30 March 2008

23 ADUN BN Terengganu akan hadir majlis angkat sumpah MB esok

KUALA TERENGGANU 29 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu termasuk ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh akan menghadiri upacara mengangkat sumpah Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar di Istana Maziah di sini esok.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, kehadiran kesemua ADUN BN ke upacara berkenaan adalah bagi menunjukkan bahawa mereka menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengiktiraf Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru.

Beliau memberitahu, kesemua ADUN mendapat jemputan daripada pihak istana untuk menghadiri majlis berkenaan.

http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment