10 October 2009

Sokong BN untuk kemakmuran

PORT DICKSON - Pengundi di kawasan Bagan Pinang di sini diseru menyokong calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok bagi meneruskan agenda kemajuan kerajaan yang dicapai selama ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, segala kemajuan dan pembangunan yang dinikmati di kawasan Teluk Kemang khususnya Bagan Pinang tidak boleh terhenti begitu sahaja.

"Untuk meneruskan segala agenda kerajaan, kita harus pastikan Mohd. Isa menang pada pilihan raya kecil kali ini. Pengalaman beliau sebagai Menteri Besar selama 22 tahun dan kemajuan yang dibawa di Negeri Sembilan adalah bukti BN mampu menunaikan kehendak dan kemakmuran rakyat.

"Inilah masanya untuk kita meneruskan mandat kerajaan dengan memberi sokongan kepada calon BN pada hari pembuangan undi 11 Oktober nanti," katanya ketika berucap pada majlis mesra penduduk di Taman Datuk Abdul Samad di sini semalam.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd. Isa ditentang calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

* Sokong BN untuk kemakmuran para perasuah.

No comments:

Post a Comment