26 August 2008

Faktor manusia yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang atau polis tidak pandai kawal undang-undang

Kesesakan bimbangkan BN dan PKR



Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masing-masing bimbang tentang kemungkinan terdapat pemilih di Permatang Pauh yang tidak sempat membuang undi kerana hujan dan kesesakan lalulintas yang teruk.

Berikutan itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali telah mengarahkan petugas-petugas parti itu supaya menggunakan motosikal untuk membawa pemilih ke tempat membuang undi.

Manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar juga berkata beliau turut telah mengarahkan petugas-petugasnya supaya membawa segera penyokong parti itu sebelum pusat pengundian ditutup 5 petang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan keadaan kesesakan yang teruk berlaku di Permatang Pauh.

Beliau berkata ia berpunca daripada faktor manusia yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

Seperti yang diramalkan hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh sejak tengahari tadi.

Jabatan itu juga meramalkan hujan akan turun hingga ke malam.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment