31 August 2009

Apakah Ada Satu Lagi Pilihan Raya Kecil di Kedah?

ESOK bakal menentukan apakah satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Kali ini kerusi yang menjadi tumpuan ialah Kota Seputih, Kedah. Penentuan itu akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat esok untuk menentukan samada ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan untuk kerusi berkenaan.

Kerusi ini menjadi tumpuan kemungkinan akan berlaku kekosongan menyebabkan pilihan raya akan diadakan apabila penyandang Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker. Menurut undang-undang kerajan Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan.

Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada spekaer DUN Kedah.

Apakah bentuk keputusan SPR esok? Spekaer DUN Kedah, Abdul Isa Ismail telah pun memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada. Kini terserah kepada SPR kerana SPR akan menentukan sama ada kerusi berkenaan kosong secara automatik atau sebaliknya.

Ekoran ini sekali lagi wibawa SPR akan teruji. Orang ramai akan melihat sejauh mana SPR bertindak dalam menyelesaikan masalah ini. Sudah tentu kejadian yang berlaku di Perak tidak lama dulu menyebabkan timbul keraguan terhadap SPR dalam membuat keputusannya berhubung apa yang berlaku di Kedah itu.

Di Perak dulu SPR tidak memperakui kekosongan kerusi yang diistyharkan oleh speaker DUN Perak Sivakumar. SPR menggunakan budi bicara dan kuasa mutlak yang ada kepadanya untuk mengistyharkan sesutau kerusi itu menjadi kosong atau tidak.

Apakah kali ini SPR menjadikan alasan sama, pemakluman oleh speaker Kedah itu tidak sah maka penyandag sekarang masih kekal dan tidak perlu pilihan raya kecil.

Sekiranya esok SPR membuat keputusan mengekalkan kerusi berkenaan ia akan menimbul masalah. Persepsi buruk terhadap SPR akan timbul dan berterusan. Ini kerana awal-awal lagi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah membuat rayuan agar SPR mempertimbangkan supaya kerusi berkenaan tidak kosong.

Sekiranya keputusan esok SPR tidak bersedia menerima pemakluman speaker DUN Kedah itu sudah pasti SPR sekali lagi akan dilihat sebagai membuat keputusan yang memihak kepada UBN. Dalam pada itu SPR harus mengemukakan alasan teknikal yang melampau munasabah atas keputusannya kelak.

Dalam pilihan umum lalu kerusi berkenaan dimenangi oleh calon UBN Abu Hassan Sarif yang mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 495. Ismail mendapat 7,665. - Msomelayu

* SPR akan taat perintah BOSSnya.

Kepala Lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem

SHAH ALAM, 31 Ogos: Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan.

Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.

Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka.

Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut.

Jumaat lepas, sekumpulan NGO Melayu yang mendakwa mewakili penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke Pejabat SUK Selangor yang menempatkan Pejabat MB, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah.

Sambil mengarak, mereka menyepak-nyepak kepala lembu itu dan memaki serta megutuk tindakan kerajaan negeri yang memutuskan untuk memindah kuil Hindu di Seksyen 19 ke satu tapak industri di Seksyen 23.

Tiga pemimpin kerajaan negeri yang menjadi sasaran mereka iaitu Adun Batu 3 dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan MB, Tan Sri Khalid Ibrahhim.

Kira-kira 10 anggota polis mengawal tindakan mereka namun tidak ada usaha memberhentikannya.

Pada 18 Ogos lalu, akhbar Utusan melaporkan UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah tinjauan Harakahdaily yang menemui penduduk Seksyen 23 sendiri sehari sebelum Kemerdekaan negara bagi mengetahui apa pandangan mereka mengenainya. - Harakahdaily

Peragut cedera parah terjun bangunan kerana lari dari polis

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang lelaki yang dipercayai baru menyamun seorang wanita cedera parah di kepala dan patah tangan serta tulang pahanya sewaktu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima rumahnya dalam satu serbuan di Flat Seri Jati, Jalan Puchong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek sebelum itu bersama-sama seorang rakannya pada pukul 5.30 pagi telah menyamun seorang wanita dengan menaiki motosikal berhampiran kawasan rumahnya.

“Mereka kemudian pulang ke rumah yang terletak berhampiran kawasan kejadian tanpa menyedari mangsa ragut itu telah mengikuti mereka dari belakang sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Tiada perubahan harga petrol utama negara - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Tiada perubahan dalam harga petrol utama negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau hari ini melancarkan petrol RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama yang akan dijual mulai esok di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.80 seliter iaitu sama dengan harga RON97 sebelum ini.

RON97 pula dinaiktaraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, manakala RON92 dihentikan pengeluarannya, kata Ismail Sabri.

“Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaannya adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

“Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung daripada produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga yang disubsidi,” katanya semasa berucap melancarkan RON95 di seluruh negara di sini hari ini. - Bernama

* Apa helah kali ni.

UMNO JGN JADI BANGSAT..!!!

KALI INI UMNO BETUL2 MENCABAR ORG ISLAM
BETUL TERCABAR…DENGAN TINGKAH LAKU UMNO
MEMPERMAINKAN ISU “TAKBIR” DITUKAR KPD “TAKE BEER”

INI GAMBAR PEMUDA UMNO YANG BANGSAT….BUAT PERHIMPUNAN
MENENTANG ISU ARAK DI SHAH ALAM AWAL BULAN OGOS LALU…
GAMBAR NI AKU AMBIL DARI UTUSAN LAKNAT…BERTARIKH 7OGOS…

JUMAAT LEPAS 28 OGOS 2009..UMNO BUAT BANGSAT LAGI…
TAPI KALI NI MEREKA TAK MENGAKU MEREKA DARI UMNO…
DAN MENGELARKAN DIRI MEREKA SBG PENDUDUK SEK 23 SERTA BADAN NGO…

BUKTINYA TULISAN “TAKE BEER” YG DICIPTA UMNO INI
SAMA DIUSUNG KETIKA PERHIMPUNAN ARAK YG LALU…
KALI INI UMNO MEMANG BANGSAT…




POLIS PATUT TANGKAP SAMSENG-SAMSENG HINA NI…
YANG MENGHINA AGAMA HINDU SECARA TERANG2..YANG BOLEH PORAK-PERANDAKAN NEGARA…
JGN BERDOLAK-DALIH LAGI UMNO…

TINDAKAN BODOH UMNO MEMAINKAN UNGKAPAN ALLAH
“TAKBIR” DITUKAR KPD “TAKE BEER” KINI MAKAN DIRI…

POLIS BOLEH TANGKAP SAMSENG2 YG MENIMBULKAN SENTIMEN
PERKAUMAN YANG EKSTREM SPT GAMBAR DIBAWAH



http://ccheckmate.blogspot.com

* Umno rupanya, patut polis macam tikus.

Polis panjat pokok mangga ambil bahan bukti

SEREMBAN - Polis bukan sahaja terpaksa menyelam ke dalam lombong malahan terpaksa memanjat sebatang pokok mangga di sebuah rumah kosong untuk mendapatkan semula alat ganti motosikal curi yang disembunyikan dalam satu kejadian di Taman Seri Pulai, Sikamat hari ini.

Menurut jurucakap polis, setakat ini, dua rangka motosikal jenis Honda dan satu rangka Yamaha RX7 berjaya ditemui dari dasar lombong bersama lapan buah enjin yang sudah dilerai.

"Kita juga melihat ada motosikal yang dilerai disangkut di celah-celah pokok mangga untuk mengabui mata," katanya ketika ditemui Bernama semasa polis sedang menjalankan operasi mencari rangka motosikal di dasar kolam itu.

Kolam itu ditunjukkan oleh tiga suspek berusia 20-an selepas mereka ditahan polis pada Jumaat lepas di sini setelah terlibat aktif dalam jenayah ini sejak beberapa bulan lepas. - Bernama

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

* Tak bolehkah tunggu lepas raya. Naik cepat, turun harga lambat. Ini rupanya konsep rakyat didahulukan.

Petrol RON95 ganti RON92, RON97 naik harga

Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan di sini hari ini.

— BERNAMA

* Selamat Hari Raya dari UmnoBN.

Dakwaan penjenayah kuasai polis: Sikap KPN dipertikai

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra. - Harakahdaily

* Biasanya penjenayah yang melindungi penjenayah. Pendedahan ini bukalah boleh dipercayai 100% tetapi kadar jenayah di Malaysia terlalu teruk.

Gaji RM3,000 dibantu

40 peratus rakyat layak diberi bantuan tambah pendapatan: Muhyiddin

MUAR: Kerajaan akan membantu kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka, terutama di kawasan bandar yang berdepan kos sara hidup tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, berkata walaupun kelompok itu tidak tergolong sebagai penduduk miskin, tetapi pendapatan mereka di bawah RM3,000 itu perlu ditingkatkan lagi melalui pelbagai bidang, termasuk menyertai perniagaan kecil.

"Kita mahu usaha ditumpukan bagi menambahkan pendapatan, terutama mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan ini," katanya selepas melawat Bazar Ramadan Bukit Pasir di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, tumpuan itu juga selaras dengan langkah kerajaan mewujudkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) membabitkan enam perkara utama yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Katanya, pendapatan penduduk luar bandar, terutama petani dan penternak juga perlu ditingkatkan dengan menyertai bidang pemprosesan dan perniagaan kecil.

"Sehubungan itu, kerajaan menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan lesen perniagaan dan jangan halang atau menyekat usaha peniaga kecil sama ada yang tinggal di bandar atau di luar bandar untuk menambah pendapatan mereka," katanya.

Katanya, kerajaan akan meningkatkan usaha memastikan masalah 44,000 penduduk miskin tegar dapat diselesaikan hujung tahun depan melalui usaha menambah pendapatan yang dijalankan itu.

Selain itu, katanya usaha turut membabitkan penyediaan kemudahan infrastruktur, memerangi jenayah dan rasuah serta pendidikan yang menjadi antara perkara pokok perlu ditingkatkan.

Mengenai pendidikan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagi tempoh sama, beliau mahu 87 peratus kanak-kanak berusia lima dan enam tahun mendapat pendidikan prasekolah, meningkat 20 peratus berbanding 67 peratus ketika ini yang mendapat pendidikan prasekolah berikutan pertambahan kira-kira 800 bilik darjah dan guru terlatih.

Katanya, kementerian turut menggalakkan sektor swasta membuka pusat prasekolah dan sebagai galakan, beliau akan mengumumkan bentuk insentif dalam bentuk pengurangan cukai dan bantuan lain untuk melatih guru serta pinjaman membuka projek pusat sekolah berkenaan.

Muhyiddin juga berkata, pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Tanpa Portfolio di Jabatan Perdana Menteri selaras dengan usaha kerajaan memperkukuhkan lagi organisasinya supaya perkara yang ditetapkan dalam NKRA dan KPI dapat dilaksanakan.

"Kita mahu selewat-lewatnya pada 2012 ini, kita dapat menumpukan enam perkara pokok itu (NKRA) dan Idris dapat memperkukuhkan usaha ke arah itu yang turut menjadi ukuran kemampuan Barisan Nasional (BN) membawa perubahan besar kepada negara," katanya. - Bharian

* Hapuskan tol, kurangkan harga kereta, turunkan harga minyak.

Treler rempuh kereta: Seorang maut, 3 parah

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala isteri dan anak lelakinya cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan sebuah treler di kilometer 18 Lebuh Raya Persekutuan berdekatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan pemandu kereta, Abdul Karim Abdul Aziz, 51, maut di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala.

Ketua Polis Trafik Petaling Jaya ASP Zulkafli Cheklah berkata, treler yang dalam perjalanan dari arah Klang menuju Kuala Lumpur itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya.

"Akibatnya, treler itu masuk ke jalan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta yang menuju ke arah Klang," katanya.

Beliau berkata kedua-dua kenderaan terbabit berada di lorong laju dan keadaan cuaca ketika itu cerah.

Isteri mangsa, Maimon Said, 52, dan anaknya, Mohammad Ihsan, 11, kedua-duanya cedera parah dan berjaya dibawa keluar oleh orang awam.

Pemandu treler, Khaw Ta Hin, 53, turut cedera parah di kepala dan belakang.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke PPUM manakala mayat Abdul Karim dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Zulkafli berkata pemandu treler itu akan ditahan untuk siasatan lanjut.- BERNAMA

Isu kuil: Polis mahu siap siasatan Selasa ini

Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Menurutnya, beberapa individu, termasuk pihak penganjurnya, telah dipanggil untuk disoalsiasat dan dirakam kenyataan mereka.

Khalid berkata, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut.

"Kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan, dan kami berharap dapat menyelesaikan siasatan menjelang Selasa ini," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga ini.

Mengenai kritikan bahawa pihak polis lambat menyiasat kes itu, Khalid berkata pihak polis perlu mengikuti prosedur siasatan.

Beliau menjelaskan, pihak polis perlu mendapatkan pandangan DPP dan mengumpul maklumat terlebih dahulu.

"Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan," tambahnya.

Pihak polis dikritik kerana didakwa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, anggotanya mengambil tindakan yang betul apabila meminta peserta demonstrasi itu mengalih kepala lembu bagi mengelak masalah seterusnya.

Sebelum itu, peserta demonstrasi tersebut telah mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. - Malaysiakini

* Siasat kumpulan ini, samada mereka terlibat meletakkan kepala babi di surau UM tidak lama dulu.

30 August 2009

Gunakan ISA terhadap pihak terlibat: Rodziah

SHAH ALAM – Pihak yang terlibat: dalam perarakan membawa kepala lembu ke Bangunan Setiusaha Kerjajaan (SUK) sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Exco Selangor, Rodziah Ismail, akta berkenaan diwujudkan untuk menghalang sebarang aktiviti yang menjurus kepada ketegangan perkauman di negara ini seperti mana yang dilakukan 50 penduduk kelmarin.

“Saya sarankan agar kerajaan tangkap sahaja pihak-pihak yang terlibat bagi menunjukkan tidak ada ‘double standard’ diamalkan,” katanya selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula (PKKKS) di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, tindakan mengarak kepala lembu adalah keterlaluan kerana ia merupakan simbol kesucian Hindu.

Selain itu katanya, majoriti pihak yang menyertai perarakan dan bantahan berkenaan terdiri daripada ahli UMNO dan hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya merupakan penduduk Seksyen 23.

“Tidak ada ahli Pas mahupun PKR yang terlibat menyertai bantahan berkenaan tetapi majoriti daripada mereka merupakan ahli UMNO.

“Betulkah majoriti penduduk Seksyen 23 membantah pembinaan kuil berkenaan atau terdapat pihak lain yang sengaja memperbesarkan isu ini,” katanya.

Katanya, sebarang keputusan hanya akan diambil selepas majlis perbincangan bersama penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini.

“Anjakan 300 meter dari tapak asal kuil berkenaan hanyalah antara cadangan mengatasi masalah ini. Keputusan akan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk pada 5 September ini,” katanya. - Sinar Harian

* Polis perlu juga siasat samada mereka diupah oleh UmnoBN.

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR putuskan Selasa ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya. - Mstar

* SPR akan kata tidak perlu pilihanraya kecil kerana UmnoBN belum kebah demam kalah 7 - 0

Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah" dalam notisnya.

"Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.

"YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan," katanya.

Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.

Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia "telah diterima lebih awal daripada itu."

Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN. - Mstar

Polis berkawal di Seksyen 23

Anggota polis ditempatkan mengawal sekitar Seksyen 23, Shah Alam dipercayai berikutan isu pemidahan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke situ, ekoran bantahan penduduknya yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu.

Tinjauan Malaysiakini semalam mendapati, polis mengadakan sekatan jalan di jalan utama ke seksyen tersebut, manakala yang lainnya ditempatkan sementara di sebuah dewan komuniti di situ.

Bagaimanapun, kira-kira 10 anggota polis yang menjaga sekatan jalan itu hanya memerhati kenderaan yang keluar masuk di situ.

Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, dengan mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi Malaysiakini semalam, mengesahkan penempatan anggota polis di kawasan itu bagi tujuan "kawalan jenayah".

Katanya, kawasan berkenaan dikenalpasti sebagai satu 'titik panas' bagi kawalan jenayah.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran tapak yang dicadangkan bagi pembinaan kuil tersebut berkata, beliau hairan dengan kehadiran ramai polis di situ, tetapi agak lega kerana menurutnya sememangnya banyak kejadian jenayah berlaku di kawasannya.

Munusamy Ellapan, 52, berkata, kira-kira 200 orang anggota polis itu, sebelum ini ditempatkan di sebuah hotel berhampiran, sebelum ditempatkan di Dewan Serbaguna berhampiran rumahnya.

"Sekarang rasa lebih selamatlah kerana terdapat ramai anggota yang meronda dengan kerap. Ini boleh kurangkan kes jenayah.

"Cuma saya kesal sikitlah kerana tak dapat main badminton di dewan. Tapi saya diberitahu mereka akan kosongkan dewan sebelum 2 September sebab ada kenduri kahwin akan diadakan di situ," jelasnya lagi.

Katanya lagi, beliau pada mulanya menganggap kehadiran ramai anggota polis di situ sejak Ahad lalu, untuk menjaga keselamatan beberapa orang 'orang kenamaan' yang dikatakan akan menemui mereka bagi membincangkan isu berkatan pemindahan kuil.

Jelasnya, beliau telah lama mendengar mengenai ura-ura perbincangan itu akan diadakan, tetapi belum melihat apa-apa bentuk pertemuan diadakan dengan penduduk di kawasan te
Kerajaan Selangor semalam mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan berkenaan bertujuan mendengar luahan pendapat masyarakat setempat selain memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan rasional di sebalik penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23

"Saya fikir (dialog) itu akan diadakan Ahad lepas sebab saya nampak ramai polis, rupa-rupanya tidak," katanya lagi.

Katanya lagi, beliau bersedia untuk mengikutinya, tetapi belum menerima apa-apa maklumat berkatian program berkenaan setakat ini

"Belum dengar apa-apa lagi, tapi saya akan pergi dengar," katanya.

Mengulas mengenai demonstrasi yang dikutuk oleh ramai pihak semalam, Ellapan yang juga peniaga kedai makan, sekadar berkata:


"Tidak baiklah macam itu, sepatutnya kita biarkanlah orang-orang di atas (pihak berkepentingan) untuk selesaikan."

Jelasnya lagi, tapak sebenar untuk kuil baru itu hanya seluas setengah ekar, dan bukannya seperti yang didakwa oleh mereka yang menyertai demonstrasi Jumaat lalu.

"Tapak sebenar hanya seluas setengah ekar, berhadapan dengan jalan utama, kawasan berpagar ini milik pemaju," katanya.

Ditemui di rumahnya, yang paling hampir dengan tapak tersebut, beliau berkata kawasan berpagar itu dikhususkan untuk taman rekreasi.

"Saya diberitahu, mereka (pemaju) kata nak buat taman rekreasi, tapi belum mula apa-apa lagi." katanya.

“Baguslah kalau (kuil) dipindahkan ke sini kerana tapaknya lebih sesuai. Orang akan senang datang sebab dekat dengan jalan besar," tambahnya.


Sementara itu seorang penduduk yang tinggal berhampira Kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19, menyokong cadangan memindahkan kuil itu ke tempat lain, kerana menurutnya, tapak sedia ada tidak lagi sesuai.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku di kawasan perumahan berkenaan dapat dielakkan sekiranya kuil itu dipindahkan.

Beliau yang tidak ingin dikenali berkata, kesesakan itu berlaku pada hari-hari kebesaran agama Hindu kerana ia dikunjungi ramai penganut Hindu.

“Ramai yang datang ini dari kawasan luar (Shah Alam). Di kawasan ini pun tidak ramai orang India, dahulu memang ramai," kata wanita berkenaan yang bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah di Klang.

Ekoran itu, beliau bersetuju sekiranya kuil tersebut dipindahkan ke kawasan lain.

Bagaimanapun, beliau tidak yakin perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan PKNS akan membuahkan hasil.

"Sebelum ini pun YB Rodziah pun ada datang jumpa kami. Tapi tidak ada apa-apa tindakan," katanya.

"Kalau jadi pindah, saya memang sokonglah," katanya. - Malaysiakini

* Bukan ditangkap kumpulan otak lembu, lagi diberi kawalan keselamatan jenayah percuma.

H1N1 serang paru-paru

WASHINGTON 29 Ogos - Doktor di seluruh dunia melaporkan kes-kes selesema babi dalam bentuk teruk yang terus menyerang paru-paru, menyebabkan pesakit yang biasanya golongan muda mengalami kegagalan sistem pernafasan yang serius sehingga memerlukan rawatan rapi berpanjangan di hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terkininya semalam mengenai pandemik itu berkata, beberapa negara melaporkan sehingga 15 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza A (H1N1) memerlukan rawatan rapi.

Masalah itu menimbulkan lagi bebanan ke atas sistem penjagaan kesihatan yang sudah pun tertekan, menurut WHO.

"Langkah-langkah persiapan perlu diambil bagi menghadapi kemungkinan meningkatnya permintaan terhadap unit penjagaan rapi yang dijangka tidak dapat menampung lonjakan tiba-tiba dalam bilangan kes teruk," ujar WHO.

Bentuk selesema yang teruk seperti selesema babi itu jarang dilihat dalam kes jangkitan selesema bermusim.

"Di kalangan pesakit HIN1, virus itu terus menyerang paru-paru, menyebabkan kegagalan pernafasan yang teruk. Menyelamatkan nyawa mangsa memerlukan rawatan sangat khusus dalam unit rawatan rapi, selalunya bagi tempoh lama dan melibatkan kos tinggi," kata WHO. - Reuters

Jangan cetus pertelingkahan

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaum tanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam .

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan seumpama itu terpaksa diambil kerana keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan rakyat serta keamanan negara.

"Pertimbangan dan keutamaan saya adalah keamanan negara dan keselamatan rakyat pelbagai kaum.

"Oleh itu saya telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum tidak kira kaum dan agama,'' katanya.

Beliau mengulas tindakan 200 penduduk Islam di Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa NGO berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan yang majoriti penduduk Islam itu.

Kumpulan itu berkumpul di Masjid Negeri selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Bagaimanapun ia telah mencetus kontroversi apabila terdapat sebilangan penduduk yang menggunakan kepala lembu berarak dan meletakkannya di hadapan pejabat SUK.

Dalam pada itu, Hishammuddin sedar tanah yang diluluskan oleh kerajaan Selangor untuk pembinaan kuil tersebut tidak sesuai kerana majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah orang Islam.

Keadaan itu, katanya telah membangkitkan kemarahan penduduk tetapi beliau amat berharap isu tersebut tidak sampai ke tahap berlakunya pertelingkahan kaum.

"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO," katanya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, rakyat perlu belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 agar dapat mengekalkan tahap perpaduan antara kaum di negara ini.

Katanya, setiap kaum perlu menyelaraskan perasaan serta sentimen emosi mereka secara rasional.

Beliau berkata, soal agama dan budaya adalah perkara yang sensitif serta tidak boleh diperlekehkan.

"Mereka tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan sebegitu, kita perlu menjaga suasana harmoni di dalam negara ini,'' katanya semasa ditemui selepas majlis raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen hari ini.

Rais berkata, tindakan yang berlaku semalam perlu dielakkan pada masa akan datang.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini berdasarkan apa yang terjadi semalam yang mana mereka seolah-olah menghina kepercayaan agama lain.

"Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini, kita sebagai umat Islam perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi,'' katanya. - Utusan

* Kita lihat bagaimana polis bertindak.

Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis tunggu dan lihat cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda ekstrem terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan Kami Bantah.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden Kepala Lembu Berdarah itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. - Harakahdaily

* Mereka mahu cetus huru-hara kaum dengan menanam semangat benci kaum lain yang melampau. Pergaduhan kaum di Selangor akan diikuti dengan perintah darurat dan usaha seterusnya merampas Selangor akan dilakukan oleh UmnoBN. Jika ini dilakukan oleh pro-pakatan rakyat sudah tentu awal-awal sudah ditangkap dan diISAkan.

Mukhriz Kesal Tindakan Guna Kepala Lembu

JITRA, 29 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kesal dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang turut menggunakan kepala lembu sebagai membantah cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 21 Shah Alam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tindakan keterlaluan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang kaum lain tidak seharusnya timbul, kerana setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan.

"Saya berharap semua pihak supaya bertenang dan jangan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia," katanya.

Semalam sekumpulan 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 itu meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah pemindahan kuil itu.

Mukhriz berharap insiden yang menghina kaum lain itu tidak berlaku lagi di masa depan.

"Saya berharap mereka lebih rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada lebih 50 pelajar sekolah dan anak yatim di sini pada hari Sabtu.

Mukhriz turut melahirkan rasa kecewa berhubung sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-52 Isnin ini yang dilihatnya agak hambar berbanding beberapa tahun lepas.

Katanya rakyat kini tidak lagi teruja dan kurang mempamerkan perasaan patriotik.

"Kita boleh nampak dengan jelas misalnya kurangnya kereta yang memasang Jalur Gemilang, begitu juga di premis-premis perniagaan", katanya.

-- BERNAMA

* Geng dia tu, jika tidak bunyi dia lain sikit seperti "Mukhriz mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang paling tegas..."

Tiada sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada Rabu ini - Speaker

IPOH 29 Ogos — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata tindakan Adun Tronoh V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua Adun supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh Adun Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru,” katanya.

Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata Adun Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Adun pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 Adun terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai “Sidang DUN bawah pokok”.

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

“Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai “rampasan kuasa” dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam “sidang DUN” pada Rabu ini.

— BERNAMA

* UmnoBN hina rakyat Perak dan rakyat akan ajar mereka pada pilihanraya akan datang.

29 August 2009

Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri


Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. - Malaysiakini

* Hantu raya bersongkok yang bawa.

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam. - Malaysiakini

* Kalau Pakatan Rakyat atau Pro-Pakatan Rakyat yang buat, polis akan bertindak sangat pantas.

Pulau Indonesia Kena Jual Dengan Harga Murah

Akibat kemiskinan dan kemunduran, 3 buah pulau Indonesia dilelong dan dijual di Internet. Tonton klip video di bawah yang dipetik dari berita TV Indonesia, TVOne bertarikh 27 Ogos 2009.

Paling malang, pulau tersebut dijual dengan harga semurah kurang lebih USD 1 juta. Harga yang menyamai hanya sebuah rumah agam yang tua.

Malaysia seharusnya berbangga kerana kita mendapat Pulau Ligitan dan Sipadan secara percuma (gratis)! Ini kerana mahkamah antarabangsa telah memutuskan ia adalah hak mutlak tanah air kita. Tetapi selepas itu rakyat Indonesia tidak berpuas hati, menyalak, berteriak dan merusuh di negaranya sendiri dan memfitnah Malaysia itu dan ini. Atas sikap tamak Indonesia itu, mereka kini menerima balasan apabila terpaksa menjual pulau-pulau mereka di Internet.

Ini bukan fitnah atau adu domba, ini adalah kenyataan. Tidak percaya? Tonton sekali lagi klip video berita Indonesia di atas. Demi menyuap mulut rakyat negara kepulauan yangs semakin kelaparan itu, mereka menjual pulau-pulau mereka.

- www.arezeo.blogspot.com

Umno Disebalik Kumpulan Macam Lembu ?

Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah “Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa”, “bantahan kuil” serta “jangan main gila” dan perkataan hijau pula “jangan main api”.

Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.

“Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.

“Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno,” katanya.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.

“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka.”

Bila Melayu Usung Kepala Lembu

DALAM blog jinggo dipostingkan beberapa keping foto sekumpulan orang Melayu beragama Islam telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pembinaan kuil Hindu. Tidak jelas di mana berlaku tunjuk perasaan itu. Banyak banner dipaparkan dengan macam-macam tulisan dan kata-kata sinis yang ditujukan kepada pihak mana, tidak juga berapa jelas.

Melihat kepada sebahagian orang yang menunjuk perasaan itu semacam selepas solat Jumaat saja. Tunjuk perasaan sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Sudah jadi macam Indonesia pula. Begitu juga dengan sepanduk dan kata-kata nesta dan protes yang beraneka ragam. Tetapi dalam tunjuk perasaan oleh sekumpulan Melayu beragama Islam ini ada kelainannya.

Selepas beberapa orang memberi ucapan upacara mengusung kepala lembu di lakukan. Melihat paparan ini macam dalam satu acara keagamaan orang Asli di Afrika pula. Ke mana ia hendak dibawa kurang jelas sebab tidak ada catatan dalam posting berkenaan. Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang diletakkan di dalam surau di sebuah universiti tidak lama dulu.

Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.

Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka.

Di bawah ini dipostingkan salah satu daripada beberapa keping foto yang dipaparkan dalam blog jinggo berkenaan untuk tonton penjenguk blog merah tinta. Fikir dan renunglah sendiri apakah perbuatan ini bertepatan dengan akal budi Melayu beragama Islam dan sesuaikah ia dilakukan dalam bulan Ramadhan al mubarak ini.

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya. - Msomelayu

* Kumpulan ini menghina dan memalukan Islam. Jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan. Rakyat akan menganggap Umno dibelakang kebiadapan mereka.

Tiong dakwa Ong pernah ambil sendiri RM4 juta darinya

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong �berhutang� kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong. - Harakahdaily

* Bila melibatkan pemimpin BN, SPRM senyap.

Noordin kahwin gadis 19 tahun

JAKARTA 28 Ogos – Polis Indonesia kini menyiasat dakwaan mengatakan pengganas paling dikehendaki, Noordin Mat Top berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun di Pandeglang, Banten, beberapa hari selepas konco-konconya terbunuh di Jawa Tengah.

“Kami telah menghantar pegawai polis ke tempat itu. Jika ia benar, kami akan mencari isterinya dan menjejakinya,” kata ketua detektif Komrad, Jeneral Susno Duadji semalam.

Al Chaidar, bekas anggota kumpulan militan Darul Islam (DI) yang kini menjadi pensyarah Universiti Kuala Syiah di Aceh berkata, dia menerima maklumat bahawa Noordin berkahwin dengan Novi Lutfiati yang keluarganya menganggotai DI, beberapa hari selepas serangan di Temanggung.

Noordin sebelum ini telah berkahwin dengan beberapa wanita sebagai cara merekrut pengikut baru dan mengelak daripada ditangkap.

Tahun lalu, dia telah berkahwin dengan Arina Rahmah di Cilacap, Jawa Tengah dan Munifiatun di Jepara, Jawa Tengah.

Menurut penganalisis, kemampuannya untuk berkahwin dalam tempoh beberapa hari selepas pengeboman dua hotel mewah di Jakarta 17 Julai lalu, menunjukkannya mendapat sokongan ramai dari seluruh Jawa.

Di Jawa Tengah, laporan menyatakan pengganas nombor satu itu mendapat sokongan daripada rangkaian ‘Urwah’ dan Cilacap serta Laweyan dan Temanggung.

Rangkaian Cilacap adalah contoh bagaimana sebuah keluarga yang mempunyai hubungan dengan Noordin boleh menarik anggota lain untuk membina kumpulan tempatan baru dalam tempoh tiga tahun Noordin tinggal di kawasan itu.

Dia juga mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi rangkaian di Kuningan, Bogor dan Baten.

Leftenan kanannya, Syaifudin Jaelani menunjukkan bagaimana dia boleh merekrut remaja di Bogor untuk melakukan pengeboman berani mati di hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton. – Agensi

* Rezeki Allah beri :)

AS1M: Tempoh dilanjutkan

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan bahawa tempoh peruntukan mengikut kaum bagi langganan AS 1Malaysia (AS1M) dilanjutkan sehingga 30 September 2009.

Walaubagaimanapun, had pelaburan maksimum bagi langganan unit-unit berkenaan akan dimansuhkan mulai 4 September 2009.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata keputusan melanjutkan tempoh peruntukan kepada kumpulan etnik bertujuan memberi peluang dan masa secukupnya kepada semua kaum untuk mengambil bahagian dalam tawaran dana amanah AS1M.

''Saya berharap para pelabur akan mengambil peluang menyertai skim dana AS1M dengan membuat pelaburan baru ataupun menambah pelaburan sedia ada,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

AS1M merupakan dana berharga tetap dengan saiz 10 bilion unit yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 31 Julai 2009.

Semasa tempoh tawaran awal selama 30 hari yang bermula pada 5 Ogos 2009, had pelaburan maksimum telah dikenakan sebanyak 50,000 unit bagi pelabur yang berumur 18 sehingga 55 tahun dan 100,000 unit bagi pelabur yang berumur melebihi 55 tahun.

Langanan dana ini adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan peruntukan 50 peratus untuk kaum Bumiputera, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus untuk kaum India dan lima peratus untuk kaum-kaum lain.

Hamad Kama Piah turut mengumumkan bahawa sehingga 25 Ogos 2009, lebih dari 2 bilion unit AS 1Malaysia telah pun dilanggan oleh 148,830 pelabur.

''Jumlah langganan dan bilangan pelabur yang diterima adalah seperti jangkaan bagi dana yang bersaiz besar seperti AS 1Malaysia ini,''katanya.

AS1M merupakan tabung unit amanah berharga tetap RM1 unit yang kelima yang dilancarkan oleh PNB selepas ASB, ASM, ASD dan ASW 2020.

AS1M merupakan tabung ekuiti pendapatan yang berharga tetap dengan ciri-ciri yang sama seperti ASM dan ASW 2020, seperti kecairan yang tinggi, tidak dikenakan caj jualan dan juga transaksi pada harga tetap RM1 seunit.

Dana ASM dan ASW 2020 telah menunjukkan prestasi cemerlang sejak dari pelancaran dengan rekod pengagihan pendapatan yang kompetitif melebihi instrumen tabung lain di pasaran. - Utusan

* Tak laku?

28 August 2009

Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.

Boleh bangkit kemarahan

Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?

"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?

"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy. - Malaysiakini

* Cuba selidik, NGO pro-BN atau pro-PAKATAN

PM kesal, arah IGP bertindak segera

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

"Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera," tambahnya. - Malaysiakini

* Gagal lagi cubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

ADUN akui ada rundingan keluar Umno

Seorang wakil rakyat Umno Terengganu hari ini mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain parti berkenaan berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR.

"Saya sendiri tidak pernah mendengar (nak lompat). Belum ada lagi yang nak lompat,” kata wakil rakyat Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Kita tidak pernah berbincang tentang perkara ini." - Malaysiakini

Ketua Polis S'gor gesa orang ramai bertenang

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.

Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.

Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.

"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.

Sehingga ini, kata Khalid, tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.

"Jika ada laporan polis dibuat, pasti kita akan mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya.

Sambil menyuarakan rasa kesalnya dengan insiden tersebut, Khalid menegaskan, setiap orang mesti menghormati agama dan sensitivi kaum dan tidak mengambil tindakan seumpama itu.

Laporan polis

Sementara itu, exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan perarakan itu "tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak sensitif terhadap agama lain."

Katanya, beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dr Xavier berkata, mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

"Saya akan buat laporan polis terhadap mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Dr Xavier mendakwa, pihak polis tidak menghalang mereka yang mengadakan perarakan dan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya bertindak menangkap mereka dan mendakwa mereka atas tuduhan membangkitkan kebencian. - Malaysiakini

* Perbuatan individu yang menyeret kepala lembu adalah sangat melampau dan wajar dikenakan tindakan.

Penduduk Kg Buah Pala enggan pindah 1 Sept

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran berkata penduduk bertegas tidak mahu keluar dari kampung tersebut yang juga dikenali 'High Chapparal Pulau Pinang' sebelum 1 Sept walaupun perintah pengosongan telah dikeluarkan Mahkamah Persekutuan.

"Pendirian kami kekal tidak mahu keluar dari kampung ini melainkan satu perjanjian pampasan yang betul dicapai dengan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd," katanya kepada Bernama apabila dihubungi di Pulau Pinang hari ini.

Katanya, rumah teres dua tingkat yang ditawarkan pemaju hanya akan dibina dua tahun lagi jadi penduduk kampung rasa tidak selamat untuk menerima tawaran tersebut.

"Sekiranya kami keluar sekarang kami tidak ada rumah. Kami sepatutnya diberi pampasan sebelum tanah ini diberi kepada pemaju yang mana tidak mempunyai locus standi (tidak berhak)," katanya.

Beliau juga mendakwa pemaju masih lagi belum menerima perintah untuk merobohkan rumah dari kerajaan, sehubungan itu perintah pengosongan pada 1 Sept adalah tidak sah.

Penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan tanah itu sebelum 1 Sept susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penduduk 20 Ogos lepas bagi 23 keluarga menduduki tanah seluas 2.6 hektar tersebut.

Isu itu bertambah rumit apabila pihak pemaju gagal dalam dua percubaannya untuk merobohkan rumah penduduk berikutan bantahan daripada keluarga yang terlibat. BERNAMA

* Bersiaplah dengan belantan polis.

Exco Perak wajib ikuti kelas bahasa

IPOH 28 Ogos – Semua anggota Exco dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Perak diwajibkan mengikuti kelas pengajian bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil bagi meningkatkan penguasaan bahasa mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pendekatan itu penting bagi membantu mereka berhubung dengan lebih ramai rakyat dan pada masa sama membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri. – Utusan

* Patutlah, 'tak reti bahasa' rupanya.

RM100 juta saham amanah untuk miskin tegar bandar – PM

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk saham amanah untuk golongan miskin tegar di bandar.

Perdana Menteri berkata, ia akan diagihkan selepas pengumpulan data golongan yang layak menerimanya diselesaikan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga kota di Masjid Al Bukhary di sini. – Utusan

* Siapalah mendapat keuntungan besar di sebalik RM100 juta ini?

Peguam akan dedah SPRM dera saksi

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

"Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak khaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

"Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

"Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham."

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu. BERNAMA

Arak kepala lembu bantah kuil Hindu

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".

Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.

Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.

Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam. - Malaysiakini

* Polis sepatutnya mendakwa kumpulan ini kerana tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan kaum. Mereka menghina terang-terangan 'objek' yang dipandang mulia oleh masyarakat India dan tindakan kumpulan ini sangat melampau.

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia. - Harakahdaily

* Pakatan Rakyat perintah boleh lantik Ustaz Ismail Kamus sebagai mufti menggantikan mufti Perak.

Saksi SPRM: Teoh minta air pukul 4.45 pagi

Ashraf: Mendiang dilihat baring di atas sofa pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.

Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.

Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian.

Menurut Mohd. Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Ashraf kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

Kemudian beliau turun ke lobi pada pukul 5.12 pagi.

Pada mulanya, Mohd. Ashraf berkata, beliau tidak pernah keluar dari pejabat.

Bagaimanapun rakaman CCTV menunjukkan beliau ada turun ke bawa pada pukul 2.50 pagi.

Ketika itu Mohd. Ashraf menjawab bahawa terlupa yang beliau memang ada turun untuk mengambil surat khabar. - Mstar

'Terima Rafizah isteri kedua atau cerai'

Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu.

Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.

"Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal.

"Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya."

Mohamad Ali diminta mengulas tindakan yang akan diambilnya terhadap Rohaizat yang menafikan bahawa Rafizah itu isteri keduanya dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil DUN tersebut yang berakhir Selasa lalu.

Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.

Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.

Dihubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesaikan masalah ini.

Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu. - Malaysiakini

Inkues : Halang pihak tertentu buat ulasan luar mahkamah

SHAH ALAM 28 Ogos – Peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memohon mahkamah koroner menghalang tindakan pihak-pihak yang membuat ulasan di luar mahkamah berhubung prosiding inkues dengan memberi kenyataan media yang boleh menjejaskan nama baik SPRM.

Beliau merujuk tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mengadakan sidang akhbar kelmarin dan melemparkan beberapa tuduhan terhadap SPRM selepas dibenarkan hadir mengikuti prosiding sebelum itu. - Utusan.

Koroner, Azmil Muntapha Abas tidak mengeluarkan sebarang perintah dengan alasan apa yang berlaku adalah tidak mampu dikawal oleh mahkamah.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar ia tidak bertentangan dengan fakta yang direkod oleh mahkamah - Utusan

"Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali" - Wan Junaidi

KUCHING: "Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali semasa menjadi polis", kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berkongsi pengalaman menentang komunis pada tahun 70-an dan 80-an di Sarawak.

Ketika era ancaman komunis di Sarawak, Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU), sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) menjadi ancaman utama kepada keselamatan negeri.

PARAKU diketuai oleh Bong Kee Chok yang mengakhiri perjuangannya dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman pada 21 Okt 1973 dengan kerajaan Malaysia.

Tempoh paling kritikal sehingga menyebabkan pembangunan di Sarawak terbantut ialah antara 1963 hingga 1973 apabila terpaksa berhadapan dengan gerakan konfrontasi dari Indonesia dan komunis.

Wan Junaidi yang pernah bertugas sebagai polis dari tahun 1967 hingga 1982 sebelum menceburi dunia politik mengakui pengikitirafan dan kebajikan yang diberikan kerajaan walaupun mencukupi, masih ada ruang untuk diperbaiki. - Mstar

* Speaker Perak pula diserang hendap Samseng Umno.

Universiti digesa kaji semula sekat pelajar Malaysia

JAKARTA: Pegawai kanan Kementerian Pendidikan menyarankan Universiti Diponegoro Semarang menimbang semula keputusannya untuk tidak menerima pelajar Malaysia atas dasar semangat kenegaraan.

Pengarah Hal-Ehwal Universiti, Hendarman berkata universiti di Jawa Tengah itu yang dikenali sebagai Undip, perlu mengambil kira kesan positif dan negatif dasar yang diumumkan, Selasa lalu.

Universiti itu memberitahu, ia mengambil tindakan langsung selepas menerima maklum balas mengenai hubungan tegang di antara Malaysia dan Indonesia berhubung isu satu tarian tradisional Indonesia.

Rektor universiti Susilo Wibowo, menuduh Malaysia sentiasa menghina lambang kebanggaan Indonesia.

Beliau berkata, program kerjasama sedia ada dengan organisasi di Malaysia akan diteruskan sehingga ia berakhir, namun pelajar Malaysia tidak akan diterima selepas tahun akademik yang baru.

Tindakan itu, kata rektor adalah suara ‘nasionalisme.’

Hendarman berkata, memiliki pelajar asing adalah satu bonus terutama bagi universiti yang menyasarkan untuk mendapat status antarabangsa.

Sementara itu, universiti lain yang turut mempunyai pelajar Malaysia memberi memberi isyarat kelmarin bahawa mereka tidak mempunyai perubahan rancangan.

Rektor Universiti Airlangga University di Surabaya, Jawa Timur, Fasich, berkata universitinya masih menerima pelajar Malaysia.

“Saya tidak fikir ia akan menjejaskan sektor pendidikan. Selagi kerajaan tidak memberi sebarang arahan, kita akan terus menerima mereka,” katanya. - Agensi

* Itu bukan suara 'nasionalisme' tapi suara 'ketololan'.

22 pengawal Pakistan maut serangan pengembom berani mati

JAMRUD, Pakistan 28 Ogos - Pengebom berani mati membunuh 22 orang pengawal sempadan Pakistan dalam serangan di sempadan utama Afghanistan semalam, kata kerajaan.

Ia adalah serangan besar pertama di Pakistan sejak ketua Taliban, Baitullah Mehsud terbunuh dalam serangan peluru berpandu pada 5 Ogos lepas.

Serangan itu berlaku semasa para pengawal sedang duduk berkumpul untuk berbuka puasa.

“Pengawal itu baru mula berbuka puasa apabila seorang remaja lelaki membawa sebotol minuman Pepsi berjalan ke arah mereka dan meletupkan diri sendiri,” kata seorang saksi, Wakil Khan. - Reuters

Prof Ismail diserang sakit jantung dalam penerbangan

SINGAPURA: Pakar ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab.

Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," kata Hasnah kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.

Hasnah berkata, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.

Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Mereka bertolak dua hari lalu (25 Ogos) dan pulang malam keesokannya (26 Ogos) dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini.

Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan.

Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.

Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama pegawai kedutaan dan jemaah masjid.

Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang.

Hasnah berkata, jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di No.7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang.

Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak.

Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini.

"Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami," kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah.

Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.

Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Allahyarham Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September, 1947, dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sementara itu di KAJANG, abang Allahyarham, Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba kira-kira jam 6.30 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan.

Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, Isnin lalu, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur.

Zakaria bertindak sebagai "mata", penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil. "Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selama-lamanya," katanya. - Bernama