30 March 2008

MalaysiaKini - Ku Li akan Cabar Pak Lah

MalaysiaKini Ku Li: EGM penting baiki Umno

Tengku Razaleigh Hamzah, seorang pemimpin veteran Umno, mengulangi gesaannya agar parti itu mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) demi membaiki parti itu selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Perhimpunan itu boleh membincang keputusan pilihan raya umum lalu dan merumuskan langkah-langkah yang wajar diambil oleh Umno, laporan Bernama dipetik.

"Sebelum itu bahagian-bahagian (Umno), kalau bersetuju, perlu diadakan mesyuarat perwakilan bahagian khas dan untuk membawa satu usul membincang keputusan pilihan raya umum lalu mengenai mengapa kita kalah begitu teruk sehingga hilang lima negeri dan hilang kuasa dua pertiga di Parlimen.

"Dan merumuskan apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh parti kita kerana Umno tanpa sokongan daripada ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tiada kuasa langsung di Parlimen," beliau dipetik sebagai berkata sewaktu tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa malam tadi.

Menurut laporan itu lagi, Tengku Razaleigh berkata orang Melayu di Semenanjung kini "sudah hilang kuasa di Parlimen" setelah Umno dan BN selepas pilihanraya umum ke-12.

"Kita dulu selepas tahun 1969 kita kalah juga tapi tidak seteruk ini. Kita telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai inspirasi kepimpinan kita kepada rakyat untuk membela rakyat," katanya.

Tambahnya, Umno kini terpaksa bergantung kepada sokongan ahli-ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak untuk menentukan kuasa negara.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh, yang mesra dipanggil Ku Li, mengadakan pertemuan dengan lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur. Lebih 100 orang dilaporkan hadir.

Mereka yang turut serta, antaranya, bekas menteri penerangan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (ketua bahagian Kulim/Bandar Baharu), Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Ku Li memerlukan sokongan 50 peratus daripada 193 bahagian untuk memanggil mesyuarat agung khas.

Ahli parlimen Gua Musang itu juga mengisytiharkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden, kini disandang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment