28 October 2009

Jangan berhimpun dekat Bangunan SUK Perak esok - Polis

IPOH 27 Okt. — Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sepanjang tempoh berlangsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari yang bermula esok, bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini yang menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram, termasuk mereka yang merancang atau yang menganjur perhimpunan-perhimpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment