30 March 2008

MalaysiaKini - Setelah Tiada Dalam Kerajaan, Samy Desak Bebaskan Tahanan ISA

Samy: Bebaskan pemimpin Hindraf

Mengulangi desakan pembangkang dan parti Gerakan, MIC hari ini turut menggesa lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menggesa dua daripada dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.

Menurut laporan Bernama hari ini, Samy Vellu berkata dua lagi wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

DAP, Gerakan dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) antara organisasi yang menggesa mereka dibebaskan, sementara ketua pembangkang baru, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menjadikan isu pembebasan mereka dalam lima agenda besar yang ingin dibawanya di Dewan Rakyat.

Bercakap selepas merasmikan bengkel "Penjenamaan Semula MIC", Samy Vellu dipetik sebagai berkata: "Kami prihatin terhadap Kenghadaran dan Manoharan.

"Saya bercakap dengan isteri kedua-dua mereka dan dalam keadaan ini, saya memutuskan untuk membangkitkannya kepada kerajaan mengenai kedua-dua mereka ini kerana mereka telah mengambil pendekatan ini."

Beliau bercadang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas lawatan Perdana Menteri dari Sabah.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment