIC tetapi cadangan itu nyata tidak sensitif terhadap semangat BN.

Katanya, isu mengenai kalungan selipar itu telah dibincangkan secara prinsip iaitu sebarang tindakan oleh mana-mana parti komponen BN tidak sepatutnya melukakan atau merosakkan hubungan dengan parti lain.

''Inilah contoh kenyataan yang boleh mengguris hati parti kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di sini hari ini.

Tambah Khairy, pihaknya bagaimanapun berpuas hati bahawa apa yang diperkatakan perwakilan berkenaan bukan pendirian MIC yang sebenar. - Utusan

'Saya tidak sembunyi apa-apa'

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak berniat menyembunyikan sesuatu.

"Saya sudah berikan kerjasama penuh. Saya berikan bil-bil yang diminta," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tiada apa hendak disembunyikan. Dan ini bukan kali pertama saya dipanggil. (Tetapi) sudah empat, lima kali."

Ketua pembangkang Selangor diminta mengulas siasatan SPRM selama enam jam berhubung lawatannya bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad ke Maghribi pada 2004 dan isu pembinaan banglo mewahnya di Seksyen 7 Shah Alam yang menjadi kontroversi Julai lalu (foto bawah).

Menjelaskan tempoh masa siasatan itu, Dr Mohamad Khir berkata: "Tidak sampai enam jam, (cuma) campur dengan sembang-sembang."

Beliau enggan menjelaskan lebih lanjut keterangannya di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi semalam kerana perkara itu masih lagi dalam siasatan.

Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun menafikan disiasat berhubung penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke Amerika Syarikat seperti dilaporkan media.

"Tidak ada kena mengana dengan Balkis, cuma tentang lawatan ke Maghribi," katanya.


Tambahnya, beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu berhubung laporannya yang didakwa tidak tepat.

"Saya sudah hantar surat tuntutan (guaman). Kalau ia tidak jawab dalam masa 14 hari, kita failkan saman," katanya.

Beliau, yang juga ADUN Sungai Panjang, turut dilaporkan mengelak daripada wartawan dan jurugambar – selepas siasatan tersebut pada 2.30 petang – yang menunggu di lobi ibu pejabat SPRM dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Dr Mohamad Khir menafikannya dengan memberi alasan tidak tahu-menahu dengan kehadiran kumpulan petugas media yang menunggunya sejak dari jam 8 pagi.

"Saya tidak tahu ada wartawan tunggu. Kalau tidak, tentu saya buat sidang media di situ. Lagi pun, saya tidak berapa sihat. Saya demam," katanya, yang kini dilantik ketua pemikir Umno negeri dalam badan perhubungan parti itu.

"Jadi, saya parkir tempat paling dekat dengan lif di tingkat bawah tanahlah."

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan kes itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tidak tahu.

Beliau juga menggesa pemimpin Pakatan di Selangor – antaranya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco kerajaan tempatan Ronnie Liu – agar tidak mencari pelbagai alasan daripada memberikan kerjasama kepada suruhanjaya itu.

"Kalau saya boleh pergi, kenapa (pemimpin) Pakatan tidak boleh? SPRM sentiasa profesional. Khalid, Ronnie Liu pun bila dipanggil, kena pergi. Jangan beri alasan.

"Kalau tidak salah, hendak takut apa?" kata Dr Mohamad Khir. - Malaysiakini

* SPRM seperti tidak serius siasat. Khir akui sembang-sembang lebih dengan SPRM. Elok desak suruhan diRaja siasat Khir ini.

Perbicaraan kes rasuah Norza 10 November

TEMERLOH 15 Sept. — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.

Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut hari ini.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lepas.

Dia juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lepas.

Halimi, 47, dari No. 99, Lorong IM2/88, Taman Medan Mahsyur, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pula dituduh memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan di tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Norza diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan Halimi diwakili peguam Jahaberdeen Mohd Yunoos.

— BERNAMA
* Peguam berjaya banyak lepaskan VIP

PAS akan bertemu SPR 28 Sept bincang prosedur undi pos

KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 Sept depan bagi membincangkan mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini berkata sehubungan itu, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan Oktober depan, Salahuddin memberitahu pemberita di sini, PAS sudah ada tiga nama untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama calon itu dan hanya berkata calon bagi DUN itu akan ditentukan PAS Pusat pada masa yang terdekat ini.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, 11 Oktober.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah. BERNAMA

* Sudah jelas ada keraguan undi POS, mengapa SPR mahu mempertahankan. Melainkan SPR alat UmnoBN.

Raungan pilu

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.

Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.

Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, sehingga petang semalam, pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu lori berkenaan berhubung kejadian itu.

Katanya, jika dalam tempoh 24 jam pemandu berkenaan gagal tampil membuat laporan polis, kejadian itu akan disiasat mengikut kes langgar lari.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mengenal pasti nombor pendaftaran lori yang dipercayai menggilis kaki mangsa diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi hotline polis 07- 2212999. - Mymetro

* Letakkan harga kereta pada yang sepatutnya (murah) supaya rakyat mampu membeli kereta dan lebih menjamin keselamatan.

Lihat sejadah berdiri 8 jam

PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut. - Kosmo

* Jangan pula ada yang kata, malam lailatulqadar sudah berlalu.

Lari bercoli

GOMBAK: “Saya tersentak apabila melihat seorang wanita yang hanya bercoli berlari ke arah saya selepas merentasi sungai dan meminta tolong kerana mendakwa dia dirogol.

“Ketika itu, dua lelaki turut dilihat sedang mengejarnya, namun bergegas melarikan diri menuju ke arah hutan sejurus ternampak saya,” kata saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah memburu kedua-dua lelaki dipercayai perogol bersiri di sekitar Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Jalan Lama Gombak di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi semalam itu, seorang wanita berusia 27 tahun mendakwa dirogol kedua-dua lelaki terbabit berhampiran sebuah loji pembersihan air di kawasan perkelahan itu.

Mangsa yang bekerja di sebuah kafe siber di ibu negara kemudian melarikan diri dalam keadaan bercoli dan meminta pertolongan seorang anggota polis bantuan di loji berkenaan.

Suspek yang melarikan diri ke hutan meninggalkan sebuah Perodua Kancil kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan mendapati mereka sebelum itu dipercayai turut merogol dan menyamun seorang wanita yang juga ibu kepada tiga anak berusia 27 tahun di sekitar Gombak.

Menurut saksi, selepas memberi tuala untuk menutup tubuh, wanita terbabit memaklumkan dia dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya, dua hari lalu.

“Selain itu, mangsa memberitahu tujuannya pergi ke kawasan ini bersama dua lelaki terbabit untuk mencari batu,” katanya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya mengenal pasti seorang daripada suspek melalui dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam Perodua Kancil yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kami sedang mengesan lelaki berusia 25 tahun terbabit dan rakannya bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati lebih 20 anggota polis yang dibantu anjing Unit K9 memasuki kawasan hutan berkenaan bagi memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan berdekatan. - Mymetro

* Lepaskan anjing, biar dia gigit anu perogol itu.