10 October 2009

Iran akan 'letupkan jantung' Israel jika diserang

TEHRAN: Iran akan "meletupkan jantung" Israel jika diserang negara Yahudi itu dan Amerika Syarikat, pembantu pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei dipetik sebagai berkata.

“Biar pun satu peluru berpandu Amerika atau Israel mengenai tanah air kami, peluru berpandu Iran akan meletupkan jantung Israel sebelum debunya hilang," lapor agensi berita kebangasan Irna yang memetik Timbalan Wakil Khamenei ke Pengawal Revolusi, Mojtaba Zolnour, sebagai berkata.

Pegawai sudah beberapa kali menyatakan Tehran akan melakukan serangan balas hebat jika Israel dan AS menyerang negara itu.

AS dan sekutunya di rantau itu tidak menolak pilihan ketenteraan untuk menghentikan aktiviti nuklear Iran yang didakwa Barat untuk menghasilkan senjata nuklear.

Iran sebelum ini menengaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman. Bharian

No comments:

Post a Comment