24 October 2009

Qabil tidak cerita pada keluarga

KUALA LUMPUR: Ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil tidak pernah memberitahu keluarganya dia bakal memilih pelakon dan model iklan, Fasha Sandha sebagai calon isteri.

Pengakuan adik bongsunya, Quzandria Nur itu menamatkan spekulasi kononnya kenyataan yang dibuat Qabil baru-baru ini ada kaitan dengan keluarganya yang didakwa menjadi punca perkahwinan yang dirancang dibatalkan.

“Kami hanya tahu mereka sebagai kawan tapi dia (Qabil) langsung tidak memberitahu kami dia merancang untuk berkahwin dengan Fasha.

“Qabil pernah memberitahu kami hubungannya dengan Fasha Sandha tidak lebih daripada kawan.

“Jadi, perkara ini jelas dan kenyataan itu sudah dibuat Qabil. Saya berharap tidak ada lagi masalah berbangkit akan timbul selepas ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hubungan Qabil dengan Fasha Sandha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 25, hampir membawa pasangan itu ke jinjang pelamin, namun segala-galanya tidak kesampaian selepas Qabil, 29, membuat pengakuan untuk tidak memilih pelakon itu sebagai calon isteri.

Mengikut perancangan, Qabil sepatutnya memberi keputusan selewat-lewatnya bulan ini dan perkahwinan dijadual berlangsung awal Januari depan selepas mengakui dia menjalin hubungan dengan Fasha sejak setahun lalu. - Mymetro

No comments:

Post a Comment