10 October 2009

Mahkamah Dunia arah Serbia beri hujah mengenai Kosovo

THE HAGUE, Netherlands 9 Okt. - Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah mengarahkan Serbia untuk memulakan hujah pada sembilan hari perbicaraan Disember ini berhubung pengesahan kemerdekaan Kosovo.

Kepimpinan etnik Albania yang mendominasi Kosovo telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada Februari 2008, dengan sokongan kuat daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara besar Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, Serbia menolak untuk mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara merdeka.

Tahun lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta badan kehakiman tertingginya supaya memberikan pendapat dan nasihat mengenai pengesahan pengisytiharan kemerdekaan wilayah tersebut.

Mahkamah Tinggi Dunia hari ini mengumumkan bahawa sebanyak 30 buah negeri dan penulis pengisytiharan merujuk kepada kerajaan Kosovo akan berhujah pada perbicaraan itu. - AP

No comments:

Post a Comment