29 March 2008

Bekas banduan menyamun

KUALA LUMPUR: Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan sebulan dari Penjara Simpang Renggam, Johor, tidak langsung menunjukkan rasa insaf apabila dikesan bergiat aktif dalam kegiatan menyamun teksi.

Difahamkan penjenayah berusia 28 tahun itu yang sebelum ini meringkuk 18 bulan di Pusat Pemulihan Akhlak penjara terbabit, bermaharajalela apabila melakukan lapan kes samun dan melarikan teksi dalam hanya tempoh kurang tiga bulan.

Suspek yang sebelum ini dimasukkan dalam penjara kerana terbabit pengedaran dadah jenis heroin dipercayai melakukan kegiatan itu dengan menyamar sebagai penumpang atau pemandu teksi curi untuk menampung perbelanjaannya membeli dadah.

Menurutnya, suspek yang mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu masih direman dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga 20 Mac ini.

http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment