30 March 2008

Muhyiddin setuju sistem kuota pemilihan dihapus

BANGI 30 Mac- Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju supaya sistem kuota bagi membolehkan seseorang itu bertanding pada pemilihan parti di semua peringkat dihapuskan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan parti berkata, cadangan supaya dihapuskan sistem kuota pernah dibuat beliau sendiri pada sekitar 1990-an tetapi ditolak oleh Presiden ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

``Langkah menghapus sistem kuota akan membolehkan proses demokrasi secara sihat berjalan di dalam parti,'' ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai penubuhan suruhanjaya kehakiman kerana perkara itu belum dibincangkan oleh mesyuarat Kabinet.

- UTUSAN

No comments:

Post a Comment