28 August 2008

PM dan TPM tidak sanggup tunjuk muka

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.

9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pagi: Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

11:05 pagi: Anwar keluar dari Dewan Rakyat menuju ke lobi Parlimen bagi mengadakan sidang media.

11:10 pagi : Beliau mengadakan sidang media. Turut sama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.

12:00 tengah hari: Ketika sesi perbahasan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkaitan Rang Undang-undang Identifikasi DNA, Anwar mencelah dengan menyifatkan kerajaan sebagai rakus dan tidak menghormati Speaker dan Parlimen kerana rang undang-undang tersebut dibentangkan tanpa mendapat perhatian serius daripada pakar yang bertanggungjawab. Beliau berkata demikian selepas Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mempertikaikan kredibiliti Majlis Peguam untuk mengkaji rang undang-undang tersebut.

12:15 tengah hari: Anwar keluar meninggalkan Dewan.

3: 30 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Parlimen.

3:34 petang: Abdullah masuk ke dalam Dewan.

3:40 petang: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba sejurus selepas Perdana Menteri masuk ke dalam Dewan.

4:30 petang: Perdana Menteri keluar dari Dewan menuju ke pejabatnya.

4:46 petang: Anwar kembali ke dalam Dewan dengan mengenakan sut.

4:50 petang: Timbalan Perdana Menteri keluar meninggalkan Dewan.

4:53petang: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Anwar tersenyum kepadanya ketika beliau sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA.

4:56 petang: Anwar keluar meninggalkan Dewan.

5:15 petang: Abdullah kembali ke dalam Dewan.

5:19 petang: Anwar kembali memasuki Dewan.

5:43 petang: Semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Anwar keluar dari Dewan kerana keengganan Syed Hamid menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Azmin Ali (PKR-Gombak).

Anwar adalah orang yang pertama bangun apabila Azmin mengajak semua ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan.

Perkara tersebut tercetus apabila Azmin bertanya kepada Syed Hamid, sama ada beliau bersetuju atau tidak Rang Undang-undang Identifikasi DNA dibawa ke Jawatankuasa Pilihan

Sepanjang kekecohan yang berlaku ekoran keengganan Syed Hamid itu, Anwar hanya tersenyum mendengar pertikaman lidah antara kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, pembangkang mendesak kerajaan membawa rang undang-undang tersebut ke jawatankuasa pilihan kerana menurut mereka masih terdapat banyak kelemahan dalam rang undang-undang tersebut yang perlu dikaji semula.

5:45 petang: Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangguhkan sidang Dewan Rakyat.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment