26 August 2008

SPR tamatkan masa pengundian jam 5 petang | 70 peratus keluar mengundi

70 peratus mengundi, undi ditutup, 5 bas bawa penyokong BN ditahan PKR

PERMATANG PAUH: Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ditutup sebentar tadi manakala penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menahan lima buah bas sehingga 3 petang tadi dengan mendakwa ia membawa penyokong Barisan Nasional (BN).

Tiga buah bas kini berada di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara manakala dua buah lagi ditahan di Mengkuang Titi dan kemudian dibawa keluar dari kawasan itu.

Difahamkan, polis akan mengadakan sidang media khas pukul 6 petang ini.

Dua buah bas yang ditahan di Mengkuang Titi, yang dipercayai dari Melaka dna Johor, telah 'diarah' pulang selepas penumpang kedua-dua bas berkenaan ditemui calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Eksekutif Institut Integriti Pilihan Raya Kebangsaan (NIEI), Amin Shah Iskandar yang berada di tempat kejadian memberitahu mStar Online memberitahu, maklumat yang diterima menunjukkan penumpang-penumpang berkenaan merupakan penyokong BN, bukannya pengundi.

Sementara itu, lebih 70 peratus pengundi telah pun keluar mengundi sehingga pukul 5 petang ini dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini - pilihan raya kecil yang dianggap sebagai 'ibu segala pilihan raya kecil dengan kawalan polis yang cukup ketat termasuk rondaan helikopter dan di sebalik kesesakan teruk.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dengan lebih 58,000 pemilih terus beratur panjang di pekarangan pusat-pusat pengundian di seluruh Permatang Pauh manakala setengah pengundi masih bertarung dengan kesesakan paling teruk.

Pusat pengundian akan ditutup pukul 5 petang.

Difahamkan kesesakan di sesetengah tempat kesesakan menjangkaui jarak sehingga lima kilometer, menyebabkan sebahagian besar yang keluar mengundi sejak pukul 10 pagi 'meluangkan' masa mereka di atas jalan-jalan raya sementara menanti giliran.

mStar Online difahamkan lebih 51 peratus telah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari tadi dan angka itu mencecah 60 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

"Sehingga pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati lebih 70 peratus sudah mengundi,"kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

Angka rasmi akan dikeluarkan sebentar lagi.

Beliau turut meninjau perkembangan proses pengundian sejak pagi tadi.

Selain meletakkan anggota polis di kesemua lokasi strategik polis juga membuat rondaan udara sejak pagi tadi.

Terdahulu menurut Wan Ahmad, di sesetengah saluran mengundi, peratusan keluar mengundi telah melebihi 50 peratus dalam tempoh tiga jam pertama selepas pusat pengundian dibuka.

Perkara itu turut diakui oleh Amin Iskandar, Pengarah Eksekutif Institut Integriti Pilihan Raya Kebangsaa, sebuah badan pemerhati pilihan raya negara ini.

Tambah kata Wan Ahmad, pada keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar...

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment