24 October 2009

Nasha belum baca blog Nik Aziz

Timbalan presiden PAS berkata beliau belum membaca tulisan kontroversi Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menggesa muktamar khas diadakan untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin parti yang pro-kerajaan perpaduan.

Nasharuddin Mat Isa bagaimanapun mengakui sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut - isu terbaru yang dilontar oleh mursyidul amnya di blognya kelmarin, antaranya susulan kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, 11 Okt lalu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bachok ketika ditemui di lobi Parlimen semalam, berkata Majlis Syura berkemungkinan akan bermesyuarat dengan kadar segara bagi mendengar sendiri penjelasan daripada menteri besar itu.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau tidak pasti bila mesyuarat itu akan akan diadakan. "Tetapi tiap-tiap hari kita boleh bermesyuarat," katanya.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz pada jam 1 tengah hari ini di Kota Bharu bagi mendengar sendiri penjelasan daripada mulut tokoh besar PAS itu. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment