29 March 2008

Keluar penjara perkosa budak

SUBANG JAYA: Seorang warga emas yang baru keluar dari penjara sebulan lalu kerana kesalahan merogol anak kandungnya, ditahan reman kerana disyaki merogol anak jirannya berusia 10 tahun di Putera Height di sini, baru-baru ini.

Harian Metro difahamkan, suspek sebelum ini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Sungai Buloh.

Perbuatan suspek terbongkar minggu lalu selepas kanak-kanak itu menceritakan perbuatan lelaki terbabit kepada keluarganya.

Suspek yang mempunyai dua isteri itu dikatakan masih tidak insaf walaupun pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol.

Sumber berkata, keluarga mangsa yang berang dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan warga emas itu membuat laporan polis.

Menurutnya, sepasukan polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa menahan suspek tidak lama selepas itu.

“Siasatan mendapati suspek tinggal seorang diri di rumahnya kerana isteri serta beberapa anaknya tidak lagi tinggal di situ,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mempunyai dua isteri dan hasil perkahwinannya, lelaki itu memperoleh lebih 10 orang anak termasuk yang masih kecil.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu dan siasatan akan dilakukan dari segenap aspek.

Lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment